Tetamu Kehormat...

November 29, 2010

Ahli PAS dan PKR Digesa Memilih Antara Allah Dengan Anwar Ibrahim

Ahli PAS dan PKR Digesa Memilih
Allah atau Anwar Ibrahim?

Saya sangat bersetuju dengan Senator Ezam Mohd Nor yang menyeru orang ramai agar membuat pertimbangan waras sama ada mahu memilih Allah atau pun Anwar Ibrahim. Ketegasan Ezam dalam hal ini membuktikan bahawa beliau benar-benar mengetahui kisah sebenar Penasihat PKR itu. Ezam bukanlah orang asing dengan Anwar - bahkan sehingga sekarang Anwar tidak berani menyaman Ezam atau pun membalas segala tuduhan Ezam terhadapnya di pentas politik. Terbuktilah segala pendedahan Ezam terhadap salah laku Anwar Ibrahim selama ini adalah benar! Justeru itu, seluruh ahli PKR dan PAS diseru memilih antara Allah atau Anwar Ibrahim - atau mereka bersedia menerima azab Allah atas sokongan yang telah mereka berikan. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Bekas individu kepercayaan Anwar, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor menyangkal anggapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan.

Malah beliau turut meminta Dr. Wan Azizah untuk menilai sama ada Anwar adalah anugerah atau ujian kepadanya serta ahli PKR untuk memilih Allah atau pemimpin yang melampaui batas. Jelas Ezam, memang tidak dinafikan Anwar bukan calang-calang individu kerana mampu memukau orang ramai dengan pidato yang memikat termasuk menggunakan ayat al-Quran dan hadis menyebabkan sukar bagi kebanyakan orang meninggalkannya.

"Tetapi dalam masa yang sama, beliau melakukan perbuatan yang melampaui batas seorang manusia beriman. "Tun Dr. Mahathir Mohamad ambil masa lama sebelum bertegas pecat beliau. Saya juga sesudah beberapa lama baru melepasi ujian Allah dan akhirnya saya bersyukur dapat memilih Allah berbanding bos sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Dr. Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh menyifatkan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan' bagi memimpin rakyat negara ini. Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi. Ezam menambah, rakyat negara ini juga seharusnya bersyukur kerana Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada Dr. Mahathir bagi memecat Anwar.

"Bayangkan jika Mahathir gagal dalam ujiannya antara memilih Allah dan anak didik kesayangannya (Anwar), tentunya umat ini akan hancur," tegasnya. Dalam pada itu, beliau turut meminta rakyat Malaysia agar mendoakan Allah memberi petunjuk kepada Dr. Wan Azizah bagi membuat pilihan yang betul. "Kita faham kesukaran beliau dalam membuat pilihan yang betul. Kita doakan Allah beri kekuatan kepadanya satu hari nanti," ujarnya.

Bekas rakan baik Anwar, Datuk S. Nallakarupan pula meminta Dr. Wan Azizah tidak terus menipu diri sendiri. Katanya, perbuatan Wan Azizah itu tidak lebih daripada perbuatan bodoh kerana membohongi diri sendiri seolah-olah tidak mengetahui siapa Anwar sebenarnya. "Beliau berpendidikan tinggi dan sepatutnya tahu menilai siapa Anwar sebenarnya. Saya anggap semua ini tidak lebih daripada lakonan demi lakonan dilakukan Wan Azizah berdasarkan skrip tulisan Anwar.

"Semua ini dilakukan Wan Azizah demi menutup tembelang Anwar. Ramai orang PKR tahu yang mereka perang besar sewaktu Anwar ditangkap dahulu, tetapi kini segalanya dilakukan Wan Azizah demi kelangsungan politik suaminya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Salah seorang pengasas PKR, Ng Lum Yong turut mempersoalkan keikhlasan Dr. Wan Azizah dalam melafazkan perkara berkenaan di hadapan ahli-ahli parti.

"Beliau sendiri mengakui ucapan itu disediakan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr. Muhammad Nur Manuty. Apakah beliau benar-benar mahu membawa maksud yang sama? "Beliau mesti beri penjelasan. Mengapa gunakan nama tuhan? Beliau tidak sepatutnya menggunakan nama tuhan hanya untuk menarik sokongan," ujarnya.

11 comments:

dani_sanin said...

Astagfirullahalazim..
Sanggup Ezam buat perbandingan antara Allah dan Anwar? Apa ke desperate dia ni?.. kalau ye pun nak berpolitik jangan la buat tuntutan mengarut. kalau ye pun ezam benci sangat anwar yang pernah jadi bos dia dulu takkan la sampai hilang akal mintak orang pas buat perbandingan antara tuhan dan manusia? PAS pun tak pernah mintak ahli UMNO pilih antara ALLAH dan UMNO?.. Cuma sekadar pilih antara nak Islam atau Melayu.
nampak sangat ezam ni dah desperate nak tarik penyokong Najib yang tengah bergalut nak naikkan namanya setelah sebegitu banyak skandal berkait dengan namanya.. selepas kes altantuya, kes scorpene, skarang pulak kes sikorsky yang melibatkan wang rakyat berbilion RM. kalau benar pun Anwar bersalah, biar mahkamah yang buktikan kita takde hak nak hukum dia. APA KORANG PERNAH NAMPAK KE PERILAKU ANWAR YANG DITUDUH MELIWAT? PERNAH KE? JANGAN TERUS MEMFITNAH KELAK ANDA AKAN DIBAKAR DI AKHIRAT!!!!

