Tetamu Kehormat...

September 21, 2010

Tulisan Terbaik Tarmizi Mohd Jam Tentang Anwar Ibrahim


Tulis Terbaik Tarmizi Mohd Jam
Tentang Anwar Ibrahim!


1. PKR mungkin sebuah parti yang kecil tetapi itu tidak menghalang mereka untuk berbesar-besaran menghadapi pertandingan pemilihan parti yang akan datang. Pemimpin PKR sering mempromosi diri mereka sebagai penyelamat Malaysia dari korupsi, nepotisme and kronisme yang tidak berkesudahan yang dimulakan oleh UMNO.

2. Benar, ia semuanya bermula dari pemimpin UMNO suatu ketika dahulu. Atau lebih tepat, ia dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ketika di dalam UMNO. Bukanlah hendak menokok tambah dengan mengatakan bahawa Anwar adalah ‘pengasas’ korupsi, nepotisme dan kronisme. Semua ini adalah ‘cara’ yang memberikannya begitu banyak kuasa sehingga hampir dapat melepaskan diri dari tuduhan liwat yang pertama.

3. Jika tidak kerana keteguhan iman Tan Sri Musa Hassan yang bertegas untuk mengikut prosedur dan bukannya arahan Anwar, Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini. Dan kita yakin bahawa Anwar tidak pernah menukar ‘cara’nya itu – tidak satu pun.

4. Apa yang sedang dilakukannya terhadap Zaid, serupa dengan apa yang telah dilakukan terhadap Tun Ghaffar Baba. Seni mengugut dan mem’veto’kan kehendaknya kepada para penyokongnya tidak pernah ditukar juga. Prinsipnya cukup jelas iaitu “main kotor melalui apa jua cara yang termampu”.

5. Permainan politik Anwar tiada batas. Dia bermain politik walaupun dalam lingkungan keluarga dan ‘orang-orang dalam’nya. Keluarga dan orang-orang Anwar tidak sama seperti politikus biasa. Ini kerana di dalam dunia Anwar, keluarga tidak semestinya berada di tangga teratas dalam senarai orang yang paling dipercayai, malah orang yang paling disayangi.

6. Dengan memberikan sepenuh sokongan kepada Azmin walaupun mengetahui bahawa ia akan menyebabkan keluarganya tidak gembira, membuktikan kata-kata di atas. Kita tahu bahawa orang yang paling penting dalam hidup Anwar ialah Anwar sendiri. Orang seterusnya, bagaimanapun adalah kabur. Dia mungkin Azmin, tetapi Azmin mungkin juga terpilih hanya kerana sayangnya Anwar kepada Shamsidar.

7. Dan di mana kedudukan Wan Azizah di dalam senarai ini? Apa yang kita tahu, dia hanyalah alat yang setia lagi rela. Jadi, biarkanlah dia menjadi Presiden asalkan dia merasa selamat di situ. Jangan bimbang, bila masanya tiba, dia tetap akan mengikut arahan seperti biasa. Tiada masalah.

8. Anwar sedang mengatur permainannya sebaik mungkin. Dia tahu bahawa dia mungkin tidak dapat lari lagi dari disabitkan kesalahan. Kesnya terlalu kuat dan bukti juga hampir tidak dapat disangkal lagi. Dia hanya dapat melepaskan diri dari kes ini sekiranya Pertubuhan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) berjaya menyatakan hak mereka di Malaysia. Sehingga kini, segala usaha pertubuhan ini masih belum menampakkan harapan, jauh sekali kejayaan.

9. Oleh itu, Anwar mungkin dipenjarakan sebaik sahaja kesnya selesai, yang mana boleh jadi tidak lama lagi jika Karpal tidak dapat mencari seribu satu lagi alasan untuk menunda atau membuang kes terus. Tetapi Anwar merasakan yang Pakatan Rakyat punya peluang cerah untuk memenangi pilihanraya.

10. Jika PR menang dan dia berada di penjara, dia tahu yang dia tidak boleh mengharapkan Kit Siang atau Nik Aziz untuk membebaskannya. Dan Wan Azizah mungkin terlalu lemah untuk melawan Kit Siang. Harapannya hanyalah pada Azmin. Dia sekarang sedang menyediakan Azmin untuk mengambil alih kuasa tertinggi PKR dan seterusnya, PR dan Malaysia. Justeru, Wan Azizah sila ke tepi, beri laluan pada Azmin, bakal Perdana Menteri Malaysia. Kepada Hadi Awang, Selamat Menonton!

2 comments:

rinandamku said...

Satu tulisan dan kupasan yang tepat , pada penyokong2 totok PKR diluar sana , lihat dan berfikirlah dengan matang sejauhmana kesetiaan dan pengorbanan anda dihargai Anwar !

Dan berfikirlah sejauh mana benarnya sokongan anda pada PKR , satu perjuangan yang sia2 dan akal manusiawi anda dipermainkan !
Belum terlambat untuk menukar keyakinan , belum terlambat untuk meninggalkan PKR ! maka bertindaklah dari sekarang ..

Muhammad Azli Shukri said...

betul sangat...