Skip to main content

Siapa Yang Sebenarnya Munafik?


Siapa Sebenarnya Munafik?

2. Bukan sahaja memperlekehkan cabaran itu, Guan Eng bersungguh- sungguh mahu meyakinkan rakyat bahawa dana yang diperuntukkan bagi program kebajikan di negeri itu adalah hasil dasar berjimat-cermat yang diamalkan pentadbirannya. Malah, Setiausaha Agung DAP itu secara terbuka menyifatkan cabaran Pemuda UMNO berhubung dakwaan tersebut sebagai kerja orang munafik! Setiausaha politiknya, Ng Wai Aik pula berkobar-kobar mempertahankan bosnya dengan hujah dangkal menyatakan kerajaan negeri tidak mungkin menggunakan sesen pun dana perjudian kerana Pulau Pinang merupakan negeri pertama membantah pemberian lesen judi bola.

3. Bagaimanapun, pendedahan sepucuk surat mengenai penerimaan wang RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang baru-baru ini ternyata memberi tamparan cukup hebat kepada kepimpinan Guan Eng yang berulang kali menafikannya sebelum ini. Pendedahan itu menyebabkan Guan Eng tidak mempunyai pilihan selain membuat pengakuan pihaknya menerima wang daripada kelab berkenaan tetapi memberi alasan bahawa dana berkenaan sudah diasing-asingkan.

4. Persoalannya, kenapa kerajaan negeri sebelum ini sanggup berbohong mengatakan tidak pernah mendapat dana daripada mana-mana sumber perjudian? Kenapa fakta ini mahu disembunyikan dan hanya membuat pengakuan selepas bukti didedahkan? Jika sebelum ini Guan Eng bertegas menyatakan wang yang diagihkan bagi program kebajikan di negeri ini adalah hasil penjimatan poket kerajaan negeri, bagaimana pula timbul soal kerajaan negeri mendapat dana daripada pihak lain?

5. Wajar juga ditanya, kalau betul pun dana berkenaan sudah diasingkan, adakah rata-rata orang bukan Islam boleh menerima hakikat bahawa wang pemberian kerajaan negeri kepada mereka merupakan hasil perjudian? Peliknya, kerajaan negeri begitu 'mulia' apabila menjadi negeri pertama membantah cadangan pemberian lesen judi bola sebelum ini, tetapi seolah-olah menyokong pula aktiviti perjudian - malah mendapat manfaat kewangan setengah juta ringgit daripadanya. "Tindakan Guan Eng sering menuduh musuh politiknya dijangkiti sindrom penafian nampaknya semakin memakan diri sendiri apabila satu persatu penafian yang dibuatnya sebelum ini seolah-olah bertukar menjadi episod pembohongan.

6. "Rakyat mula bertanya inikah pemimpin yang begitu megah memperjuangkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya? Orang juga mempersoalkan kredibiliti Guan Eng di sebalik ungkapan-ungkapan amar makruf nahi mungkar yang sering dilaung-laungkan," kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi. Guan Eng wajar menerima hakikat bahawa rakyat semakin menyedari bahawa perjuangan membela nasib mereka tidak lagi boleh dinilai berlandaskan slogan-slogan yang sekadar sedap didengar sebaliknya diukur berlandaskan amalan dan tindakan.

7. Ironinya, kepimpinan Guan Eng mempunyai pilihan untuk bersikap lebih telus dalam melaksanakan dasar pentadbirannya tetapi sikap suka menyalahkan orang lain dan menafikan fakta dan kebenaran menyebabkan satu persatu episod krisis kredibiliti kepimpinannya terbongkar. Rakyat Pulau Pinang tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan tentang wujudnya arahan oleh kerajaan negeri membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul pada Februari lalu sehingga terdedahnya surat yang membuktikan pembatalan program itu.

8. Begitu juga isu peruntukan hal ehwal Islam yang kononnya meningkat sehingga RM24 juta dan dihebohkan jauh lebih tinggi berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sedangkan jumlah itu didakwa termasuk peruntukan rutin tahunan bagi kos emolumen dan pentadbiran yang berjumlah RM13 juta. Kalau dihitung, peruntukan sebenar kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam hanyalah RM11 juta iaitu lebih rendah berbanding era pentadbiran BN iaitu sebanyak RM12 juta.

