Skip to main content

PKR Mula Buat Drama Baru


PKR Mula Buat Drama

(PKR seperti biasa, akan mula membuat drama baru bagi menafikan segala perbuatan jijik dan kotor mereka. Melalui ayat yang biasa dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim - iaitu, "fitnah dan tohmahan" Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya cuba menutup "keburukan" dan "strategi kotor mereka" dalam usaha mengaitkan PM dengan kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Hakikatnya, semua orang sudah tahu PKR merupakan parti yang sangat hodoh dan kotor. Tiada gunanya lagi mereka cuba menutup aib Anwar Ibrahim, kerana kebenaran sudah semakin hampir bersama kita. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah memaksa seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menandatangani dua akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Latheefa mendakwa saksi itu Rahimi Osman, yang satu ketika dulu merupakan pembantu Anwar secara “sukarela” telah bekerjasama dengan pasukan guaman penasihat PKR itu semasa menandatangani akuan bersumpah itu pada Jun 2008. “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia.

“Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan,” kata beliau dalam kenyataan SMS petang tadi.

Latheefa yang melabel dakwaan Rahimi ke atas dirinya dan anggota PKR yang lain sebagai “fitnah dan tohmahan” bercadang mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu.

Terdahulu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Latheefa berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal Rahimi boleh membuat kenyataan bahawa dia dipaksa menandatangani deklarasi seumpama itu memandangkan ia tidak digunakan oleh pasukan pembela setakat ini.

“Kami hanya menghimpunkan kenyataan daripada saksi-saksi yang kenal Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dia (Rahimi) kenal sangat (saksi utama itu),” katanya lagi. Rahimi adalah rakan satu sekolah Saiful dan dipercayai telah dirujuk kepada Anwar agar mengambil dia kerja pada 2008.

“Akuan-akuan bersumpah tidak menyelesaikan masalah kami sebab ia tidak digunakan... ia bukan sesuatu yang luar biasa. “Lebih-lebih lagi, apa sahaja yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu sudah pun dibangkitkan dalam perbicaraan,” kata Latheefa. Justeru katanya, beliau akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Terdahulu, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair dalam reaksinya menafikan dakwaan Rahimi bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008. Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

“Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar,” katanya.

“Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini. Sankara juga berkata Latheefa, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah. Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung. Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi. Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

Comments

Anonymous said…
Perkara benar tetapi hanya timbul dalam masa yang boleh dipertikai maka susah diterima bulat-bulat, contohnya bukti nota tulisan tangan Teoh Beng Hock selepas setahun kes berlalu. Banyak juga lagi kes yang kebanyakan orang susah nak hadam seperti kes PKPZ,kes rasuah ex-EXCO PKR Perak sebelum selepas jadi bebas dan juga kes terkenal tapi seperti mahu dilupakan iaitu Correct..Correct..Correct...

DR x NO
Anti Dr No Brain said…
Macam mana nak hadam betul simple pun tak faham.
Anonymous said…
Dr x NO, aku ingat ingat ko kena pegi buat surgery perut sebab susah nak hadam.

Kalau surgery otak lagi baik sebab senang kena kelentong dengan Parti Kelentong Rakyat...
Anonymous said…
akhir zaman yang jahat dilihat benar dan yang benar tidak dipercayai
Anonymous said…
Kalau perkara tak betul, kenapa hantaq gangster nak kacau press conference Rahimi pulak.

la la la la la
hangkedee said…
PKR=Parti Keling Ramai
PKR=Parti Kasta Rendah

INI LAH PUNCANYA
Anonymous said…
camne kata tandatangan tanpa paksaan. ko tengok le paria yg dok maki hamum masa press conference..
Aspirasi said…
Salam bro... kebatilan takkan dapat bertahan selamnya.. kembalilah kepada Allah..
Anonymous said…
2 tahun sudah hilang tiba tiba muncul untuk fitnah DSAI sebelum PRK Galas--seperti biasa sebelum PRK Permatang Pauh, dimana Sialfool menuduh DSAI meliwat dia dan telah sumpah. Pita rakaman telah dimainkan tiap tiap hari di PP. Kenapa hilang 2 tahun--jawapannya senang sahaja--tengah melalui proces "turning over" oleh cawangan khas polis. Ini biasalah, semasa SODOMY 1 pun, rakan rakan karib DSAI telah melalui proses tersebut untuk menuduh DSAI macam macam. Jadi pasal tuduhan baru itu tidak hairan lah.
Anonymous said…
Anonymous said...

2 tahun sudah hilang tiba tiba muncul untuk fitnah DSAI sebelum PRK Galas--seperti biasa sebelum PRK Permatang Pauh, dimana Sialfool menuduh DSAI meliwat dia dan telah sumpah. Pita rakaman telah dimainkan tiap tiap hari di PP. Kenapa hilang 2 tahun--jawapannya senang sahaja--tengah melalui proces "turning over" oleh cawangan khas polis. Ini biasalah, semasa SODOMY 1 pun, rakan rakan karib DSAI telah melalui proses tersebut untuk menuduh DSAI macam macam. Jadi pasal tuduhan baru itu tidak hairan lah.

October 7, 2010 11:23 AM


BODOH + BANGGANG + BAHLUL PUNYA KOMEN TARAF SENGKUANG & KANGKONG
TokAyah said…
Inilah indahnya Islam. Kalau dilihat semua orang kanan Anwar yang beragama Islam akhirnya meninggalkan Anwar kerana mereka memahami Islam mengajar kita bercakap benar kalau tidak sekarang mkin satu hari nanti sebelum pintu taubat tertutup. Yang peliknya penyokong bukan beragama islam pula berlagak macam dalam filem tamil. Lu sedarlah diri sikit. Anwar ibarat kepala keretapi lu cuma gerabak belakang, apa lu tau yang berlaku dihadapan. Kepada penyokong2 pembangkang yang lain terutama yg beragama Islam RENUNG2KANLAH sebelum nasi menjadi bubur.
Anonymous said…
Pemimpin PKR ramai yang kaki temberang.Jadi, bila bercakap benar pun, orang dah tak percaya lagi. Rahimi atau Lateefa yang bercakap benar? Dua-dua pun tak boleh dipercayai.
semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

Aku Yang Bingai
PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina
Anonymous said…
a'kum...anonymous Oct 7, 2010 11:23am

jgnla taksub sgt...bukannya semua prk ade kes sodomy..kalo polis buat yg mcm awk fikirkan...saye rase dekat 10 episode la..boleh buat sodomy the movie.sdr saiful mcm kita jgk..manusia...m'sian..dia berhak dpt keadilan.mcm mane x melarut sampai bertahun kalo asyik tangguh je..org dah menyampah!kate LAWAN tetap LAWAN...so..lawanla.
saye bkn nak sebelah sesape...atas pagau la ni..kes dia pun belum nak mula...ade rakaman ke..gambar ke...suara ke..dvd ke...surat akuan ke..surat wasiat ke..nota ke..bwk pegi mahkamah dan biar undang2 tentu kan.
bersangka baikla dulu...

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A