Tetamu Kehormat...

September 27, 2010

Siapa Sanggup Menentang Mahathir?


Siapa Sanggup
Menentang Mahathir?


Saya tidak tahu siapakah dalang yang cuba mewujudkan persepsi kononnya Utusan Malaysia mempunyai agenda tersembunyi mahu membawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kebodohan yang nyata ini - sudah pun disangkal oleh Tun Mahathir, sekaligus menamatkan sengketa antara Utusan Malaysia dengan Datuk Seri Nazri Aziz.

Saya percaya, tuduhan liar terhadap Tun Mahathir dan Utusan Malaysia ini - mempunyai niat tersembunyi, iaitu mahu merosakkan imej dan menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap Tun Mahathir. Sama ada kita sedar atau pun tidak, dalam sejarah politik Tun Mahathir, beliau tidak pernah tewas dengan sesiapa pun, jika terdapat mana-mana pihak mahu menentang atau menjatuhkannya. Tengku Razaliegh tewas, Tun Musa Hitam juga tewas, Anwar Ibrahim sudah merasa tajamnya pukulan Mahathir, Britan juga pernah "dibuli" oleh Mahathir, Raja-Raja Melayu juga pernah "diserang" oleh Mahathir, Tun Salleh Abbas juga pernah dikalahkan oleh Mahathir, Singapura dan Lee Kuan Yew juga pernah dibelasah oleh Mahathir dan yang terbaru, bagaimana Abdullah Badawi juga hilang mahkota Perdana Menteri, gara-gara serangan Mahathir. Apakah semua bukti ini masih tidak mampu menyedarkan para pembenci Mahathir? Bahawa sesungguhnya mereka melakukanm kerja yang sia-sia jika berhasrat untuk menentang dan berlawan dengan Tun Mahathir?

Mengambil sikap menentang dan memburuk-burukkan Tun Mahathir dan Utusan Malaysia hanya mengundang kekalahan - ketahuilah mana-mana pihak yang cuba bermusuh dengan Utusan Malaysia dan Tun Mahathir, ia hanyalah kerja yang sia-sia. Adalah lebih baik, kita mengukur dan menilai diri kita terlebih dahulu, sebelum bertindak mengikut nafsu. Saya bimbang, silap haribulan, kita pula dimalukan. Wallahualam. Baca Laporan Utusan Malaysia di bawah :

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Tohmahan kononnya Tun Dr. Mahathir Mohamad ingin kembali menjadi Perdana Menteri terbukti tidak benar sama sekali dengan penafian bekas Perdana Menteri itu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penafian tersebut jelas menyangkal fitnah yang dilemparkan pihak tertentu sebelum ini.

"Apabila tuan punya badan sudah sahkan, jelas apa yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak berada pada landasannya, tidak berpijak pada bumi yang nyata.

"Mungkin perkara ini dibuat kerana pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu, jangan pula kita mengikut rentak mereka ini, lebih-lebih lagi jika ia tidak benar. Saya percaya rakyat yang matang tahu membezakan antara yang benar dan tidak," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kepong di Taman Metropolitan, Kepong di sini hari ini. Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kepong, Senator Datuk Rezuan Abdul Hamid.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengenai penegasan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan demikian semasa berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan, semalam. Dr. Mahathir yang menegaskan usianya telah pun menjangkau 85 tahun, turut menujukan penjelasannya itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Mohamed Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Mohamed Nazri itu dibuat dalam portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kepentingan dan kebajikan pengundi parti itu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Selain ahli UMNO terdapat ramai lagi penghuni kota merupakan pelajar dan rakyat negara ini yang datang mencari rezeki. Apabila tiba masanya (pilihan raya umum) mereka ini akan balik mengundi di kampung masing-masing termasuk Parlimen Sembrong, iaitu kawasan saya.

"Rapatkan persefahaman antara kita, dekati mereka dan terangkan dasar kerajaan kerana apabila kembali ke kawasan masing-masing mereka akan turut membawa bersama perspektif positif atau negatif yang bakal diterjemahkan semasa mengundi," katanya.

11 comments:

Anonymous said...

Boleh tahan juga ulasan Menteri Amaran..sayang setakat amaran sahaja..hahahahahah.
YB nazri..selalu-selalulah tengok cermin sebelum nak berkata sesuatu mengenai Tun M.YB suka menunjukkan taring dengan orang tua dan sudah tidak ada kuasa.insyaallah apabila YB sudah tidak ada kuasa..pencen parlimen.akan ada orang mengeji YB..barulah Yb tahu langit itu tinggi dan bumi itu hanya ditapak kaki YB sahaja.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Saya harap UMNO tidak buat satu kesalahan besar dengan berdiam diri bila seorang Menteri dari UMNO sendiri bersikap biadap terhadap Tun.

Tun adalah PM selama 22 tahun. Jasanya amat banyak. Dan Tun amat dihormati. malah dikalangan orang PAS pun, mereka amat hormati Tun walaupun mereka benci( sebab Tun dapat jawab segala fitnah mereka).

Orang Melayu terasa hati bila Najib berdiam diri tidak menegur Nazri bila Nazri bermulut celupar menuduh Tun perkauman ketika hangat isu BTN dijaja oleh Anwar dan Lim Kit siang dulu.

Saya rasa Nazri sudah jadi satu beban pada UMNO. Dia bukan saja "kasar" tetapi sudah jadi biadap.

Sikap macam inilah yang buat orang menyampah dengan UMNO. Terlau hebat sangatkah Nazri sampai Najib masih kekalkan beliau.

Sepatutnya UMNO mendampingi Tun dan belajar dari Tun cara menghadapi fitnah dari pembangkang. Malangnya Nazri pula suka fitnah Tun, menjadikan kerja Annwar membelasah kerajaan begitu mudah.

Nasihat saya pada Najib iaalh jangan simpan Nazri ini. Orang melayu menyampah dengan beliau.

Itu pun kalau Najib mahu UMNO kekal relevan pada orang Melayu.

Anonymous said...

Salam.nak tanya apa sumbangan nazri kepada negara? kalau takat mendapatkan lesen teksi aje tak payahlah nak nak kecoh.sepatutnya tak layak pun jadi menteri huhu

Anonymous said...

sukacita mengingatkan nazri aziz melalui saluran ini bahawa kita mempunyai dua kehidupan, didunia dan diakhirat kelak, oleh itu jangan terlalu sombong dan mendabik dada dengan pangkat dan jawatan yang ada.kerana Allah sendang menguji anda

dinturtle said...

Kalaupun Nazri politikus terulung negara seperti didakwa tuan punya badan sendiri, tapi kalau terus bersikap biadap dan sombong.... tak ada maknanya.

Mungkin atas sebab2 tertentu beliau akan terus dicalonkan tapi bergantung pada pengundi yang menentukan nasibnya nanti.... Melayu Padang Rengas, jangan sampai Melayu lain pertikaikan cara pemikiran tuan2 jika terus menyokong Nazri.

Anggap saja kekalahan Nazri / BN sebagai satu pengorbanan untuk perjuangan yang lebih besar, dan sebagai mesej kepada PM yang memilih Nazri ( sekiranya dipilih lagi )supaya mengambilkira pandangan Melayu.

a ali /46sekupang said...

Salam Azli-Manusia yang kechewa dalam perjuangaanya akan membuat apa saja,sama ada buruk/baik untuk memuaskan nafsu sarakah mereka.Walaupun Tun Mahathir dikutuk,insaallah maseh banyak yang membantu.yang menjadi persoalan mengapa mereka ini gagal menunjukan kesetiaan pada UMNO seperti tidak menentag tomohan yang dilemparkan oleh DSAI,mulut kena zipkah?,atau janji akan dijadikan menteri oleh disebelah sana pada PR 13?.bersaralah pada umur 56 tahun sekira anda tiada keupayaan mental dan tenaga.

Anonymous said...

elok pecat dan buang dari jadi ahli umno jer si nazr bahalul tut ... menyusahkan UMNO jer

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen2 tuan semua

anti bohmau said...

salam,

ada! ada! ada yg sanggupla en.azli.
alaa.. budak nur izzah tu kan dah mencabar nak berdebat dgn Tun??? tak sedar diri sungguh anak penderhaka negara nih!!!!

Anonymous said...

Kalau ada orang dalam UMNO sendiri sanggup binasakan Parti,. yang ni kena atasi dahulu..

Bila Tun memerintah semua tunduk dah tidak siapa berani. Satu gaya kepimpinan yang harus diterapkan. Jangan tunduk pada suatu yang merugikan. sikap ini amat saya puji. Sekarang tidak lagi, ramai berani memberontak, memperjuang tidak tentu hala, kaum lain menagih dari Melayu..apa semua ini.

Melayu kian ditindas dan semua bersuara yang tidak berasas dan akhirnya Melayu lupa diri..

Anonymous said...

NAZRI ni ingat dirinya siapa. Siapa yang naikkan dia jadi Menteri. Bukan kah orang MELAYU dan AHLI UMNO. Memang betul biadap dan kurang ajar.

Saya tak faham mengapa Pak Lah dan Najib masih lantik dia jadi Menteri.
UMNO ini dah ketandusan pemimpin ke.

Saya dah MUAK tengok perangai si NAZRI ini. Suruh dia keluar dari UMNO dan masok DAP atau PKR atau PAS.