Tetamu Kehormat...

October 24, 2010

Krisis PKR Batu Sapi : Tanda Awal Kematian!

Krisis PKR Batu Sapi
Tanda Awal Kematian!


Sehingga kini, saya masih tertanya-tanya mengapa Anwar Ibrahim terus membisu dan mendiam diri berhubung krisis dalaman PKR Batu Sapi. Bukankah Anwar Ibrahim mengetahui krisis PKR semakin meruncing di sana? Sekarang, apabila Tamrin tidak dicalonkan sebagai wakil PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi - maka apakah akan wujud undi protes dan sabotaj daripada kumpulan beliau? Anwar memilih Ansari Abdullah, seorang peguam sebagai calon yang mewakili PKR. Soalnya, Ansari dikatakan tidak mempunyai pengaruh yang kuat di Batu Sapi, apakah PKR bersedia untuk tewas? Saya fikir, PKR akan merana di Batu Sapi - sekali gus memalukan Anwar Ibrahim! dalam usahanya untuk merampas Sabah daripada BN. Walaupun ramai pihak tidak menyukai Tamrin, namun demikian menolak beliau hanya mengundang musibah PKR di Batu Sapi. Baca Laporan Sabah Daily di bawah :

1. KERAKUSAN Ketua Perhubungan PKR Sabah, Tamrin Haji Jaini semakin menyerlah apabila meminta seorang yang bankrap (MG) daripada Libaran membela beliau dalam surat pembaca ‘BUDAYA JEFFREYNISME MENULAR KE BATU SAPI?’ sebagai penyelamat politik dengan membuat tuduhan liar terhadap kepimpinan PKR Sabah sebelum beliau dilantik sebagai ‘Jenderal Zia Ul-Tamrin’.

2. "Saya tidak memihak kepada AJK PKR Batu Sapi yang sebelum ini menulis surat bertajuk ‘TAMRIN LUPA DIRI DAN GILA JADI CALON?’ kerana beliau mempertahankan hak autonomi politik yang dijanjikan PKR. Apalah gunanya mempunyai Ketua Cabang jika tidak mempunyai kuasa untuk menentukan bakal calon atau menyuarakan aspirasi ahli yang cuba dinafikan Tamrin yang menganut Sindrom Saidatulisme?".

3. Lemahnya PKR Sabah kerana Tamrin lemah sehingga gagal mentafsir kehendak penyokong dan pemimpin akar umbi yang dipaksa menerima Tamrin yang masih menganut ortodok USNOISME dengan mengumpulkan semua bekas Ahli USNO bersetinggan di dalam PKR, namun tidak menyertai PKR.

4. Jika Tamrin terus menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah, maka akan berulanglah nasib malang yang bakal menimpa PKR pada pilihanraya umum akan datang kerana beliau bernafsu besar, tetapi tenaga kurang. Tamrin harus ukur baju di badan sendiri. Jika bahagiannya sendiri tidak mampu dijaga dan bertanding di kawasannya sendiri boleh kalah, apatah lagi jika memasuki kawasan orang untuk menunjuk jaguh?

5. Wajarlah SAPP meletakkan calon di Batu Sapi daripada memberi kemenangan percuma kerana kemungkin Tamrin dibeli atau dipasang BN adalah tinggi sebagaimana karenah beberapa calon yang sengaja lambat datang atau mencari alasan teknikal untuk mencari ruang dan peluang untuk menahan lukah di pergentingan. Pada hemat saya, OKK Hassnar Haji MP Ebrahim sebagai Ketua Cabang Batu Sapi tidak berminat untuk bertanding kerana mungkin beliau sudah menduga Tamrin akan menunjukkan belang sebenar di saat akhir, seperti yang terjadi sekarang.

6. Dalam PKR, tidak harus berpuak-puak. Tidak ada diskriminasi bangsa, budaya atau agam kerana masing-masing mempunyai satu undi dan Ketua Cabang dipilih bukan semata-mata untuk memimpin Bumiputera Islam, Bukan Islam, Cina atau India? Saya mengatakan Tamrin menganut Sindrom Saidatulisme kerana gaya kepimpinan dan corak pentadbirannya saling tak tumpah seperti Datin Saidatul Badru Tun Said yang terlalu lemah dan hanya mampu merayu dan tersengih seperti kerang busuk, tanpa mampu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah.

7. Sikap Tamrin yang tidak menghormati OKK Hassnar dan terlalu hipokrit dan mudah tunduk kepada desakan menyebabkan beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi pemimpin, malah menjadi ahli PKR pun sebenarnya tidak layak? Jika Ketua Cabang Batu Sapi terus dikhianati dan pandangannya langsung tidak didengar, ada baiknya bubar sahaja PKR Batu Sapi kerana nasibnya seperti Negara Palestin yang dikeroyok mereka yang berfahaman Israel di dalam PKR.

8. Pucuk pimpinan PKR Pusat bagaikan Badak di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin yang memang pekak ‘badak’ sehingga tidak mendengar rungutan penduduk yang membantah pembinaan loji arang batu di Sinakut, sedangkan nasibnya akan lebih buruk jika loji berkenaan menjadi kenyataan. Tahun lalu, hampir semua AJK yang menang bertanding meletakkan jawatan bagi membantah kepimpinan Datuk Nahalan Haji Damsal, namun Dato’ Seri Anwar tidak langsung mendengar rungutan PKR Cabang Batu Sapi yang mahukan pemilihan semula dan menolak kewujudan Nahalan dalam politik Batu Sapi.

9. Ketika masih ada peluang, gunalah peluang untuk memperbaiki keadaan dan jika PKR merasakan boleh menang dengan meletakkan Tamrin (yang diketahui rakyat sehingga ke tulang sum sumnya), maka mereka melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah PKR; kerana corak pemikiran warga Batu Sapi tidak sama dengan pemikiran warga Kelantan yang akan mengundi sesiapa sahaja asalkan calon berkenaan mewakili PAS, sekalipun akhirnya menjadi ‘Katak’ seperti Ibrahim Ali di Pasir Mas.

10. Jika PKR mengekalkan keputusan meletakkan Tamrin sebagai calon PKR Batu Sapi, maka mimpi ngeri PKR Batu Sapi akan bermula kerana sudah lebih 10 orang membeli borang untuk bertanding sebagai calon bebas bagi membantah keputusan pucuk pimpinan PKR; sebagai pengajaran kepada PKR Pusat agar tidak mengulangi kesilapan PRU Ke-12 yang menyaksikan PKR menjadi ‘Parti Mati Pucuk’ kerana gagal mendapat walau satu kerusi sekalipun, baik negeri atau parlimen.

11. Dalam hal ini, PKR tidak perlu rakus untuk bertanding di PRK Batu Sapi kerana daripada membiarkan BN menang besar, ada baiknya melepaskan kerusi berkenaan kepada Parti Maju Sabah (SAPP) yang telah lama menjalankan ‘Homework’ untuk menawan Batu Sapi, berbanding PKR yang sudah mempipiskan lada ketika burung masih terbang di angkasa. Bagaimanapun jika PKR Pusat membuat perubahan di saat akhir, maka saya minta SAPP agar memberikan laluan kepada PKR kerana kami mempunyai formula yang tidak anda ketahui untuk menang besar di Batu Sapi!

Sabah Daily

4 comments:

Semut Hitam said...

Salam bro...
Pembetulan. Batu Sapi, bukan Batu Api...

Anonymous said...

Tolong teliti sikit tentang nama kawasan tu bro Azli.

Muhammad Azli Shukri said...

sori bro...tq

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas pembetulan...