Tetamu Kehormat...

October 18, 2010

Siapa Mesti Bertaubat? Anwar? Wan Azizah? Saiful Bukhari? Atau Semua Ahli PKR?

Siapa Sebenarnya Yang Mesti Bartaubat?
Anwar Ibrahim? Wan Azizah?
Atau Semua Ahli PKR?

1. Dalam Islam, kita digalakkan untuk sentiasa bertaubat. Setiap hari, kita melakukan dosa - dan setiap hari jugalah kita mesti banyak bertaubat. Tetapi, dalam politik, istilah taubat hanyalah retorik atau slogan untuk menarik perhatian. Memorendum Taubat yang dikirimkan oleh ahli-ahli PKR dari Perak dan Pulau Pinang kepada Anwar Ibrahim dua hari yang lalu, bisa sahaja ditakrifkan sebagai "retorik politik".

2. Walauapa pun - ia tetap memberi impak kepada Anwar Ibrahim dan partinya PKR. Kita tidak boleh menipu diri kita sendiri sampai bila-bila. Akhirnya, kita mesti mengakui juga bahawa pengaruh Anwar Ibrahim semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

3. Sekiranya Anwar Ibrahim bertaubat - hal ini bermakna beliau secara tidak langsung mengakui, sesungguhnya beliau benar-benar meliwat Saiful Bukhari. Sebaliknya, pihak yang menyuruh Anwar Ibrahim agar bertaubat - Secara tidak langsung membuktikan, merekalah yang sebenarnya yakin bahawa Anwar Ibrahim sememangnya meliwat Saiful - jika mereka tidak yakin, sudah tentulah "Memorendum Taubat" tersebut tidak dihantar kepada Anwar Ibrahim.

4. Kesimpulan yang mampu kita buat hanyalah satu, iaitu sebahagian besar daripada ahli-ahli PKR yakin terhadap tuduhan yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Namun demikian, kerana nafsu politik, segalanya sudah menjadi halal belaka. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Tindakan mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat adalah sia-sia malah golongan yang melakukan desakan itu sepatutnya 'bertaubat' dengan meninggalkan parti tersebut.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said berkata, kumpulan itu juga tidak berpijak pada bumi nyata apabila tidak mahu PKR digunakan untuk melindungi pemimpin daripada tindakan undang-undang sedangkan asas penubuhan parti itu ialah untuk membela Anwar. "Mereka ini buang masa apabila suruh Anwar bertaubat. Anwar tidak akan bertaubat kerana itu menunjukkan kesalahannya. Sepatutnya mereka yang bertaubat dengan keluar PKR.

"Kalau rasa Anwar sudah tidak boleh memimpin pergilah cari parti yang boleh memperjuangkan rakyat," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Semalam, tiga wakil Cabang PKR dari Perak dan Pulau Pinang mewakili 60 ahli parti itu menghantar 'memorandum taubat' kepada Anwar supaya beliau segera bertaubat dalam kes berkaitan pertuduhan di mahkamah.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari Cabang Bayan Baru berkata, desakan itu bagi menjaga martabat perjuangan parti yang dilihat terjejas berikutan kes mahkamah Anwar. Jelasnya, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

"Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya. Sementara itu, Saidatul Badru berkata, desakan taubat itu bagaikan memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak mempercayai Anwar selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun katanya, pemikiran kumpulan terbabit dilihat agak bercelaru kerana tuntutan itu memberi maksud mereka akan menerima Anwar sekiranya beliau bertaubat walaupun pertuduhan yang dihadapinya amat menjengkelkan. "Apa yang dimaksudkan dengan bertaubat? Adakah mereka percaya apa yang berlaku? Adakah ahli bersetuju dengan pertuduhan (liwat) itu? "Saya hairan apa maksudnya. Ia seperti mereka mahu menyatakan sesuatu tetapi masih sayangkan seseorang yang melakukan kesalahan," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Yang perlu bertaubat adalah Gobala, Sivarasa dan rakan satu kapal dengannya tetapi bukan juak-juak Kak Wan dan rakan sewaktu dengannya. he he

Anonymous said...

Azli shukri yang perlu bertaubat!! tulis ikut sedap rasa aje..

Anonymous said...

Saya tiap2 hari bertaubat...

Anonymous said...

Bertaubat lah sebelum terlambat pintu taubat allah buka seluas luasnya untuk hamba nya jangan sampai tak bolih bercakap tak guna lagi hidup.