Tetamu Kehormat...

October 1, 2010

Rupa-Rupanya Novel Shit Shahnon Ahmad Ada Sambungan


Rupa-Rupanya Novel Shit
Ada Sambungan....


Sebenarnya, saya suka mengajak para pembaca sekalian agar kembali mengingati tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang sangat kontroversi bertajuk "Shit". Namun demikian, novel Shit karya Shahnon itu masih belum tamat dan tidak disudahkan dengan baik oleh beliau. Justeru itu, dalam keadaan hari ini, novel Shit sebenarnya ditujukan terhadap polemik dan politik dalaman PKR yang kotor dan semakin busuk membusukkan.

Sudah wujud dalam kalangan calon yang bertanding untuk pemilihan PKR November ini tidak mengaku bahawa merekalah "kepala taik" yang jijik lagi menjijikkan. Kumpulan "Kepala Taik" ini tidak hanya melontarkan taik-taik mereka kepada Zaid Ibrahim, bahkah mereka juga tidak mengaku yang dilontar itu ialah taik-taik mereka sendiri. Mereka mendakwa, kononnya Zaid Ibrahim main kotor dengan cara mendedahkan kebusukan taik-taik mereka melalui Utusan Malaysia, tetapi mereka lupa, taik yang bersepah-sepah itu adalah taik mereka sendiri.

Namun demikian, mereka tetap menuduh kononnya yang busuk itu bukan taik mereka, tetapi taik para penyokong Zaid. Sehingga sekarang, Kepala Taik tetap diam membisu. Sebagai penasihat kepada kumpulan-kumpulan taik ini, kepala taik tersebut lebih selesa bersikap tunggu dan lihat. Walaupun sesekali, kepala taik ini juga suka melontarkan taiknya ke muka orang lain, tetapi ia dilakukan secara halus, sehingga orang lain pun tidak tahu dari mana datangnya taik itu. Oleh kerana taik semakin banyak di dalam lubungnya, maka bau busuknya sudah tidak mampu ditutup lagi....maka terdedahlah segala-gala yang busuk dan membusukkan, yang jijik dan menjijikkan...baca laporan berita di bawah :

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Persaingan berpuak dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula memuncak dengan dua pemimpin pusat parti itu menggesa agar Datuk Zaid Ibrahim, yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden, tidak dipinggirkan menerusi serangan bertubi-tubi.

Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) N. Gobalakrishnan yang mempertahankan Zaid daripada serangan kumpulan yang memihak Azmin Ali mempersoalkan kenyataan terbuka Naib Presiden Dr Lee Boon Chye. Azmin yang mendahului senarai pencalonan juga merupakan naib presiden.

“Sungguh aneh pemimpin-pemimpin ini bercakap kepada media mengenai isu ini. Mengapa sekarang Lee mengkritik Zaid (hanya) kerana memberi temu bual kepada media?” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Ahli Parlimen Padang Serai ini mendakwa “adalah jelas Zaid secara terus-menerus dipinggirkan dalam parti.” Cabang Padang Serai akan mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan Ahad ini selepas ditangguhkan dua minggu lalu.

“Pelbagai insiden ketika pemilihan cabang PKR di seluruh negara sejak dua minggu lalu menunjukkan bahawa sentimen anti-Zaid sedang diatur sedemikian rupa dalam parti oleh mereka yang berjawatan tinggi dalam parti,” kata beliau lagi. Gobalakrishnan berkata, persoalan sekarang ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap perkembangan tersebut sekarang ketika PKR mengadakan pemilihan secara langsung.

“Menilai daripada kenyaatan-kenyataan yang datang daripada pemimpin kita sendiri termasuk Ketua Umum yang memberi amaran kewujudan kuda-kuda Trojan dalam parti, saya hanya boleh merumuskan bahawa orang-orang ini sememangnya dalam satu kumpulan — kumpulan yang mahukan Azmin menewaskan Zaid dalam saingan jawatan timbalan presiden,” katanya lagi. Gobalakrishnan seterusnya berkata adalah “saya salah dalam membuat andaian ini?”

“Berdasarkan apa yang berlaku dalam parti, saya rasa tidak. Saya sudah mula mempercayai cerita-cerita mengenai Azmin adalah betul sekarang,” katanya yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden. Katanya, adalah sesuatu yang menyedihkan buat parti kerana terpaksa melupakan tujuan dan prinsip hanya kerana mahu memastikan Azmin menang mudah dalam pemilihan bagi jawatan tertinggi parti.