9. Sama halnya dengan fakta kontraktor Melayu mendapat lebih 50 peratus tender yang ditawarkan kerajaan negeri kononnya dibuat secara telus tetapi sehingga hari ini nilai sebenar tender kepada kontraktor Melayu dan bukan Melayu tidak didedahkan walaupun didesak banyak pihak.

10. Rakyat Pulau Pinang juga tidak lupa bagaimana Guan Eng menafikan ada mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus sehinggalah perkara itu didedahkan secara meluas di Internet. Apa pun, perkembangan terbaru di Pulau Pinang sekali lagi menimbulkan keresahan umat Islam dan ini diakui Pengerusi Biro Agama UMNO Pulau Pinang, Shabudin Yahaya yang berpendapat, butiran terperinci bagaimana dana judi itu diagihkan perlu didedahkan.

11. "Kalau benar dana judi ini diasingkan, kita minta tunjuk statistik jumlah keseluruhan bagi program basmi kemiskinan, isytihar berapa dana daripada sumber judi dan dari mana pula sumber dana yang diagihkan untuk orang Islam. "Guan Eng begitu lantang sehingga sanggup menuduh orang lain sebagai munafik kerana membangkitkan isu ini, kita mahu tanya bagaimana pula surat pengesahan penerimaan duit judi itu boleh timbul? Siapa yang munafik sebenarnya?" tegasnya.

Comments

Anonymous said…
Tuan,
Lim Guan Eng sememangnya adalah kafir laknat. Yang menjadi munafik adalah melayu Islam yang bersekongkol dengan kafir laknat itu. Siapakah orang melayu Islam tersebut, sendiri boleh fikir.
Anonymous said…
Macam mana pulak dgn mereka yg terlibat dengan PKFZ, judi bola, sport toto, perwaja steel, skim ali-baba, pemilik highlands dan juga yg kata duk sibuk jadi juara ugama dgn PAS, UMNO semakin hilang aura. Apakah tindakan & aktiviti mereka ini tiada kesan ke atas ummah & negara ?

DR NO
semangat98 said…
Salam tuan Azli,

Berikut luahan hati seorang reformis asal dan pejuang Keadilan Lembah Pantai tentang permainan YB Lembah Pantai.

Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar.
Anonymous said…
aku nak tanya dr no. hang dok tibai umno/bn tak berhenti. ok aku terima sebab itu hak hang bersuara. yg aku nak tau, kalaulah umno/bn tu buruk sangat, yg hang ikut pasal apa? kan ka hang canang satu dunia pakatan hang ni telus, bersih dan suci? la ni apa beza hang dengan umno/bn? sebenarnya pakatan hang ni pun dua kali lima.. bau busuk dia sama dengan umno/bn.. cuma umno/bn took 50 tahun to stink, hang semua 2 tahun aja.. isykkk bongok punya manusia.
Unknown said…
Salam, Jenis DAPig ni kalau perintah negara harus2 semua perkara HARAM di Halal kan, dengan perintah kau nak ambil tak nak sudah pergi mampussss.
Anonymous said…
Kita di sini berpolemik, berwacana dan berhujah debat bukannya menyumpah seranah. Pena vs. Pena bukannya Pena vs. 'sissy pussy'.
Saya peminat setia azli, nak buat macam mana.

DR NO
Anonymous said…
alahai Kelipah Uma kita yg sorang ni, sebenarnya orang melayu kena cepat berfikir & bertindak kalo nak lawan dia orang ni, tak boleh lembab sangat (ni yg aku benci kat budak umno, lembab respon atau takut agaknya).

biarkanlah ada melayu/islam yg suka sekongkol dgn dia orang (ni demokrasi kan?) Yg tak sekongkol tu macam mana pula? Minda orang melayu kena cekap & pantas, keluar ajer ketuk terus jgn takut, jgn nak defensive aje dgn cakap kat belakang, selarlah mereka from all angles, tak kan itu pun orang melayu masih lembab

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A