Skip to main content

Kempen DUN Galas Bermula Dengan Fitnah

Kempen DUN Galas
Bermula Dengan Fitnah

Saya menentang sesiapa sahaja yang menjaja berita palsu dan fitnah ke atas mana-mana calon pilihan raya. Sama ada calon tersebut merupakan wakil PAS, atau pun UMNO, sesiapa yang melakukan fitnah - tetap menanggung dosa yang besar. Namun demikian, di sebalik fitnah yang dilemparkan oleh musuh PAS terhadap calon mereka di DUN Galas, Dr. Zulkefli Mohamad - terdapat pengajaran yang ketara dan boleh dijadikan iktibar. Sekiranya fitnah berkhalwat yang dituduh ke atas Dr Zulkefli sudah menyebabkan PAS mengamuk dan menyupah-seranah, maka tidak terfikirkah para pemimpin PAS, bagaimanakah azabnya yang dialami oleh DS Najib dan DS Rosmah apabila mereka berdua difitnah kononnya terlibat dalam pembunuhan Altantuya? Jika pemimpin PAS benci difitnah, maka begitulah juga dengan pemimpin UMNO. Saya rasa rencana tulisan JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct di bawah patut direnungi :

1. Bukan main marah lagi Pas dan calon pilihan raya kecil DUN Galas-nya, Dr Zulkefli Mohamad setelah menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat. Media rasmi Umno sebelum ini yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

2. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. "Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

3. " Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli. Dr Zulkefli bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. Bagi saya, Alhamdulilah kerana Pas akhirnya tahu dan dapat rasa betapa pedih serta peritnya bila difitnah perkara yang tidak pernah mereka lakukan

4. Begitulah pedih dan peritnya Datuk Seri Najib bila difitnah ditangkap khalwat dengan penyanyi terkenal Ziana Zain suatu ketika dulu, dan Pas masih lagi bercakap mengenainya di pentas ceramah politik mereka. Begitulah pedih dan peritnya Najib dan Rosmah bila dituduh MEMBUNUH model Altantuya Shariibuu.

5. Sekurang-kurangnya Dr. Zulkefli hanya dituduh khalwat, tetap mereka berdua dituduh MEMBUNUH, termasuk oleh pemimpin Pas sendiri! Islam memberi amaran supaya perkara yang benar dan batil itu mestilah disaring.

6. Ini supaya kedua-dua unsur ini tidak bercampur aduk. Sekalipun, satu-satu berita itu benar tetapi harus dikaji menurut pendekatan yang ditentukan supaya terlindung daripada unsur fitnah. Jika berita benar itu disampaikan atau didakwa tanpa mengikut kaedah atau tata cara Islam, maka ia boleh dibuang begitu saja demi memastikan kemaslahatan umat Islam yang lebih besar dan menyeluruh.

7. Perkara ini sangat penting. Ini kerana percampuran di antara kebenaran dan fitnah akan memberi kesan buruk terhadap umat Islam. Ketidakseimbangan boleh berlaku dan akan menyebabkan keadaan huru-hara. Kesian Dr. Zulkefli, baru difitnah berkhalwat dah mula kelam kabut, kalau difitnah membunuh entah apalah akan jadi kat dia...meroyan mungkin!

Comments

Agent X said…
Bang, memfitnah itu haram bagi UMNO dan halal bagi PAS. Apalah maknanya PAS kalau tidak memfitnah. Memfitnah itu bagaikan oksigen baginya.


keadilanuntuksarawak
Anonymous said…
Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.
Anonymous said…
Bagi PAS tidak sah kalau ceramah tidak mengandungi fitnah. Ingat allahyarham Bunyamin memfitnah Tun Dr. Mahathir menonton video lucah bersama cucunya. Terpaksa anaknya memohon maaf bagi pihak ayahnya bila dia telah kembali ke rahmatullah.

Hidup PAS itu penuh dengan amalan fitnah kerana fitnah suka didengar oleh pengikutnya. Kalau cerita perkara yang baik dan benar mengenai pemimpin2 UMNO, tak best. Tak ada ummph.

Maka tidak hairanlah semasa DS Anwar masih didalam UMNO, apabila Mat Sabu menggelar Anwar dengan AL-JUBURI ia disambut dengan sorakan gembira penyokong-penyokong PAS.

Sekarang mereka pula yang bermati-matian membela Anwar yang pada satu ketika dulu mereka kutuk.

Kalau penyokong-penyokong PAS boleh membuka minta mereka sedikit, maka mereka akan meninggalkan PAS. Tetapi malangnya mereka tidak mahu berbuat demikian. Maka mereka teruslah dibuai oleh pemimpin2 mereka ke mana jua hendak dituju.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A