Tetamu Kehormat...

October 17, 2010

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan
Zaid Ibrahim

Oleh Lukman Abdullah
(Agenda Daily)

1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi.

2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden.

3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja berentap untuk jawatan Timbalan yang paling panas dalam pemilihan itu sudah mula dihidu sekitar pagi bila menjalar cakap-cakap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tarik diri dan Nurul Izzah hanya akan cuba nasib bagi jawatan Naib Presiden.

4. Khabar itu menjadi kenyataan bila Nurul muncul di ibupejabat PKR mengesahkan hajatnya nak bertanding jawatan nombor tiga. Apa jadi pada Khalid? Beliau atau wakilnya langsung tidak muncul sampai ke sudah. Ini bererti Menteri Besar itu bukan saja tidak bertanding Timbalan malah tidak bertanding satupun jawatan dalam parti itu. Ini juga bererti beliau sebagai pentabir sebuah negeri dan bekas Setiausaha Agung PKR tidak mempunyai sebarang jawatan politik.

5. Pelik memang pelik memikirkan apa sandiwara Khalid kerana pada 10 Oktober beliau tiba-tiba tampil bergaya dengan para penyokong yang kuat membuat sidang akhbar mengumumkan hendak bertanding Timbalan Presiden. Kini tiba-tiba menyepi begitu saja. Ada yang berkata beliau membuat keputusan itu setelah mendapat pandangan jawatankuasa pelobinya Jumaat malam.

6. Ramai para pemerhati politik merasa ada sesuatu mesej yang nak ditunjuk Khalid bila memanggil sidang akhbar mengumumkan hajat nak bertanding itu. Ada yang mengandaikan mesej itu ditujukan pada Azmin supaya jangan memandang remeh kekuatanya. Soalnya bila Khalid tidak bertanding kemana ‘ kekuatan’ penyokongnya hendak ‘ buang undi’? Apakah pada Azmin? Jawabnya tidak mungkin.Apakah pada Mustapha…itu pun belum tentu. Zaid nampaknya boleh senyum meleret dengan langkah Khalid itu.Malah beliau nampak begitu konfiden sekali masa berbual dengan wartawan di ibupejabat PKR Sabtu selepas mengesahkan bertanding.

7. Sebelum ini pun sudah ada deal antara mereka jika Khalid bertanding…Zaid akan tarik diri. Apakah percaturan kini sudah memihak pada Zaid ? Paling menarik Zaid sudah berani ‘cakap besar’. Ditanya ada yang menggangap beliau bukan calon kuat untuk bersaing dengan Azmin kerana hanya mendapat 38 pencalonan saja berbanding lebih 100 diperolehi oleh anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu beliau dengan selamba berkata,” Saya tak setuju yang saya tak kuat, saya kuat, saya tak tunjuk...saya tak ada gambar besar, saya tak ada bas..empat lima bas datang...saya tak ada penyokong orang-orang tertentu, saya kuat...” Bunyinya macam konfiden habis.

8. Pokoknya kalau Azmin bijak berpolitik beliau pasti sedar kini seluruh bala tentera Khalid,Wan Azizah,Nurul Izzah…dan jangan lupa orang-orang yang ada penyokong seperti Ahli Parlimen Padang Derai,Kedah N Gobalakrishnan yang geram habis padanya khususnya mengenai isu gelarnya ‘ pariah’ akan berdiri teguh di belakang Zaid. Apa lagi congak yang boleh dibuat kalau bukan itu. Azmin dikatakan banyak bergantung pada pengaruh Anwar dang geng-geng orang lama dalam PKR yang masih kuat dengan nostalgia reformasi. Itupun dikatakan dikalangan sebilangan saja.

9. Analisis yang dapat dibuat setakat Sabtu ialah Azmin yang perlu ligat untuk mengumpul kekuatan. Angin yang bertiup kurang menghembus kearahnya. Namun siapa tahu mungkin ada ‘silap mata’ saat-saat akhir nanti yang masih disimpan dalam kocek Anwar untuk menyelamatkan Azmin.

2 comments:

Melayu Pasir Gudang said...

Kemana Khalid Ibrahim, adakah beliau akan hanya di lantik menjadi pegawai dalam Majlis tertinggi PKR?.

Percaturan yang melihatkan nasib Zaid Ibrahim benar-benar di tangan al -juburi.

Mana pergi Pengerusi PKR Negeri Johor?.Bekas Menteri kabinet tu...sama taraf dengan Zaid Ibrahim, atau PKR Johor dah lama bersiap-siap bungkus kain baju. Atau juga akan di lantik sebagai pegawai dalam majlis tertinggi PKR?.

Muhammad Azli Shukri said...

betul tu sahabat