Skip to main content

Syabas Zaid Ibrahim


Syabas Zaid Ibrahim!
Wan Azizah Tarik Diri,
Zaid Menang Percuma!

Saya merasakan ada kebenaran dengan cerita di bawah, ada kemungkinan Zaid Ibrahim akan bertanding merebut jawatan Presiden PKR, yang mana Wan Azizah sememangnya sudah tidak sanggup lagi untuk mengetuainya. Wan Azizah dikatakan akan menarik diri pada saat-saat akhir pertandingan, sekali gus tinggal Zaid sahaja yang layak untuk bertanding, memandangkan Anwar pernah berkata bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai presiden. Jika benar wujud pakatan antara Zaid-Wan Azizah ini, maka kemungkinan besar Anwar akan bertanding sebagai presiden PKR - kerana Zaid tahu, beliau akan tewas menentang Azmin untuk kerusi timbalan presiden. Baca artikel menarik tulisan Helme Hanafi di bawah :

1. Desas desus mengenai kemungkinan ada ‘ kejutan ‘ sensasi menjelang pemilihan jawatan utama PKR November ini – yang kebelakangan ini diwarnai oleh mesyuarat-mesyuarat cabang yang agak lintang pukang - sudah menjalar. Ikut ceritanya sudah wujud Pelan B melihat pada percaturan pemilihan paling hangat yakni jawatan Timbalan Presiden.

2. Azmin Ali sudah laju ke depan dengan pencalonan terbanyak.Beliau diikuti oleh Datuk Zaid Ibrahim dan Mustapha Kamil Ayub. Jangan lupa pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Selasa bekas Setiausaha Agung PKR ini sudah memberi indikasi jelas kemungkinan turut serta perebutan jawatan nombor dua ini.

3. Soalnya sekarang apa jadi jika Khalid masuk? Ini kerana Zaid pernah kata beliau tidak akan bertanding Timbalan jika Khalid masuk. Dalam diam-diam perhatian kini bertumpu kepada ‘ budak hitam ‘ yang dianggap sudah bikin kecoh senario pemilihan PKR dengan tindak tanduk yang dikatakan telah menguris hati Anwar & Co.

4. Sumber-sumber PKR memberitahu Agendadaily jangan terkejut jika Zaid yang memperolehi 38 undi untuk jawatan nombor dua melancarkan apa yang dikatakan sebagai “Pelan B’. Zaid yang turut memperolehi tiga pencalonan untuk jawatan Presiden PKR dikatakan sedang timbang-timbang untuk langgar jawatan nombor satu untuk berdepan ‘ face to face’ dengan penasihat merangkap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

5. Ikut ceritanya Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan diminta berundur dan memberi laluan kepada Anwar berentap jawatan nombor satu itu. “ Game sudah berubah, Anwar sendiri akan bertanding dan memastikan hanya calon-calon yang bersama pasukannya sahaja menang,” kata sumber itu.

6. Anwar sebelum ini berulangkali kata tidak mahu bertanding apa-apa jawatan kerana mau kekal sebagai Sivaji The Boss PKR @ Ketua Umum yang untouchable. Dan lebih menarik lagi, bila disebut-sebut, Wan Azizah sendiri berada di belakang Khalid dalam percaturan ini. “Wan Azizah tidak rugi apapun, Anwar suruh dia lepas jawatan presiden, sebagai isteri dia taat, tapi dia sokong Khalid untuk jawatan timbalan presiden. “Akhirnya kita akan lihat Anwar terpaksa lawan Zaid yang sudah pasti Anwar menang dan Khalid lawan Azmin yang atas kertasnya kalau kita letak C.V dua-dua calon, maka ada peluang Khalid akan menang.

7. “Wan Azizah yang untung, bila Anwar menang, Khalid menang, padanya asal bukan Azmin menang, sudahlah,” katanya. Dalam bab Zaid pula, kata sumber tersebut, walaupun Zaid mendapat pencalonan kedua tertinggi selepas Azmin bagi jawatan timbalan presiden, tapi beliau terpaksa berkorban jika Khalid Ibrahim ‘minat’ jawatan itu. “Lagipun kalau Zaid pergi timbalan presiden, beliau akan kalah...alang-alang kalah biar kalah bertanding presiden,” katanya.

8. Manakala, Zaid sendiri dalam posting terbaru di blognya menulis, “Saya telah pun mendapat pencalonan dari cabang-cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Saya akan membuat pengumuman untuk menerima tawaran ini tidak lama lagi.” Kalau kita baca, dan teliti tulisan tersebut, kita tahu bahawa yang Zaid sudah menunjukkan minat untuk bertanding jawatan presiden walaupun dengan tiga pencalonan yang beliau terima.

9. Cuma kata sumber tersebut, Zaid tidak akan bertanding lawan Wan Azizah. “Sehingga kini, hormat Zaid pada Wan Azizah dan Nurul Izzah lebih tinggi dari hormat dia pada Anwar, semua pertimbangan yang Zaid ambil termasuk untuk lawan presiden, dengan sasaran yang jelas iaitu Anwar Ibrahim sendiri bukannya Wan Azizah,” kata beliau.

10. Anwar sehingga kini memperolehi 17 pencalonan untuk jawatan presiden termasuk satu dari cabang Kuala Selangor yang dipimpin oleh Khalid sendiri. PKR akan melaksanakan pemilihan untuk memilih jawatan utama parti itu November ini. Sistem baru pemilihan parti itu menetapkan hanya dua pencalonan yang diperlukan untuk bertanding mana-mana jawatan dengan 400,000 ribu ahli boleh memilih pemimpin mereka secara langung.

Comments

Anonymous said…
Tidak mustahil Zaid Ibrahim akan menjadi ketua PKR yang akan datang setelah apa yang berlaku pada hari ini...satu lagi laporan polis dibuat berhubung kes kena liwat.....
Kasihan Wan Azizah...kemana nak sorok muka kali ini...kes saiful pun belom selesai dan bertambah kes pula hari ini....Tak apa..isteri mithali punya pasal apa suami buat terima saja..

Tak mungkin anwar mahu bertanding sebagai ketua parti....dan wan azizah tak tahu nak sorok muka...

Pucuk dicita ulam yang tiba buat zaid....
Anonymous said…
setia pada laki satu hal..tapi jika benar dia tahu hal suaminya, brmaknanya dia telah menipu seluruh rakyat Malaysia selama bertahun2..dan telah menghina dan memfitnah mereka2 yg dianggap brkonspirasi trhadap Anwar!!

Setia pada yg haq tak pa ler..tapi bersekongkol ngan perkara yg mungkar, mudah2an Allah swt ampunkan!

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A