Anonymous said...

Kalau dapat anak cerdik macam adi putra, kita kata anugerah tuhan. Kalau dapat anak sindrom down pun kita berkata itu anugerah tuhan. Jadi, apa yg tak kena dgn ayat 'anugerah tuhan'. Kalau dibicara di pentas politik, memang ada mileagenya sbg ayat power. Semakin keliru nampaknya bila timbul polemik ilmiah buat pencacai..

DR NO

KAPAKTAJAM said...

Dani, siapa yg lebih licik antara ezam dgn wan azizah nih!. Wan Azizah terang2 kata anugerah tuhan kpd umat malaysia.Cuba fikirkan betul sama yg menyamakan? Dan, pulak siapa anwar nih, kita tau apa die buat di Masjid negara pinjam serban tok imam konon nak wirik sedang kekawannya sume naik trak polis masuk lokap di peristiwa demontrasi 1974.

Dan mcm2 perangai... anugerah nih molek org2 seperti ulama/pewaris nabi jer. waima yg lebih tepat hanya pada Nabi2.

Wan Azizah kena isthigfar klu dlm hati ada terdetik masa bercakap tu mengumpamakan anwar sbgai amat mulia or ada kehebatan/maksum spt Rasullullah.

Anonymous said...

tak de ke blogger nak tulis kisah kaum nabi lut kekadang baca kisah macam tu lebih baik dari dengar kisah politik dapat juga pengajarannya

Anonymous said...

dani_sanin...
Saudara percaya ke keputusan mahkamah... kalau percaya Kes 1997 jelas... walau pun akhirnya Anwar dilepaskan tapi hakim menyatakan Anwar terlibat dia bebas hanya kerana masalah teknikal... sila saudara baca laporan hakim tersebut...

Anonymous said...

yo...hakim mana tu ? Dlm kes sodomy I & juga II sekarang ini, kalau kita nak tahu susur galurnya tak payah kutip di kaki lima atau blog, pi semak kat fakulti law di mana setiap peguam atau bakal peguam pasti buat dokumentasi utk dijadikan kajian kes. Ini baru rujukan yg independence dan tidak bias. Cari mana flaw & logics.

DR NO

PAShiT said...

salam,

saya nak tanya dani sanin lebih kenal Anwar dari Ezam ke?
konfiden sangatke anda Anwar tidak pernah melakukan liwat?

Jika mengikut petanda2 dan keputusan2 mahkamah sebelum ini kita sudah tahu jawapannya.

Air mani dalam dubur Saiful adalah petanda dan balasan Allah SWT terhadap peliwat tegar di dunia lagi.

Saya seru anda sedar didi anda dan bertaubat.

Wassallam

PAShiT

REKTUM said...

Saiful kata dia tak berak 2 hari sebab itu air mani masih ada. Doktor kata rektum saiful kosong.
2 hari tak berak tapi kosong ??
Bukan apa, saja kita telaah buku logics for dummies..

Muhammad Azli Shukri said...

Sebenarnya Ezam membuat sindiran, berkenaan sikap para penyokong PKR dan PAS yang sangat ta'asub terhadap Anwar - itu sahaja.

sudirumusibarat said...

Lirik Lagu Ebiet G Ade – Untuk Kita Renungkan
>>>>>>>>>>
Lagu ini ditujukan khas kepada Ezam.Sayang sekali suara Ezam masih macam suara Anwar!

>>>>>>>>

dan untuk kita juga
<<<<<<<<

Kita mesti telanjang dan benar-benar bersih
Suci lahir dan di dalam batin
Tengoklah ke dalam sebelum bicara
Singkirkan debu yang masih melekat..
Singkirkan debu yang masih melekat..
Anugerah dan bencana adalah kehendakNya
Kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar
Adalah Dia di atas segalanya..
Adalah Dia di atas segalanya..
Anak menjerit-jerit, asap panas membakar
Lahar dan badai menyapu bersih
Ini bukan hukuman, hanya satu isyarat
Bahwa kita mesti banyak berbenah
Memang, bila kita kaji lebih jauh
Dalam kekalutan, masih banyak tangan
Yang tega berbuat nista… oh
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Mari, hanya tunduk sujud padaNya
hooo…hooo
hooo
Kita mesti berjuang memerangi diri
Bercermin dan banyaklah bercermin
Tuhan ada di sini di dalam jiwa ini
Berusahalah agar Dia tersenyum… ho..
du..du…du..du..du..
du..du..du..du..oh…
ho…ho…ho…
du..du..du..du..
Berubahlah agar Dia tersenyum

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2