Tetamu Kehormat...

October 5, 2010

Apakah Janji Antara Nik Aziz Dengan Lee Kuan Yew?


Saya Semakin Curiga
Apa sebenarnya Janji Antara
Lee Kuan Yew dengan Nik Aziz?

1. Saya semakin bertambah curiga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Nik Aziz sejak akhir-akhir ini. Berubahan sikap Nik Aziz, jika kita semua sedar bermula selepas kunjungan "mesra" Lee Kuan Yew ke Kota bahru pada Julai 2009 - bermula tarikh itulah, sikap Nik Aziz begitu kritis mengkritik dan menghukum UMNO - sehingga perkara perpaduan yang dituntut oleh Islam pun, sanggup Nik Aziz tolak ke tepi.

2. Saya tidak mahu berburuk sangka dengan Nik Aziz. Namun demikian, berita terkini berkenaan ekspedisi ziarah Nik Aziz ke Singapura untuk melawat Lee Kuan Yew, semakin menggambarkan apakah sebenarnya yang tersurat dan tersirat antara "hubungan" Kota Bahru dengan Singapura. Saya percaya - bahkan yakin, hubungan mesra yang ditunjukkan antara Lee Kuan Yew dengan Nik Aziz sejak setahun yang lalu bukanlah sekadar hubungan yang dibina atas nama "kemanusian semata-mata", malah ia merupakan sebuah hubungan yang berlandaskan kepada "ekonomi" dan "politik" atau dengan lebih tepat "hubungan yang berasaskan kepada bantuan kewangan" yang perlu dijaga dan semai sentiasa.

3. Keakraban yang ditunjukkan oleh Nik Aziz terhadap Lee Kuan Yew, pada hemat saya belum pernah ditunjukkan oleh mana-mana pemimpin besar PAS dari dahulu sehingga sekarang. Mungkin ada "janji" yang masih belum ditunaikan oleh Lee Kuan Yew kepada Nik Aziz dan Kelantan - dan ia mungkin berkait rapat dengan "bantuan kewangan". Saya tidak tahu, sejauh mana ramainya pelabur dari Singapura yang "sedang" atau pun yang "sudah" melabur dan menanam modal di Kelantan.

4. Dan saya juga tidak tahu, seramai mana pula para pemimpin PAS Kelantan dan barisan EXCOnya yang sudah pun "dipermain" atau "dimanipulasi" oleh para pelabur Singapura - sehingga Kelantan, seolah-olah sudah menjadikan Singapura sebagai kiblat baharu - untuk mencari sumber kewangan dan simpati. Saya khuatir - untuk masa yang panjang, Kelantan dan Nik Aziz bisa sahaja diperguna dan diperkudakan oleh Singapura, sebagaimana PAS yang sering dipermain dan diperkotak-katikkan oleh DAP. Wallahualam.

10 comments:

Anonymous said...

sultan kelantan masuk hospital spork tak pernah pun dilawati. LKY punya bini mati kelam kabut dia pergi. mmg kompom islam khawarij yg dibawa pas dan nik aziz.

kingnek said...

musykil dengan tindak tanduk Nik Aziz kebelakangan ini

Harap disiasat perkara ini dengan teliti

hpzalhe said...

Yang compom bukan PAS khawarij tapi UMNO hadhari. Mana pi hadhari tak dak bunyi dah !!! yang bunyi sekarang Satu Malaysia pulak dah. Pak Lah silap taktik hang pa ikut Najib salah taktik pun hangpa ikut.... Nik Aziz bukan orang besar macam PM hang pa yang terhegeh-hegeh pi jumpa PM Singapore bincang macamana nak buat duit. Korang sedar tak yang singapore ni dah tak heran langsung dengan Melayu. Dah la ari tu kena main taik dengan Indonesia. Aku pun tak tau pasai apa yang kita ni di pandang lemah sangat. Ni mesti PAS, KEADILAN dan DAP punya pasal. UMNO dan BN hidup selesa......... tak gitu

Al Johari said...

Selepas kunjungan LKY ke Kelantan untuk bertemu dengan Dato Nik Aziz, saya perhatikan ada perubahan ketara berlaku dalam hubungan Kelantan dengan Singapura.

