Skip to main content

Azmin Ali Dibelasah Lagi!


Azmin Ali Dibelasah Lagi

Azmin Ali mendapat tamparan sekali lagi pada hari ini, apabila seorang lagi ahli parlimen Keadilan, Loh Gwo-Burne mengkritik dan "membelasah"sikap kurang ajar Azmin terhadap Zaid Ibrahim. Pada hemat saya, walaupun Azmin kelihatan mendapat sokongan akar umbi yang ramai, namun demikian, kemungkinan besar, kemenangan yang bakal beliau peroleh kelak, tidaklah seperti yang digambarkan sewaktu beliau menerima pencalonan. Baca laporan di bawah :

PETALING JAYA: Seorang lagi pemimpin PKR hari ini meluahkan perasaan kecewa terhadap serangan peribadi Naib Presiden Azmin Ali, terhadap pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan timbalan presiden semalam. Loh Gwo-Burne yang juga ahli parlimen Kelana Jaya berkata, "saya membaca kedua-dua News Straits Times dan Utusan Malaysia yang membuat liputan ucapan beliau pada mesyuarat agung tahunan Cabang PKR Gombak.

"Zaid dianggap sebagai pendatang baru dalam parti. Bukan itu saja, Azmin menyifatkan Zaid sebagai "desperado" dalam satu wawancara dengan Berita Harian," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau menambah, sebagai calon jawatan senior Timbalan Presiden parti, saya sedih dan kecewa jika Azmin sengaja bersikap sedemikian.

"Serangan peribadi tidak perlu dan sesuatu yang tidak baik. Dengan menyebut-yebut nama merupakan satu tindakan kebudak- budakan. Saya sungguh tidak percaya pemimpin veteran dan matang seperti Azmin berkata sesuatu seperti ini. Ujar beliau, adalah benar Zaid adalah baru dalam parti, tetapi kita harus menghormati beliau bahawa beliau mempunyai pengalaman yang luas dan merupakan seorang ahli politik yang mempunyai prinsip dan boleh memberi sumbangan kepada parti. Penyertaan Zaid dalam PKR disambut meriah (tajuk kecil)

"Adakah kita cepat lupa bahawa penyertaan Zaid disambut meriah pada suatu ketika dahulu kerana beliau adalah bekas menteri yang memprotes tentang salah guna ISA oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional?" soal beliau. Gwo Burne berkata, "oleh itu, saya menggesa anggota-anggota parti supaya adil dan konsisten dengan pemilihan parti.

"Kelihatan seolah-olah beberapa pemimpin parti mengamal "double standard", memilih untuk menyerang calon kerana wawancaranya tersiar di akhbar arus perdana dan pada masa yang sama, memejamkan mata apabila calon yang satu lagi berbuat demikian," terangnya. Katanya, parti hendaklah memenuhi matlamatnya untuk menegak demokrasi dan keadilan jika mahu menerajui pembaharuan di negara ini. Oleh itu, tiada tempat bagi pemimpin yang tidak matang dan bersifat keanak-anakan.

"Saya melihat seorang pemimpin kanan parti membuat serangan peribadi dan mengancam untuk memecah belah parti dalam usahanya untuk memenuhi cita-cita peribadi. Ini tidak boleh dibiarkan. "Saya meminta Azmin membuat penjelasan dan menafikan kemungkinan salah faham ekoran dari laporan kenyataannya dalam NST dan Utusan hari ini," jelas beliau.

Comments

Anak ikan penjual bini said…
Desperado betul anak ikan Al Jub ni.
Anonymous said…
Azmin menjahanamkan kareer politik dia bila dia condem perkasa. kenapa?sebab ahli perkasa orang melayu. mungkin ramai dalam pkr. tapi bila dia kondem Tun, lagi tersungkur jatuh. pesan aku, baik jangan bertanding sebab aku tahu dia akan tersungkur, malu.
azlishukri said…
kita yakin, Azmin akan tewas
Anonymous said…
saya tabek kapada Sdr. Megat Zulkrinan Omardin diatas timbalbalas atas kenyataan Sdr. Azmin terhadap TDM.itu baru betul sebagai seorang pemimpin yang menjaga maruah parti,bukan zip mulut.sekiranya banyak lagi ahli UMNO yang berani berhujah dengan satu-satu topik mungkin kuranglah cerita yang tak masuk bakul didedehkan oleh pihak lawan.banyaklah baca/lawatan kepelusuk Malaysia ini untuk pengtahuan, baru senang buat kerja.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A