Tetamu Kehormat...

October 14, 2010

Majlis Fatwa Perlu Bertindak Ke Atas Anwar Ibrahim

Majlis Fatwa
Perlu Bertindak Ke Atas Anwar


Anwar kata tulisan Salman Rushdi sungguh indah dan menarik, katanya lagi beliau tidak bersetuju dengan hukuman bunuh ke atas penulis tersebut, "kalau tidak bersetuju dengan karya surah syaitan jangan baca, itu adalah kebebasan menulis".

Mengucap panjang penulis apabila mendengar ucapan Anwar Ibrahim di festival Salihara 11 Oktober 2010 Jakarta Indonesia. Tidak dapat membayangkan respon umat islam lain akan pandangan Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut berkaitan soal pandangannya terhadap institusi islam dan soal berkaitan syariah islam.

Bersama-sama kita nilaikan kemudian (rakaman akan di siar dalam tempoh terdekat nanti). Program anjuran kelompok pencerahan tersebut secara jelas telah menjelaskan siapa dirinya yang sebenar dalam konteks muslim moderate (pendokong islam liberal).

Antara isi kandungan Anwar di dalam sesi yang dihadiri sekitar 200 peserta kelompok pencerahan tersebut ialah mengritik sikap negara islam yang menyekat hak kebebasan bersuara. Pada pandangannya byak negara islam terlalu jumud dalam pengamalan islam.

Beliau juga telah memanipulasi istilah kebebasan di dalam islam dengan menhubungkaitkan dengan apa yang diperjuangkannya terutama menegakkan keadilan dan kebebasan. Walhal perjuangan yang dilakukannya adalah bersandarkan kepada nilai hak asasi barat yang merangkumi kebebasan agama, seksual dan pandangan hingga melampaui apa yang telah diaturkan islam.

Bukan sahaja kerajaan Malaysia yang dikecam, malah pimpinan PAS rakan di dalam Pakatan Rakyat turut dipersenda oleh Anwar kerana dikatakan taksub dengan fahaman agama . Turut hadir sama program tersebut adalah Kamarudin Jaafar bekas Setiausaha Agung Parti islam Semalaysia, Azmin Ali, Yusmadi Yusuf dan Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua AMK PKR. Agaknya bagaimana respon Kamarudin apabila Anwar memperlekeh pimpinan tertinggi PAS?

Menguatkan pengutaraan isu kebebasan, Anwar mengunakan hujah beberapa pandangan orientalis barat bagi menyokong pandangannya.

Dengan selangselikan ucapannya dengan retorik ketegangan Malaysia dan Indonesia, Anwar cuba ingin menjadi hero kepada krisis yang berlaku dengan mempersalahkan pimpinan Malaysia yang disifatkan arogan kepada Indonesia dan media Malaysia tidak bertindak adil dalam laporan berkaitan. Malah pengusaha pakaian batik di Pantai Timur Malaysia pun dikritik Anwar kerana mengangapnya tidak kreatif dalam penghasilan berbanding batik Indonesia. Pada Anwar Indonesialah segala-galanya yang baik dan Malaysia berada di belakang jauh ketinggalan.

Kritik fatwa bunuh Salman Ruhsdi

Pada tanggal 14 Februari 1989, sebuah fatwa yang memerintahkan pembunuhan terhadap Salman Rushdie telah diumumkan Radio Teheran oleh pemimpin spiritual Iran Ayatollah Ruhullah Khomeini kerana menganggap buku ayat-ayat Setan yang ditulis Salman Rushdi telah menghina Islam dan Allah SWT. Sebuah hadiah juga ditawarkan untuk kematian Rushdie dan penulis itu terpaksa hidup di bawah perlindungan polis di Britain selama bertahun-tahun.

Penerbitan buku tersebut juga telah membangkitkan gelombang kemarahan seluruh umat islam di seluruh dunia, termasuk Komuniti islam di beberapa negara Barat yang turut sama mengadakan demonstrasi. Awal tahun 2005, fatwa Khomeini diperkuat oleh Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin spiritual Iran selepas Ruhullah Khomeni.

Anehnya Anwar Ibrahim dalam ucapannya di di Galeri Salihara menyatakan seharusnya Salman Rushdi tidak dijatuhkan hukuman bunuh. Baca pengakuan Anwar Ibrahim di bawah :

“Saya telah terus terang mangatakan meminati tulisan Salman Ruhsdi yang diangap terlalu indah untuk dibaca.”

“Itu hanya karya (Satanic Verses) kalau tidak senang jangan dibaca. Sata tidak anggap saya berdosa kerana ia hanya kebebasan” kata Anwar berhati-hati di dalam ucapannya.

“ Imam Khameini jatuh hukum bunuh saya sukar bersetuju” tegas Anwar.

Menurut Anwar lagi kebebasan wacana adalah perlu dan penerbitan buku tidak seharusnya dilarang kalau ia bersalah perlu didakwa, Jangan hingga dilihat angkuh dan jelek dengan hukuman yang diberikan.

“Saya berhak beri pandangan dan beda pendapat tetapi saya tidak pikir berhak jatuh hukuman kepada pesalah” Kata Anwar lagi.

Pada pandangannya memberi kuasa kepada mualim atau tokoh agama merupakan suatu kesilapan.

Hak Kebebasan beragama

Islam yang mengokong kebebasan juga jelas Anwar adalah islam yang jumud, seharusnya tiada hambatan dan sekatan bagi penganutnya.

Kebebasan pada Anwar juga tidak boleh dikompromi, dengan bersandarkan kepada maqasid syariah dan mengelirukan maksud sebenar istilah tersebut, Anwar banyak memesongkan istilah kebebasan menurut fahamannya.

Menjawab persoalan isu minoriti Ahmadiyah yang diharamkan oleh pemerintah atas nasihat badan agama Indonesia.

“itu hak mereka untuk mengamalkan” Jawab Anwar apabila disoal oleh seorang peserta.

“Kalau majlis ulama kata sesat Itu hujah mereka, kita berhak bersetuju dan tidak bersetuju” tegas Anwar sambil diberi tepukan oleh peserta forum pencerahan tersebut. (Sumber PuchongMenulis)

10 comments:

Anonymous said...

ini kalau g iran kena bedal ni..

hilbert said...

Slm sdra Azli,

Kalau anwar benar2 berpendapat dan menyetujui tulisan salman rushdee itu sebagai satu kebebasan kenapa pulak semasa Rahimi Osman nak buat sidang media hari diupah dia samseng utk membatal sidang akhbar berkenaan..?..dasar pembelit tetap juga membelit.

Anonymous said...

tu pun masih ramai yg sokong dia. ntah la mana lah politik islam pas ni.. xde langsung nak insaf ke wahai kaum pas

Bijen M. said...

Parak tahap kebebasan Anwat ni.

Anonymous said...

Sdra Azli, apakah sdra harap dari Majlis Fatwa yang hidup segan mati tak mahu? Sebelum ini banyak perkara dan isu yang sepatutnya Majlis memberi pandangan namun tiada suara.
..mungkin satu dua suara ahlinya saja termasuk Mufti Perak yang nampak benar mengambil berat, yang lain? Mungkin mereka sibut mengatur atau menempah awal tiket khas ka syurga.

Anonymous said...

Fikiran dia sungguh bercelaru tunggu reaksi Tok N,ajis terang2 hina islam dan apa pendirian PAS...dalam harakah baru ini anwar ada menyebut sufi Jalalluddin Ar Rumi (abad 12) dan geothe sebagai mukaddimah ceramah sodomi tour di German...kelian mesti tahu Rumi memang dikagumi dan mendapat penghormatan tertinggi di Eropah terutama di German...Geothe mengkagumi Rumi dengan pengiktirafan yang paling tinggi...Anwar mencampur aduk tema kebebasan semahu-mahunya mengikut citarasanya..Rumi lebih dari itu bicara kebebasan dan cinta terlalu luas dan hebat...yang pasti karya Rumi tidak layak untuk manusia yang suka buat fitnah dan hipokrit....

APA said...

Salam,
Suatu ketika blog saya berada dlm bloglist sdra.Ttp tk tau apa sebab tidak lagi dlm senarai.

Harap dpt penjelasan.

Muhammad Azli Shukri said...

salam, Apa blog tuan masih ada dalam senarai blog saya, tiada masalah

Muhammad Azli Shukri said...

mungkin sewaktu mengemaskini senarai blog ketika virus malware menyerang, blog tuan telah terdelete, blog tuan sudah disenaraikan semula. Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Anonymous said...

Saya hairan dengan ULAMA Di Malaysia ini.

NIK AZIZ telah membuat kenyataan/fatwa tentang beberapa perkara yang bercanggah canggah selama bepuluh ahun ini.
Yang menghairankan ULAMA-ULAMA di Malaysia tahu yang Nik Aziz mengunakan agama dan Al Quran untuk kepentingan politik nya.Tertapi semua nya diam sahaja.

Hairan ye ULAMA KITA lebih takut dengan Nik Aziz daripada Allah Subhanahuwataala, kerana ayat Al Quran diputarbelitkan pun ULAMA diam saja. Yang berani tegur satu dua orang. ULAMA Pas sendiri terus membisu.