Tetamu Kehormat...

October 4, 2010

Selamatkan PKR : Azmin Ali Mesti Dijatuhkan!


Selamatkan PKR!
Azmin Ali Mesti Dijatuhkan!

Oleh Helme Hanafi

(Saya agak tertarik untuk kita berkongsi membaca tulisan Helme Hanafi dalam Agenda Daily di bawah. Kesimpulan yang mampu saya katakan hanya satu, iaitu : Azmin Ali wajib dijatuhkan!)

Gendang perang terhadap calon Timbalan Presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dipalu Datuk Seri Anwar Ibrahim nun jauh di Kota London mendapat sokongan segera daripada anak didiknya Azmin Ali petang Ahad.

Azmin dalam ucapan di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak disebuah hotel di Ampang Ahad meneruskan kecaman terhadap Zaid yang disifatkan sebagai ‘pemimpin baru’ yang menyertai parti itu selepas kemenangan 2008 dan kini berani mempertikaikan Anwar. “Individu ini telah mempertikaikan ketua umum parti kita. siapa kita nak pertikaikan Anwar Ibrahim, cermin muka dulu?,” kata Azmin tanpa menamakan Zaid secara langsung.

Menurut Azmin lagi, “Individu ini baru setahun menyertai PKR dan (kerana itu) tidak faham agenda reformasi yang ditegaskan dalam deklarasi Permatang Pauh 12 tahun yang lalu,”. Beliau kemudiannya meminta ahli PKR menolak ‘pemimpin itu’sebaliknya memilih pemimpin yang telah terbukti kesetiaannya kepada perjuangan parti.

Azmin turut mengecam Zaid yang disifatkan beliau sebagai pemimpin yang baru menyertai parti itu tetapi bersekongkol dengan media UMNO untuk menghancurkan PKR. “(Selepas) menang 2008, gerombolan anggota baru masuk parti, kita alu-alukan, tetapi ada juga yang masuk untuk memusnahkan parti. “Kepada golongan ini, saya akan beri amaran akan tentang habis-habisan,” katanya yang juga Ketua Cabang PKR Gombak.

Anwar dalam satu forum terbuka di London pada Sabtu marah kepada Zaid kerana menggunakan media milik UMNO, yang dilihat sebagai ‘musuh’ Pakatan Rakyat. Zaid sebelum ini diwawancara akhbar Mingguan Malaysia dengan tajuk “Jangan halang saya bertanding”. Selepas ini, Naib Presiden PKR, yang dikaitkan dengan kumpulan Azmin, Dr Lee Boon Chye turut mengkritik Zaid kerana berbuat demikian.

Dr Lee mendakwa Zaid menyimpang daripada haluan parti, berikutan aduannya kepada media tentang perjalanan pemilihan PKR. Bagaimanapun, seorang lagi Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffey Kitingan yang pro Zaid, membuat serangan balas dengan mengatakan tindakan bekas menteri UMNO itu tidak ada salahnya. "Saya juga membaca beberapa wawancara dengan Zaid oleh pihak media. Saya rasa ia mengandungi aspirasi parti dan tidak lebih dari itu. Beliau bukan bertindak selaku "mangsa" sepertimana yang diutarakan oleh Dr Lee," kata Jefrrey. Selain Jeffrey, pemimpin PKR seperti Ahli parlimen Padang Serai N. Gobalakrisnan, serta Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagem juga mengeluarkan kenyataan keras terhadap kumpulan Azmin.

No comments: