Tetamu Kehormat...

September 3, 2010

Siapa Khianati Tuan Guru Nik Aziz?


Mengapa Khianati
Tuan Guru Nik Aziz?


PAS dijangka berhadapan dengan krisis identiti dan kemerosotan undi dalam pilihanraya umum yang akan datang. Penggunaan nama "Islam" yang menjadi kekuatan PAS selama ini semakin tidak relevan, tatkala rakyat mula curiga dengan dasar terbaru PAS yang secara terang-terangan menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum Hudud - semata-mata mahu menjaga hati DAP.

PAS sudah dilihat semakin lemah dalam barisan Pakatan Rakyat - malah PAS juga dianggap sebagai jaguh kampung yang hanya berani berkokok di tempat sendiri, tetapi apabila berhadapan dengan pemimpin DAP lidah mereka kelu seribu bahasa. Lebih jauh daripada itu, Nik Aziz juga dikatakan semakin tidak berkuasa dan berpengaruh - kenyataannya tentang Hudud dan negara Islam ditolak mentah-mentah oleh para pemimpin PAS sendiri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dengan jelas menolak hasrat Nik Aziz berkenaan negara Islam dan hukum Hudud. Sekarang tiba pula giliran Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan pula menolak hasrat Nik Aziz. Tidak mustahil undi boikot akan berlaku terhadap PAS. Rakyat bukan bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan. Rakyat sudah tahu bahawa PAS hanyalah seperti seekor lembu yang dicucuk hidungnya oleh DAP.

Ramai pemerhati politik mendakwa, PAS akan kehilangan sokongan yang banyak ekoran parti tersebut dilihat terlalu berlembut dan tunduk dengan kehendak DAP dan Anwar Ibrahim. Malah, sudah kedengaran terdapat usaha untuk mengabaikan pendirian Nik Aziz dalam isu Hudud dan negara Islam - Nik Aziz seolah-olah ditikam oleh rakan-rakannya sendiri!


KUALA LUMPUR 1 Sept. – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak berhasrat melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau, ia membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti yang dipimpinnya sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian politik. Contoh paling mudah, katanya, ia cukup berkait rapat dengan parti itu sendiri iaitu mengenai Falsafah Pernyataan Penubuhan Parti Keadilan yang didraf oleh bekas Timbalan Presidennya, Dr. Chandra Muzaffar. “Dalam falsafah itu disebut bahawa parti KeAdilan adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu kerana ia adalah asas negara ini. Memang perkara ini sering dilaung-laungkan oleh kami yang juga pengasas parti Keadilan pada awal penubuhannya pada 1999.

Saya pasti, ramai yang ingat tentangnya. “Tetapi kini PKR diuar-uarkan hanya sebagai parti berbilang kaum. Ke mana perginya asas Melayu itu? Inilah bukti bahawa pendirian Anwar memang boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian politik,” katanya kepada Utusan Malaysia. Zulkifli dalam blognya kelmarin mendedahkan bahawa berdasarkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat yang ditandatangani para pemimpin parti pembangkang, pakatan itu akan terus mempertahan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Perjanjian itu, kata Zulkifli, jelas bertentangan dengan perjuangan Pas yang berhasrat mengubah Perlembagaan bagi menegakkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas dan ta‘zir. Ezam menambah, sewaktu Anwar dibebaskan daripada tahanan penjara pada 2004, Penasihat PKR itu mengarahkannya selaku pemimpin generasi muda agar tidak lagi melaung-laungkan parti tersebut adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu.

Taktik Anwar itu, katanya, kerana menyedari bahawa sokongan orang Melayu terhadap UMNO terlalu ampuh dan tidak mencukupi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum 1999. “Sebaik keluar penjara, Anwar kata pada saya bahawa KeAdilan cuma boleh mendapat 50 atau 60 peratus undi Melayu kerana orang Melayu cukup kuat dengan UMNO. “Tetapi kalau kita tarik minat orang Cina dan India, kita boleh dapat sehingga 80 atau 90 peratus sokongan.

Oleh itu, kita perlu mainkan sentimen Cina dan India habis-habisan dan tak perlu sebut lagi parti Keadilan berasaskan Melayu,” katanya. Formula Anwar untuk mengetepikan Melayu itu katanya, jelas tepat apabila pembangkang yang diketuainya berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12. “Itulah dia Anwar yang pendiriannya boleh berubah-ubah kerana cita-cita politik. Beliau sememangnya tidak jujur dalam politik,” ujarnya.

Kini kata Ezam, pendirian Anwar sekali lagi berubah setelah Raja-raja Melayu, para ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula memberi amaran dan marah terhadap apa yang berlaku. “Dalam perutusan merdekanya semalam, dikeluarkan pula penegasan agar dipertahankan Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153. “Semua itu dilakukannya setelah ada raja-raja Melayu yang mula bertitah mengenainya selain amaran daripada para ulama serta NGO Melayu. Itu menunjukkan beliau tiada falsafah dan dasar yang tetap,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

takde siap yg khianati TGNA..hanya mereka mereka munafik shj yg mahu memecahbelah perpaduan sesama Islam yang semakin kukuh dibawah pimpinan TGNA!
Islam adalah asas dan politik di dalamnya yg tidak dapat dipisahkan sepertimana perbankkan Islam. Kalau tidak kenapa masukan asas islam dalam perbankan?fikirkanlah..

anakkelate said...

sokong nik aziz!