Dato Nik Aziz begitu menyanjung LKY dengan isyarat tangan yang mengalu-ngalukan kehadiran tetamu istimewanya.

Bertolak dari kunjungan tersebut, Dato Nik Aziz telah mengikut sahaja telunjuk DAP. Malahan apa sahaja yang dilaksanakan oleh DAP tidak pernah dibantah oleh Nik Aziz. Waima menghalau orang Melayu dari tempat tinggal mereka di Pulau Pinang pun tidak dibantah oleh Nik Aziz.

Seolah-olah apa juga tindakan DAP mendapat restu dari Nik Aziz dan PAS. Orang Islam sudah tidak dapat lagi pembelaan dari parti Islam.

UMNOlah yang kehadapan untuk membela orang Melayu yang semestinya beragama Islam. (seseorang tidak diiktiraf Melayu kalau dia bukan beragama Islam).

Apakah yang menyebabkan Nik Aziz begitu akrab dengan LKY? Kerana bantuan kewangangnyakah? Atau pelaburannyakah?

Semasa Sultan Kelantan mendapat rawatan di Singapura, Nik Aziz sekalipun tidak menziarahinya. Apabila isteri LKY meninggal dunia, dia sibuk ke Singapura untuk menziarahi mayat orang bukan Islam . Mana lebih utama menziarahi Sultannya yang sedang gering atau isteri bekas pemimpin Singapura yang sudah tidak bernyawa lagi.

Penyokong-penyokong PAS jangan jadi taksub kepada pemimpin. Kita sokong pemimpin selagi dia dilandasan yang benar. Kalau dia sudah menyeleweng sepatutnya dia ditinggalkan. Kita sokong pemimpin dengan ilmu bukan dengan membabi buta.

Fikir-fikirkanlah.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Hubungan antara Malaysia dan negara luar adalah dibidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Ini selaras dengan norma antarabangsa.

Adakah Wisma Putera terlepas pandang perkara sedemikian. Saya fikir adalah jadi satu keperluan untuk Wisma Putera pastikan yang keua kerajaan negeri negeri di Malaysia tak buat kunjungan rasmi kenegara luar tanpa kebenaran Wisma Putera.

Maksud saya mereka perlu sedar hubungan luar adalah dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Ini bukan beerti tak boleh langsung melawat negara luar dengan tujuan cari pelaburan. Namun mestilah disertai oleh pegawai senior dari wisma putera.

Saya tertanya tanya apa perlu Guan Eng kerap lawat Singapura? Siapa yang berjumpa dengannya di singapura? Untuk apa Nik aziz melawat isteri Kuan yew yang meninggal. Bukankah tugas ini boleh dibuat oleh Kementerian Luar Negeri?

Saya boleh faham jika lawatan kerana negeri berjiran seperti Ketua Menteri sabah mengadakan kunjungan hormat pada Gabenor Kalimantan Timur . Namun ia masih perlu pemantauan dan kebenaran Wisma putera.

Dikhuatiri nanti bila sesetengah negeri kelihatan "merdeka' dari Wisma Putera, negeri itu akhirnya "merdeka" dari Malaysia. Segalanya tak mustahil.

blogenstarz said...

BAPAK PAP dengan BAPAK DAP kan sekeluarga.....
Nik Aziz pun tumpang sekaki.....

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

LKY banyak kasi duitt... tu le jawapannya. tak dak jawapan lain.

Anonymous said...

bro,
tak baik berprasangka...dulu zaman pak lah asyik ke s'pore main golf..takde apa apa ke pak lah dapat?

n bila tok najib pun kerap ke s'pore, takde apa apa ke?

yang ada apa apa bila semua tanah malaysia dah jadi hak milik singapore..

TGNA dah takde apa apa kepentngan dah skrg,cuma hadir untuk memperbetul keadaan dan menjadi kwajipan dia....rasanya tanah kat negeri TGNA takde pun milik org singapore tp kat JB rasanya dah separuh jadi milik org singapore...

so jgn kita org islam mudah sgt tuduh sesama sendiri tanpa bukti yg sahih...

Mantan Pejuang Bangsa

Anonymous said...

N[k Aziz tak bakar colok dan nyalaka lilin ke ??