“Saya berharap ia tidak berlaku. Biarkan PKR kekal bebas dan terbuka menghadapi pemilihan,” katanya lagi. Kata Gobalakrishnan, ini bukan kali pertama kenyataan-kenyataan sentimen anti-Zaid muncul di kalangan pemimpin parti. “Malah pengarah komunikasi parti seperti Nik Nazmi Nik Ahmad memilih untuk menyertai serangan ke atas Zaid Ibrahim, yang memperlekehkan jawatannya yang sepatutnya kekal berkecuali.

“Dan, kita ada timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang menyertai senarai (yang mengecam Zaid). Kemudian Naib Presiden R. Sivarasa, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi Tian Chua yang meneruskan serangan,” katanya lagi. Sementara itu, dalam kenyataan berasingan bertajuk “lebih banyak pemimpin pembaharuan diperlukan, Jeffrey menggesa kesemua pemimpin agar menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap persaing jawatan timbalan presiden Zaid.

“Saya ada membaca kenyataan naib presiden Dr Lee Boon Chye semalam dan saya merasakan kesesuaian masa kenyataan itu sungguh malang sekali khususnya dengan mesyuarat cabang sedang berlangsung hujung minggu ini,” kata beliau. “Saya juga ada membaca pelbagai wawancara yang diberikan oleh Zaid kepada media.

“Saya merasakan ia membawa aspirasi beliau kepada parti. Beliau tidak mempersalahkan sesiapa (dalam menghadapi saingan) sebagaimana dikatakan oleh Lee,” kata pemimpin dari Sabah ini. Justeru tegas Jeffrey, kesemua pemimpin parti perlu mengalu-alukan saranan-saranan konkrit oleh mana-mana pihak untuk memperbaiki perjuangan parti. “Sesetengah saranan Zaid boleh membantu kita untuk mencapai matlamat buat rakyat.

“Parti memerlukan lebih banyak pemimpin yang mahu membawa pembaharuan. Ia juga memerlukan pemimpin berfikiran terbuka, yang boleh bergerak ke depan,” katanya lagi. Semalam, Zaid menjadi tumpuan kenyataan dua pemimpin kanannya ekoran beberapa tulisan dan pandangan terbuka beliau yang dilihat sebagai menjejaskan imej parti itu termasuk pemilihan secara langsung “bersejarah” yang sedang berlangsung.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu yang mengadakan mesyuarat Biro Politik malam tadi tidak memutuskan sebarang tindakan disiplin ke atas Zaid berhubung kenyataan beliau baru-baru ini mengenai pemilihan yang sedang berlangsung. “Biro Politik menegaskan juga bahawa tiada arahan, aduan mahupun apa–apa keputusan yang telah diambil untuk apa–apa tindakan displin terhadap Zaid Ibrahim dan menyangkal fitnah dan maklumat palsu berkenaan perkara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.

Dalam kenyataannya bertajuk “Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap PKR dan pemilihan parti” berkata, parti itu kebingungan dengan keluhan anggota Majlis Pimpinan Pusat itu yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Mingguan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar “Gestapo”. “Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu?

“Apakah beliau lupa serangan bertubi–tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?” kata beliau yang dicalonkan untuk mempertahan kerusinya. Lee menambah, Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang PKR sedangkan mereka mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Sementara 34 cabang akan mengadakan mesyuarat esok dan lusa dalam pusingan terakhir manakala pusat pula mulai hujung bulan ini.

6 comments:

Anonymous said...

saya mahu tunggu dan lihat si Zaid ni terus lawan jawatan Presiden

AHBIZAB said...

Sudah terang lagi bersuluh Zaid Ibrahim akan kecundang di tangan Azmin Ali orang yang "dikasihi dan ditakuti" oleh Penasihat umum PKR Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

AHBIZAB kenapa pula Azmin Ali dikasihi dan ditakuti oleh Bro.Anwar? Bukankah Anwar boss Azmin?

AHBIZAB said...

Anon 5.22am. Dengar U Tube Dato Nalla, Ezam Mohd Nor, Zahid Mat Arip, Anuar Shaari dan bekas pemimpin PKR yang lain akan dapat jawapannya.

a ali /46sekupang said...

Salam Azli-mungkin satu perenggan sambungan dari nobel ini melintasi selat yang mana dilakunkan oleh bendera atas pengarah ketua shit.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2