Tetamu Kehormat...

October 7, 2010

Ini Kisah Sebenarnya? Segalanya Bermula Apabila Dua Akuan Sumpah Rahimi Osman Hilang


Segalanya Bermula Apabila
Dua Akuan Bersumpah Rahimi Osman

Hilang Dalam Simpanan Latheefa Koya?



1. Ramai yang agak keliru dan tidak faham apakah yang sebenarnya berlaku berhubung isu terbaru yang melibatkan Rahimi Osman, bekas Pegawai Khas yang membuat laporan polis baru-baru ini. Para penyokong fanatik Anwar Ibrahim, termasuk Sayuti Omar, menyoal mengapa baru sekarang Rahimi Osman mendedahkan bahawa beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Anwar Ibrahim, bagi membantu kemenangan kes liwat Anwar Ibrahim di mahkamah. Mereka bertanya, mengapa setelah setahun kes liwat Anwar Ibrahim berjalan, baru hari ini Rahimi Osman bersuara. Pada hemat saya - inilah kenyataan jahil lagi mengarut para penyokong Anwar yang selama ini sangat fanatik dan tidak dapat menerima kebenaran.

2. Sebenarnya, isu ini bermula apabila Rahimi Osman menyedari akuan bersumpah aslinya yang ditandatangani pada 28 Jun 2008 telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Oleh kerana akuan bersumpah tersebut telah hilang, maka percubaan untuk mendapatkannya semula hanyalah dengan cara meminta agar Rahimi Osman sekali lagi melakukan akuan bersumpah, seperti mana akuan bersumpahnya pada 28 Jun 2008 itu. Bagi mengelakkan dirinya sekali lagi terperangkap dengan niat jahat para peguambela Anwar Ibrahim, maka Rahimi Osman telah membuat laporan polis.

3. Menurut Rahimi Osman beberapa bulan yang lalu, Latheefa Koya agak terdesak untuk memperoleh semula akuan bersumpahnya yang telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya . Oleh kerana akuan bersumpah tersebut telah hilang, maka cara terbaik adalah dengan meminta Rahimi Osman melakukan akuan bersumpah semula. Dan inilah yang sama sekali tidak dipersetujui oleh Rahimi Osman.

4. Oleh kerana akuan bersumpah yang dilakukan oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 merupakan akuan bersumpah yang dipaksa ke atas dirinya tanpa kerelaan, maka apabila beliau diminta sekali lagi untuk membuat semula akuan bersumpahnya yang telah hilang dalam simpanan Latheefa Koya itu, maka, sudah pastilah beliau tidak mahu dan cuba melarikan diri. Sebab itulah, mengikut kenyataan Rahimi Osman, beliau cuba beberapa kali menjauhkan diri daripada Latheefa Koya yang cuba meminta agar dia sekali lagi menandatangani satu lagi akuan bersumpah, kerana akuan bersumpah yang lama/asal telah hilang.

5. Soalnya sekarang, mana perginya dua surat akuan bersumpah yang telah ditandatangani oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 itu? Dan apakah kandungannya? Inilah KUASA ALLAH! yang Maha Besar. Allah mahu menyelamatkan Saiful Bukhari daripada terus dianiayai oleh Anwar Ibrahim, sehingga akuan bersumpah Rahimi Osman yang sepatutnya disimpan rapi oleh para peguam Anwar dengan secara tiba-tiba telah hilang.

6. Oleh sebab itulah, para peguam Anwar Ibrahim terpaksa melakukan pelbagai cara bagi menangguh dan terus menangguh kes liwat Anwar Ibrahim, sehinggalah pasukan peguambela Anwar menemui semula dua akuan bersumpah yang telah dipaksakan ke atas Rahimi Osman. Untuk menyelamatkan Anwar, hanya akuan bersumpah Rahimi tersebut sahaja yang mampu membebaskan beliau daripada kembali ke penjara.

7. Dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang telah hilang itu sangat berguna kepada para peguambela Anwar Ibrahim, khususnya Karpal Singh. Oleh sebab itulah, jika sesiapa sedar, beberapa minggu yang lalu, Karpal Singh sering mendakwa, bahawa pasukan peguambela Anwar akan memastikan Perdana Menteri dan isterinya "dipaksa" hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi penting kes liwat Anwar Ibrahim.

8. Usaha untuk memastikan DS Najib dan Rosmah "diwajibkan" turun ke mahkamah hanya dapat dilakukan, sekiranya terdapat keperluan besar dan pertimbangan hakim yang relevan untuk berbuat sedemikian. Dan cara terbaik untuk memaksa Najib dan Rosmah menjadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim hanyalah melalui akuan bersumpah Rahimi Osman - melalui akuan bersumpah ini sahajalah yang akan "memaksa" hakim untuk memanggil Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi - dan sekiranya hal ini benar-benar berlaku, maka kes liwat Anwar Ibrahim akan menjadi isu politik dan bukan isu peribadinya lagi.

9. Dan inilah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh Anwar Ibrahim - beliau mahu memerangkap Najib - sekurang-kurang Naib sanggup untuk hadir sebagai saksi pun sudah memadai. Sekarang, tanpa dua akuan bersumpah Rahimi Osman, peguambela Anwar Ibrahim sudah tidak boleh melakukan apa-apa lagi. Mereka sepatutnya menyalahkan Latheefa Koya yang telah menghilangkan dua akuan bersumpah Rahimi Osman tersebut. Tapi, pada hemat saya inilah kuasa Allah yang jelas lagi terang, berkenaan siapakah yang benar, dan siapa pula yang salah.

10. Soalan mula timbul, mengapa baru sekarang Rahimi Osman mahu mendedahkan bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah tersebut? Jawapannya mudah. Selagi dua akuan bersumpah yang telah beliau tandatangani itu masih berada dalam simpanan Latheefa Koya, maka Rahimi Osman tidak boleh berbuat apa-apa, kerana dia telah diperangkap dengan dua akuan bersumpahnya itu.

11. Tetapi, sejak beberapa bulan yang lalu Rahimi Osman didesak untuk menandatangi semula akuan bersumpahnya oleh Latheefa Koya, maka beliau mula yakin, sesungguhnya dua akuan bersumpahnya yang terdahulu telah pun hilang dalam simpanan para peguambela Anwar Ibrahim - maka inilah peluang terbaik Rahimi Osman untuk mendedahkan segala tipu muslihat Anwar Ibrahim and the gengnya berhubung paksaan mereka terhadap beliau untuk menandatangi dua akuan bersumpah yang sebenarnya penuh dengan kepalsuan dan penipuan.

12. Sekiranya dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang terdahulu, ditulis dan diakui secara sukarela oleh Rahimi, saya yakin sudah pasti beliau tiada masalah untuk membuat sekali lagi akuan bersumpahnya, apabila diminta oleh Latheefa Koya bagi menggantikan dua akuan bersumpahnya yang telah hilang itu. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya, Rahimi enggan bekerjasama dengan Latheefa Koya untuk membuat semula akuan bersumpahnya yang telah hilang itu, maka jelaslah dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang terdahulu telah dibuat secara paksaan dan tanpa kerelaan Rahimi Osman sendiri - lantaran itulah beliau tidak mahu lagi membuat akuan bersumpah untuk menggantikan dua akuan bersumpahnya yang telah hilang itu, kerana dua akuan bersumpahnya dahulu telah dibuat secara paksaan.

13. Soalnya sekarang ialah, apakah kandungan dua akuan bersumpah yang telah ditandatangi oleh Rahimi Osman pada 28 Jun 2008 itu? Soalan ini timbul apabila dalam laporan polis yang dibuat oleh Rahimi Osman, sama sekali tidak tertera secara jelas apakah kandungan dua akuan bersumpah beliau itu. Hal ini terjadi adalah disebabkan Latheefa Koya tidak memberi apa-apa salinan kepada Rahimi Osman setelah dia menandatangani dua akuan sumpahnya itu. Namun demikian, antara andaian awal, ada yang mendakwa bahawa akuan bersumpah pertama Rahimi Osman adalah berkaitan dengan dakwaan "beliaulah yang sebenarnya telah meliwat Saiful", manakala akuan bersumpah kedua pula adalah berkaitan dengan dakwaan, "konspirasi DS Najib dan Saiful untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim".

14. Tetapi malangnya, sehingga sekarang kedua-dua akuan sumpah Rahimi Osman itu telah hilang. Malah, Rahimi Osman pun tidak berapa ingat secara keseluruhan kandung akuannya itu. Tanpa akuan bersumpah Rahimi Osman yang asal, maka Anwar Ibrahim semakin panas dan gagal untuk membina dan meneruskan plot dan teori konspirasinya. Saya yakin dan percaya, Latheefa Koya sudah dimarahi oleh Anwar Ibrahim kerana menghilangkan dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang sangat penting itu.

15. Tetapi, sekali lagi, saya tegaskan, inilah KUASA ALLAH yang Maha Besar. Apabila dua akuan bersumpah Rahimi Osman telah hilang, maka berakhirlah sudah plot pembohongan Anwar Ibrahim selama ini - jelaslah sudah, sesungguhnya Saiful Bukhari berada di pihak yang benar. Malah, kita juga mencabar Latheefa Koya agar segera mendedahkan dua akuan bersumpah Rahimi Osman tersebut, jika benar ia masih berada dalam simpanan mereka. Allah Huakhbar!

17 comments:

Sudir said...

Wah.. Ko ni macam seorang peguam, atau ko memang seorang peguam. Satu teori yang cukup menarik.

YANG GAMBI said...

Allah maha pengasih, maha penyayang lagi maha adil.......

Segala doa-doa orang yang teranianya, waima sekali pun ianya datang dari orang yang fasik dan kafir akan didahulukan..... itu janji Allah..

Inilah kebenarannya....

Anonymous said...

alhamdulillah..semoga kebenaran dapa ditegakkan. ALLAH MAHA MENGETAHUI....

Anonymous said...

Mantap,Padat,Lengkap,Pekat n Lekat hujah2 kau tuh. Ini menunjukan segala bukti bukti yang berdasarkan fakta adalah lebih penting dari bukti2 yg hanya dogenggan dan rekaan semata2. InsyAllah..Allah tetap bersama2 org yg benar.

Anonymous said...

Eh, sapa2 terambik akuan sumpah tu pulangkanla balik eh. Kesianlah kat si koya tu. kesian dia. kesian dia.

a ali /46sekupang said...

Inilah kemungkaran-kemungkaran yang timbul kebelakang ini selepas penyingkiran beberapa MP daripada Parti Kelintong Rakyaat,Allah maseh sayang kapada kita semua,maka pilihlah jalan yang lurus yang mana ditunjuki kapada kita.

ddinbunga said...

salam, mak oi complete bro....

Anonymous said...

Apasal Flying kick kata isu Rahimi ini kemungkinan satu perangkap dari PKR. Satu lagi political stunt atau maneuvre dari 'Shivaji the boss' ? Satu lagi kata, ini satu lagi propaganda untuk menukarkan isu di Galas dari royalti minyak jadi Rahimi minyak ? Memang keliru macam peristiwa 911. Sebab itu dalam politik, it's not about fact, but it's more about perception.


DR y NO

Pena Agenoz BERBISIK... said...

ALLAHUAKBAR..ALLAH MAHA BESAR

SEMOGA MEREKA SEMUA KEMBALI KEPADA HIDAYAH ALLAH..SEKIRANYA TIDAK...TUNGGULAH AZAB ALLAH SPT NASIB BANGSA NABI LUTH

Anonymous said...

Aduuss... main2 lak ngan sumpah menyumpah ni..

Mereka membuat perancangan..., tetapi perancangan Allah jualah yang terhasil...

Bai-bai, Anwar..

Muhammad Azli Shukri said...

dinbunga - semoga kebenaran akan terselah juga akhirnya...

Wake UP! said...

Ini buktinya Allah tidak akan membenarkan peliwat menjadi pemimpin negara.

Muhammad Azli Shukri said...

wake up - saya setuju

PaKMie said...

Salam...

Kebenaran akan terserlah jika kita mengguna akal kita dgn cara baik. Adakala gambaran diberikan oleh Allah secara jelas dan ada juga secara samar2 yg penting kita gunalah fikiran kita sdri kekuasaan Allah itu.

Bila membaca actikel ulasan saudara Azli ini semakin jelas gambaran kebenaran berpihak kpd Saiful...golongan pengkianat dan mempunyai niat sesuatu kepertingan sahaja tetap mempertahankan Anwar...

Muhammad Azli Shukri said...

pak mie saya setuju

Al Johari said...

Akhirnya ALLAH telah menunjukkan kebenaran sumpah mubahalah Saiful Bukhari.

Yang gelisah, yang mengelabah, yang risau, yang tak lena tidur, yang lari ke kedutaan Turki, yang marah-marah, yang takut, yang tak senang duduk, yang tak tenteram, yang partinya bercelaru dan yang rakan seperjuangan meninggalkannya dan macam-macam lagi adalah ANWAR yang takut untuk bersumpah.

KEBENARAN SUDAH DAPAT DIRASAKAN OLEH MEREKA YANG BERSANDAR KEPADA PENILAIAN, PEMERHATIAN DAN PENGKAJIAN YANG MENDALAM DAN DOA KEPADA ALLAH.

ANWAR BOLEH BERBOHONG KEPADA SELURUH RAKYAT TETAPI TIDAK SELAMA-LAMANYA. AKHIRNYA KEBENARAN AKAN TERBUNGKAR JUGA.

SATU PERKARA YANG ANWAR HARUS INGAT, DIA TIDAK DAPAT MENIPU ALLAH, DIRINYA SENDIRI DAN SAUDARA SAIFUL SERTA MANGSA-MANGSANYA YANG LAIN.

Anonymous said...

a'kum..dahsyat jgkla teori sdr..pendapat saye dr dulu,kini&selamanya..sebelum liwat 1 lg dsai dh mmg meliwat..kalo nak diceritakan pengalaman peribadi...(bkn diliwatla)..dsai perlu meliwat utk menambah 'karisma' beliau di mata rakyat..kalo dulu kita semua la tp skrg para penyokong pkr saje kot..nie cerita org tua2 la..mcm2 name ilmu yang diamalkan..k**** keliling..ade yang cakap k**** kunyit.tp ni semua cerita kedai mamak..yang paling sedih..org2 bulan@angkasawan mati2 defend dsai..ade yg berhujah pinggang dia x kuat sbb 'slip disc' mase dlm penjara..nak yang halal pun susah..nie kan plak yang haram..kalo x percaye..tgk mase dia jalan turun tangga..mesti nak dibantu..pki je 'helmet' putih.. tp akal xnak guna.rasenya la..sakit belakang dsai tu sbb beraksi atas simen..dlm penjara mene ade tilam mcm villa@kondo..ye x?mase 2 dr 3 hakim lpskan dia dulu...kebanyakan org2 melayu marah pm..ntah bebudak mane yg nasihatkan dia..anak hantu kot..timbul'liwat 2' plak..saye ade sembang2 dgn seorang senior officer pdrm..kena panggil pakcikla sbb beliau kenalan ayahanda saye..katenya,sejak dsai kuar..7-8 mangsa dah kena.beliau sendiri 'respect' dgn saiful sbb berani..akhirnya..kebenaran pasti akan tiba..