Tetamu Kehormat...

October 4, 2010

Syabas, Akhirnya Ku Li Terima Tawaran!


Tahniah,
Ku Li Terima Tawaran!


Alhamdulillah, Akhirnya Tengku Razaleigh bersetuju menjadi Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas. Syabas Ku Li, InsyaAllah UMNO kembali kukuh! Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh. “Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya. Tengku Adnan berkata beliau percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemungkinan besar akan menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau kembali dari London Sabtu ini.

Jumaat lalu, Tengku Razaleigh berkata beliau masih belum membuat sebarang pendirian berhubung keputusan Umno yang melantik beliau sebagai pengarah jentera pilihan raya kecil kerusi Galas. Tengku Razaleigh berkata, beliau hanya akan menjelaskan isu tersebut sebaik sahaja pulang ke tanah air minggu depan. Beliau dijadual kembali dari London 9 Oktober ini dan akan mengadakan sidang akhbar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya kecil pada mesyuarat khas, Rabu ini. “Kawan-kawan, saya tidak kata ya atau tidak. Saya akan menjelaskan mengenai (DUN) Galas sebaik sahaja saya balik ke Malaysia,” kata beliau menerusi Twitter lewat petang ini. Tengku Razaleigh memberikan respons ini sejurus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa beliau adalah calon terbaik untuk merampas kerusi itu daripada PAS.

Tengku Adnan berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang adalah calon terbaik untuk mengetuai kempen di Galas dan untuk merampas kerusi tersebut kerana beliau mengetuai dengan mendalam keadaan bahagian itu berbanding yang lain.

Mengenai kemungkinan Tengku Razaleigh akan dipilih sebagai calon, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, pihaknya menyerahkan kepada Tengku Razaleigh untuk memutuskan soal itu. “Kami hendak mendengar siapa yang beliau (Tengku Razaleigh) hendak namakan sebagai calon terbaik,” kata Tengku Adnan.

Malah menurut beliau, partinya selesa dengan sesiapa sahaja yang hendak diturunkan asalkan dapat menang di Galas. Tengku Adnan mengakui bahawa secara tradisi kerusi Galas adalah kawasan dikuasai BN dan hanya pernah kalah ketika persaingan Parti Semangat 46 dan dua tahun lalu dengan perbebzaan 600 undi. “Kami akan melakukan yang terbaik untuk merampas balik kerusi Galas,” katanya.

No comments: