Skip to main content

Tahniah, Yang Lain Bila Lagi?

ADUN kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong BN, mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP). Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.


Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di Ipoh. Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu.

"Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya.

Sementara itu, menteri besar Perak yang juga pengerusi BN Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak. Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN.

Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, juga mengambil tindakan yang sama sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 29 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas yang mesra BN pula adalah 3 orang.

Comments

Fadzrul Hisyam said…
Walaupun gembira dengan mendapat pejuang baharu, jangan lupa...UMNO ibarat keseorangan apabila MIC, MCA, & Gerakan masih belum bercambah sejak PRU-12 yang lalu...

Apabila UMNO nampak lebih menyerlah ditambah dengan Perkasa yang semakin kuat, kemungkinan akan timbul Melayufobia di kalangan pengundi bukan Melayu. MIC, MCA, Gerakan patut lebih cergas.
Unknown said…
Salam, senang ke zambry nak kepong tu.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A