Tetamu Kehormat...

October 20, 2010

Mahathir Dan Ezam Disaran Tulis Buku Berkenaan Anwar

Mahathir Dan Ezam
Disaran Tulis Buku Berkenaan Anwar

1. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ezam - yang sanggup bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, setelah menyedari sandiwara Anwar Ibrahim selama ini. Saya juga yakin, tindakan Tun Mahathir mengheret Anwar ke mahkamah adalah tepat dan benar, demi kebaikan negara.

2. Cuma, saya fikir, dalam keadaan sekarang Tun Mahathir digesa untuk menulis sebuah buku khas berkenaan kisah di sebalik apa yang sebenarnya berlaku dan menimpa Anwar Ibrahim - agar semua rakyat mengetahui siapakah yang benar dan siapa pula yang bersandiwara. Malah, saya juga menyeru kepada Ezam rakamkanlah perjalanan reformasinya, selama beliau bersama dengan Anwar Ibrahim sehinggalah beliau insaf dan kembali ke jalan yang benar dalam bentuk sebuah buku - agar kebenaran tersebar dengan seluas-luasnya. Baca Laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan liwat bukan sahaja tepat malah rakyat harus berterima kasih dengan tindakan tegas yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan bahawa tuduhan Dr. Mahathir itu adalah betul. Menurutnya, keputusan bertulis hakim-hakim jelas bahawa terdapat aktiviti homoseksual yang didakwa walaupun terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.

"Ya, keputusan Dr. Mahathir pada masa itu tepat walaupun ia satu keputusan yang amat sukar kerana ramai rakyat tidak dapat menerima dan mencemuhnya. "Saya sendiri antara yang menentang keputusan Dr. Mahathir ketika itu kerana terpengaruh dengan sandiwara dan muslihat Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir semasa bercakap pada forum masyarakat antarabangsa menegaskan bahawa tindakannya pada 10 tahun lepas sebagai satu yang tepat dan bukan satu konspirasi. Sehubungan itu, Dr. Mahathir mahu semua pihak berfikir sebelum membuat sebarang tuduhan apatah lagi Anwar di dalam kes terbarunya turut disabitkan dengan tuduhan yang sama.

Justeru Mohamad Ezam menyeru kepada mereka yang masih menyokong Anwar supaya menilai secara objektif, rasional dan membuang perasaan emosional terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Malah tegasnya, kesilapan beliau dan ramai lagi orang ketika itu adalah kerana bersikap terlalu emosional.

"Kita mesti ikut sikap tegas Dr. Mahathir dan bersikap rasional untuk menolak pemimpin seperti itu. "Keputusan tersebut juga sebenarnya menjadi asas kepada diri saya untuk meninggalkan Anwar," katanya. Sementara itu, pakar Perlembagaan, Dr. Shamrahayu A Aziz berkata, tindakan Dr. Mahathir mempunyai asas tersendiri kerana beliau lebih tahu apa yang berlaku ketika itu.

"Dr. Mahathir seorang pemimpin berani dan buat apa yang dia kata. Tindakan mesti ada sebab dan mungkin dia tahu apa yang Anwar buat ketika itu," katanya yang juga Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

11 comments:

santauangin said...

Aku setuju. Kalau betul aku akan beli untuk di baca dan di simpan bagi bacaan anak cucu ku kelak. Agar depa tahu sapa Al Juburi Malaysia ini. Terus kan dgn niat yang murni itu dan aku akan tunggu akan penerbitan buku buku itu.

Mctheory said...

Salam Bro,

yang ni Mc sokong sangat2.. he he.. biar kita buat koleksi.. betul tak??

hangkedee said...

Cadangan Tajuk buku "Kilang Kunyit Di Putrajaya"apa macam takkan syit pula...nanti nik ajis terkentot pula

Anonymous said...

Dulu aku join reformasi...hari ii aku dah insaf kepada Tun Dr Mahathir saya minta maaf atas kesilapan saya 10 tahun yang lalu....Dah terang lagi bersuluh siapa pemimpin yang rendah akhlaknya....Harap kepada bloggers GAP bagi ruang artikel rakyat memohon maaf atas kesilapan yang 10 tahun yang lalu....Tahniah Dr M menyelamatkan Malaysia dari petualang bangsa...Tahniah Ezam...Pergi jahanam dengan PAS dan PKR.....

Wake UP! said...

Buku 50 dalil mengapa anwar tidak boleh jadi PM sudah cukup.

Tapi kalau ada buku lebih hebat, apa salahnya?

Anonymous said...

Kalau anda semua yakin dengan seyakin-yakinnya Anwar melakukan kerja liwat ini, anda semua patut menawar diri jadi saksi kes yg sedang berlangsung sekarang. Yg pelik susah nak hadam ialah kes macam kena liwat tanpa rela tapi pertuduhan mengikut kes suka sama suka.Satu lagi, kenapa salinan senarai saksi dan keterangan mangsa tidak diberi kepada pihak pembelaan. Keadilan mesti NAMPAK.

DR NO

Anonymous said...

DR.NO, how close are you with Anwar Ibrahim? Are you as close as Sdr Ezam Mohd Nor? Sanggup masuk lock-up dan penjara kerana membela Anwar. Dia yang begitu rapat pun dah sedar dan insaf.

Hang ini masih dok bela Anwar apa hal?

Tak cukupkah keterangan2, bukti2 serta pengakuan oleh berpuluh-puluh mangsa Anwar dan rakan2nya.

DR.YES

The Zeks said...

Teman bersetuju sangat dengan cadangan Sdra Azli tu supaya TDM dan Ezam menulis buku berkenaan dengan pengalaman mereka bersama Anwar supaya generasi akan datang dapat mengenali pemimpin yang paling dahsyat yang lahir di negara ini.

Abdul Hayee said...

Alangkah baik dan hebatnya kalau YB Ezam Mohd Noor dapat berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir secara peribadi di perhimpunan Agong UMNO ini dan memohon maaf secara terbuka kepada Tun.

Yakinlah ada yang menitiskan air mata melihat peristiwa itu.

Saya berdoa ke hadzrat Ilahi semoga ia dapat menjadi kenyataan. AMIN!

Muhammad Azli Shukri said...

mc - betul sangat
hangkedee - best seller tu

tebing tinggi said...

Wajarkah Tun menulis buku yang sedemikian.
Rendah sangatkah mertabat Tun Mahadthir untok menulis buku berkenaan saorang peliwat berulang.

Mencadang sesuatu biarlah bersesuaian,wajarkah seorang nearawan menulis buku tentang perliwat berulang ?.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia.