Tetamu Kehormat...

October 25, 2010

DUN Galas 2010 : Yang Terpendam Dan Yang Terpadam

DUN Galas 2010
Yang Terpendam
Dan Yang Terpadam


Sekiranya BN menang besar di DUN Galas, pujian dan tahniah harus diberikan kepada Tengku Razaleigh. Dengan kata mudah, kemenangan tersebut adalah kemenangan Ku Li. Penduduk di DUN Galas mengundi atas nama Ku Li dan bukan UMNO. Justeru itu, saya mengingatkan awal-awal, agar UMNO memberi kedudukan yang sewajarnya kepada Ku Li selepas tamat pilihan raya DUN Galas ini. Jangan dipinggirkan Ku Li dan jangan anggap beliau sebagai musuh UMNO.

Sebelum ini - sewaktu krisis royalti minyak Kelantan mula menampakkan bibit-bibit sokongan Ku Li kepada kerajaan PAS Kelantan - saya sudah mencadangkan kepada kerajaan agar segera melantik Ku Li sebagai Penasihat Ekonomi Negara - jika tidak UMNO akan dianggap mudah lupa kepada mereka yang berjasa.

Sejak Ku Li berhasrat untuk bertanding kerusi Presiden UMNO, menentang Abdullah, beliau seolah-olah telah dipinggirkan secara terhormat pada saat itu. Malah, pandangan dan buah fikirannya juga diketepikan oleh UMNO begitu sahaja - dan sekarang kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Jika DUN Galas berjaya kembali ke tangan UMNO - ini adalah kejayaan peribadi Ku Li dan jasanya kepada UMNO, oleh itu beliau berhak gembira.

Namun demikian, dalam apa-apa juga kejayaan - kita perlukan ganjaran, hatta dalam beragama pun, Allah menyuruh kita agar menggandakan amalan agar beroleh ganjaran yang tinggi di sisi-Nya. Suka saya menyarankan, agar Ku Li dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara, sekiranya prestasi beliau sebagai Pengarah Pilihan Raya kecil DUN Galas terbukti cemerlang, gemilang dan terbilang. Inilah satu-satunya cara untuk memujuk hati manusia yang selama ini terasih tersisih dan mudah tersinggung. Wallahualam. Baca rencana menarik tulisan Lukman Abdullah dan Helme Hanafi di bawah ini :

1. Jika anda berkereta dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui lebuhraya Karak-Kuala Lipis, Galas terletak betul-betul di sempadan kawasan antara Merapoh dan Gua Musang. Jalan yang terkenal dengan kejadian kemalangan bas yang meragut belasan nyawa di musim perayaan pada 2007. Laluan dari Kuala Lipis ke Merapoh berliku dan sempit, jalan dua hala itu, memang boleh jadi perangkap maut bila-bila masa sahaja jika kita lalai.

2. Tapi sebaik tiba di Galas, jalannya lebih besar dan selesa. Galas adalah sempadan memisahkan antara Pahang dan Kelantan. Biarpun kiri-kanan hutan, tapi laluannya tidak bahaya seperti sebelumnya. Dari situ, memerlukan 30 kilometer lagi berkereta baru sampai di Bandar Gua Musang. Barangkali itulah juga gambaran sesuai yang dihadapi Barisan Nasional (BN) yang sejak tsunami politik Mac 2008. Pilihanraya kecil Dun Galas ini adalah pilihanraya kecil yang ke 13 sejak Mac 2008. Tapi inilah kali pertama BN terutamanya UMNO menghadapi pilihanraya dengan persiapan awal yang lancar. Baik dari soal pemilihan pengarah pilihanraya hinggalah kepada soal menuntukan siapa calon terbaik BN, semuanya ‘ngam’ tanpa ada banyak ‘sogek’ yang boleh bikin cacat persiapan jentera.

3. Sejak Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) diumumkan sebagai pengarah pilihanraya kecil ini, terasa ‘angin kemenangan’ berat sebelah BN. Galas mempunyai 11,553 pengundi berdaftar, dari jumlah itu 65.2 peratus adalah orang Melayu, 22 peratus Cina, 10 peratus Orang Asli dan 1.8 peratus India. Kerusi N 45 Galas terletak dalam Parlimen Gua Musang, bersekali dengan Dun Nenggiri dan Paloh. Ku Li bertanding di Gua Musang atau nama lamanya Hulu Kelantan sejak era Tun Razak lagi, biar berganti Perdana Menteri bahkan parti, beliau tetap pilihan penduduk Gua Musang. “Ramai pengundi di sini yang saya kenal sejak 40 tahun yang lalu,” kata Ku Li kepada AgendaDaily selepas majlis pengumuman calon BN Ahad.

4. Hubungan peribadi puluhan tahun antara pemimpin dengan rakyat inilah yang menjadi sandaran terbaik BN berdepan dengan pilihanraya kali ini. “Ku Li tahu Gua Musang seperti dia tahu tapak tangannya sendiri,” kata seorang pengikut setia kerabat di raja Kelantan itu.

REKOD KU LI SANDARAN BN

5. Sokongan pengundi dari dulu naik dan turun tapi rekod pilihanraya dari tahun 1974 hingga hari ini menunjukkan Ku Li yang tidak pernah kalah di Gua Musang. Rekod itu boleh jadi kayu ukur terbaik mengenai prospek kemenangan calon BN apabila Ku Li setuju mengetuai jentara BN menawan kembali Galas. Pada 2008, Pas berjaya merampas dengan majoriti 646 undi. Calon Pas, Allahyarham Che Hashim Sulaiman mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

6. Majoriti kemenangan yang kecil, sementelah semua orang Kelantan tahu, Galas ini kubu Ku Li sejak lebih 40 tahun lalu, tambah menyakinkan BN atas kertas. Sebab itu, bila PAS dari awal lagi ‘gentar’ dengan pengaruh Ku Li di Gua Musang. Ramai pemimpin parti itu harap Ku Li buat perangai bila namanya diumumkan sebagai Pengarah Pilihanraya BN Dun Galas. “Jentera pilihan raya Pas di Galas meletakkan diri mereka underdog dalam gerak kerja pilihan raya kecil ini, “ akui Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, penasihat jentera pilihan raya PAS di Galas.

SEBAB LETAK CALON KITAR SEMULA

7. Sebab itu, bila sah, Ku Li terima jawatan tersebut dan sanggup ‘all out’ pastikan kemenangan besar BN. Pas tidak ada pilihan kecuali letak balik bekas lawan Ku Li yang kalah dalam dua pilihanraya umum 2004 dan 2008 Dr Zulkifli Muhamad, sebagai calon parti itu di Galas. Tinjauan AgendaDaily mendapati, Dr Zulkifli bukanlah calon popular PAS di kawasan ini, yang popular adalah Ketua Pemuda PAS Gua Musang Ustaz Abdullah Husien, 38.

8. “Dr Zulkifli bukan calon tempatan, dia banyak buat kerja di Chiku dan Manek Urai, Abdullah anak tempatan yang lebih popular sebagai calon,” kata seorang wartawan yang ‘base’ di Kelantan. Tapi kenapa PAS tak letak Abdullah Husien kalau dia lebih popular? Katanya, PAS tidak mahu imej Abdullah Husien tercalar sebagai pemimpin pelapis parti itu di Gua Musang. “PAS tak yakin menang, sebab tu dia letak Dr Zulkifli, kalau kalahpun tak menjejaskan apa-apa, dari sudut strategi jangka masa panjang.

9. “Sedangkan Abdullah Husien ini merupakan ayam tambatan PAS untuk pilihanraya umum ke 13, kalau kalah dalam pilihanraya kecil ini, malulah, bercalar imej dia,” kata beliau. Selain itu faktor PAS dengan memilih Dr Zulkifli adalah kerana berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008, di antara tiga DUN di bawah Parlimen Gua Musang, iaitu DUN Nenggiri, Paloh dan Galas. Dr Zulkefli yang bertanding melawan Ku Li menang 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

10. Pun begitu, Ku Li menang lebih besar di Dun Paloh dan Nenggiri, menyebabkan Dr Zulkefli kalah lagi setelah percubaan pertama pada 2004 juga gagal. Itu cerita tsunami 2008, saat BN berdepan dengan berbagai tekanan dan isu dalam pilihanraya umum melibatkan seluruh negara. Dalam pilihanraya kecil ini, pastilah jentera kedua-dua parti akan lebih bersedia. Datuk Seri Mustapa Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, juga tidak duduk diam. Beliau berulak-alik dari Kuala Lumpur ke Gua Musang selang sehari sejak sah ada pilihanraya kecil ini.

11. “Tok pa nak pastikan semuanya lancar,” kata seorang pegawai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu. Berdasarkan maklumat awal yang dikumpul, sokongan ‘berat’ sebelah BN. Namun begitu kerja kuat dan sikap tidak merasa selesa merupakan faktor penting memastikan kemenangan besar pada 4 November nanti. Di kawasan Kampung Pulai misalnya, yang mempunyai pemilih seramai 471 di mana 83.86 peratus atau 395 orang adalah pengundi Cina. PAS kalah di peti undi itu pada 2008, tetapi, kalau tidak kena gaya, silap-silap mood pengundi Cina boleh pangkah bulan kali ini.

PERCAYAKAN KU LI…

12. Sebab itu, Ku Li yang berpengalaman cepat-cepat bertemu dengan pemimpin masyakarat Cina di kediamannya di Bukit Chekati. Di Kampung Pulai dan Kampung Bharu, yang majoriti pengundi adalah kaum Cina, ada lebih 47 persatuan masyarakat itu. “Ku Li jumpa semua, ada yang dia jumpa di rumah, ada yang dia pergi sendiri, boleh kata dia dah faham apa isunya dan bagaimana nak pastikan sokongan orang Cina kekal bersama BN,” kata sumber.

13. Soal Orang Asli juga sudah diambik kira, Ku Li sendiri pergi bertemu dengan ketua-ketua orang Asli dalam Dun Galas. “Soal kebajikan mereka akan jadi tumpuan dalam kempen pilihanraya kali ini,” kata sumber itu lagi. Mudah cerita, seperti kata Ku Li sendiri, berikan sepenuh kepercayaan pada beliau, dan sokongan padu dari semua pihak yang mendokong BN. Sebab itu dalam majlis pengumuman calon BN, Ahad, Ku Li merayu sokongan dari semua pihak di Galas.

14. “ambo nak mene...buke mene kecik...mene besor,” Semua dah set, cuaca permulaan musim tengkujuh di Kelantan pun, macam boleh dijangka. Mendung pagi, panas terik di tengah hari, hujan renyai-renyai dari petang ke malam, satu yang pasti bulan tak kelihatan bersinar di sini dan langit malam tidak berbintang.

12 comments:

Ahbiza said...

InsyaAllah dibawah Pengarah Pilihanraya Tengku Razaleigh Hamzah, BN akan menang dengan cemerlang di DUN Galas.

Angin kemenangan BN sudah terasa di seluruh negara.

PAS sudah pasti akan menabur berbagai-bagai fitnah untuk menawan hati pengundi DUN GALAS. Tetapi fitnah tidak dapat mengatasi kebenaran. BN akan bercerita perkara yang benar.

Hidup BN.

Hashim said...

Kesian calon BN IQ rendah...penyokong lagi rendah...jangan susah ni aku nak bagi IQ test.

Atas nasihat kawan, Sifool disuruh ke hospital Besar utuk periksa lubang jubor. Oleh kerana Sifool ni bangang dan bingai, dia pergi Hospital Puswi disangka Hospital Puswi tu sama dgn Hospital Besar kerana kedudukannya yg berdekatan. Maka 4 doktor telah memeriksa lubang jubor sifool.

Doktor A ( Hospital Puswi) : Lubang Jubor sifool masih ketat masih dara tiada kesan tusukan.


Kerana keliru, sifool kembali berjumpa kawan dia, setelah dinasihat selama 2 jam Sifool pergi Hospital Besar.

Doktor B : Jubor sifool dah barai, ada kesan air mani.

Doktor C : Jolok lubang jubor sifool ambil sampel DNA.

Doktor D : Ambil sampel dibahagian tubuh yang lain.

Soalan dia senang aje, tak payah fikir sape tibai sifool, kenapa sifool tak terus ke Hospital Besar, Aku tahu UMNgok tak mampu nak fikir...

Cuma soalan senang...antara keempat-empat doktor A, B, C dan D doktor yang mana dapat mandi kunyit ...kunyit yg tersembul setelah 2 hari tak berak.....senangkan.....

Kawan Nizar said...

Salam, saudara sendiri mengakui bahawa penduduk dun galas lebih percayakan Ku Li daripada parti. Tapi tidak terfikir pula saudara kenapa terjadi sedemikian rupa, malah dalam isu royalti Ku Li turut serta dengan PAS untuk menuntut hak negeri Kelantan Darulnaim. Fikir-fikirkan lah, rasa saya saudara ini perlu lebih matang dalam berpolitik. Maksud saya mengamati keadaan dan suasana sekeliling saudara, UMNO tak salah cuma segelintir pemimpin yang bersalah.

ddinbunga said...

Salam, majoiriti penduduk pendalaman di Galas hidup dibawah paras kemiskinan, menteri wanita DS Sharizat terkejut melihat kehidupan keluarga di pendalaman Galas, ini lah bukti bahawa Wakil Rakyat Galas sebelum ini tidak mampu menjalankan tugas dengan sebaiknya malah Kerajaan negeri PAih tak mampu nak sokong usaha Wakil Rakyat untuk keluarkan rakyat kelantan dari kemiskinan.yang pasti orang kuat2 PAih di Galas rumah besar2.

Ahbiza said...

Sdra Hashim,Orang yang tinggi IQnya tak guna bahasa seperti yang kamu gunakan.

Aku yakin dan percaya calon BN tak akan menggunakan bahasa yang sejijik itu.

Kalau begitulah cara kamu nak memikat pengundi Galas, tak mungkin di terima oleh mereka. Hanya orang yang otaknya seperti kamu sahaja yang menyokong pembangkang.

zsj said...

Sdra Hashim... Jgn politikkan isu Saiful. Biarlah mahkamah yg tentukan siapa yg bersalah. Jgn nafikan hak Saiful utk mendapatkan kebenaran.

zeme said...

Salam Saudara Azli,

YBM Ku Li dengan Ulu Kelantan @ Gua Musang begitu sinonim. Imbasan karier politik YBM Ku Li bermula sejak era PRU 1969 apabila memenangi DUN S30 (Ulu Kelantan Barat) bersama Perikatan sebelum pada PRU 1974 YBM Ku Li beralih ke Parlimen dengan menang tanpa bertanding Parlimen P27 (Ulu Kelantan).

Pengaruh kuat YBM Ku Li jelas apabila terus memegang kerusi P27 (Ulu Kelantan) pada PRU 1978 serta PRU 1982 sebelum persempadanan semula pada PRU 1986 di mana Gua Musang sebelumnya di bawah DUN N35 (penyandang BN - Arwah Cikgu Abd. Ghani Abu Bakar) telah dinaiktaraf kepada Parlimen P29 (Gua Musang) yang dimenangi YBM Ku Li sehingga ke hari ini.

Meskipun pada PRU 1990 dan PRU 1995 YBM Ku Li bertanding atas tiket Parti Melayu Semangat 46 mengalahkan calon BN namun pengaruh beliau jelas tidak pernah terhakis sebelum kembali pada PRU1999, PRU 2004, PRU 2008 bersama BN.

Jelas masyarakat Ulu Kelantan @ Gua Musang amat sayangkan perjuangan YBM Ku Li yang digelar Putera Berjiwa Rakyat dan secara tidak langsung ini mengambarkan betapa saingan DUN N43 Galas pada PRK 2010 kali ini memberikan peluang cerah buat BN menawan kembali. InsyaAllah.

Wasalam.

Hang Nadim said...

Ku Li patut di beri penghargaan atas jasa nya di galas.. Mungkin patut diletakkan sebagai pengerusi hubungan negeri kelantan. sebab kalau BN menang, yg menang bukan BN tp Ku Li.. UMNO boleh gunakan pengaruh Ku Li sekali lagi.. tak salah cuba sekali lagi..

KAPAKTAJAM said...

Sdr Azli, Selamat Pengantin Baru & Semoga berbahagia hingga akhir hayat. Maaf kerana tidak hadir dalam majlis tu, kerna bertugas ke Galas.

Namun, Kapak dan rakan2 tetap mendoakan kebahgiaan Sdr. Tapi jgn lama sgt cuti tu, dah berapa hari ni tak post pun sesuatu dalam blog. Upload lar gambar2 sanding tu.... heheh.

Thanks.

Anonymous said...

soalan utk Hashim:
apakah kuih yg dimakan oleh anwar ibrahim selepas meliwat?

Anonymous said...

soalan utk Hashim:
Apakah bahan pelincir yang digunakan untuk meliwat, sedangkan dubur tidak mengeluarkan cecair bila dirangsang?.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua