Tetamu Kehormat...

September 25, 2010

Selamat Jalan Zunar!


Selamat Jalan Zunar!

Sudah lama saya mengharapkan agar Zunar ditahan, kalau boleh terus dipenjarakan. Saya bersetuju dengan artikel yang disiarkan oleh Malaysia-Instinct di bawah. Anugerah Allah yang selama ini diberikan kepada Zunar, telah disalahgunakan olehnya. Baca tulisan tersebut :

1. Akhirnya setelah puas menabur fitnah melalui lukisan kartunnya, kartunis portal pembangkang, Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 49, ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku Cartoon- O-Phobia yang menyentuh isu-isu sensitif dan boleh menganggu ketenteraman awam.

2. Beliau ditahan di pejabat penerbitan miliknya, Sepakat Efektif Sdn. Bhd kira-kira pukul 4 petang. Sebenarnya saya cukup senang dengan 'stroke' lukisan Zunar, cantik, teliti dan menarik. Dia cukup kreatif dalam 'menarikan' jari-jemarinya di atas kertas.

3. Tetapi malangnya jalan cerita kartunnya tidak secantik lukisannya. Zunar ternyata menyalahgunakan idea dan bakat yang dianugerahkan Tuhan untuk mengata-nista, mencaci dan memfitnah pemimpin negara dengan sewenang-wenangnya.

4. Dia sentiasa merasa dirinya kebal daripada tindakan undang-undang. Kononnya, jika polis menangkapnya, polis patut malu kerana takutkan KARTUN daripada KEBENARAN, pulak! Tetapi dia lupa, fitnah tetap fitnah biarpun medium yang digunakan itu mungkin berbeza. Ada orang fitnah masa berucap, ada orang fitnah masa menulis, Zunar pula jatuh dalam kategori fitnah masa melukis.

5. Saya difahamkan, dalam serbuan itu, polis turut dirampas 67 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang belum dilancarkan, selain beberapa keping lukisan miliknya. Buku terbabit menyiarkan isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kehilangan jet enjin dan lain- lain.

6. Zunar ialah pemilik syarikat Sepakat Efektif yang menerbitkan buku Perak Darul Kartun manakala Mkini merupakan penerbit bagi buku 1 Funny Malaysia di bawah nama perdagangan Kinibooks. Kartunis itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penjualan, penerbitan dan pengedaran dua buah buku kompilasi kartunnya, Julai lalu.

7. Memandangkan Zunar dah masuk 'ke dalam', saya mencadangkan agar pihak berkuasa tidak 'mempersiakan' bakat yang ada dalam dirinya. Suruh dia buat lukisan mural di dinding-dinding lokap/ penjara, beritahu dia, kalau dia berkerjasama, pihak berkuasa boleh merayu agar hukuman penjara terhadapnya diringankan.

8. Bagi kebebasan padanya untuk melukis apa saja yang terlintas dalam kepala otaknya, namun jika dia tetap berkeras hendak lukis kartun yang berunsurkan fitnah seperti sebelum ini, suruh dia lukis kat pintu jamban penjara atau lokap tempat dia 'bermalam' itu. Ini kerana lukisan kartun seperti itu hanya layak dipamerkan di tempat busuk tersebut, tempat berhimpunannya segala jenis najis dan air kencing.

22 comments:

udanggalah said...

Mungkin dengan kartun mengata orang idea senang dapat agaknya...aku pun rasa nak jadi kartunis tapi tak kesampaian..

Anonymous said...

Opss!! jgn lupa dkt mangkuk jamban,gayung cebok pon buleh dilukis jgak pe..kalu xde water colour leh guna taik dia yg bekaler2 tuh. Dkt kepala taik pon leh ukir atau lukis muka dia sendiri..heheh..tu pon kalu sanggup la

Abu Garcia said...

Tahniah kepada Zunar kerana berjaya mencapai cita-cita untuk melanjutkan kehidupan di penjara. Harap-harap boleh la duduk lama sikit kat situ.

Pesanan ikhlas dari aku: When the soap has fallen, do not pick it up" wakakakakakaka ....

Anonymous said...

hisapmudin oh hisapmudin. akhirnya kartunis yg kau tangkap.

Anonymous said...

Pedang lawan pedang, pena lawan pena, kartun lawan kartun. Jangan pakai rule of game secara zimbabwely.

DR NO

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Orang lembut lembai dan teragak-agak tak akan dihormati. Saya pun hairan bila satu ketika dulu ada kartunis lukis wajah Dr Mahathir seperti babi tapi tiada tindakan diambil.

Pemimpin Melayu yang ada kuasa tak sensitifkah bila ada orang siap boleh buat "rap" mempersendakan orang islam dan azan sembahyang.

Kalau saya jadi PM dan saya difitnah, siaplah orang yang fitnah tu. Tak ada belas kasihan.

Bila kita tegas, barulah orang tahu yang kita serius dan amaran kita ada nilai. Seperti ayah yang rotankan anak selepas bebersapa kali nasihat tak dihiraukan. Kita ingat sampai ke mati.

ajijasin said...

salam alaikum...
allo sahabat aku DatukSri, tahniah...
tapi tang Cina lahant NAMEWEE, KONGSI GELAP HINDRAPP TU BILA PULAK!!!
SUMBAT AJE YANG MELAMPAU MELAMPAU TU!!!

bekas penyokong said...

Tak faham betul ada orang yg taksub sangat dengan peliwat.Setelah pendedahan demi pendedahan dibuat tetap diorang tak percaya sampai semua berita fitnah yg direka anwar dianggap benar belaka.

Orang lain pun dulu sokong juga aljuburi tapi lama2 tembelang pun pecah,bau busuk pun tak boleh disorok lagi tapi orang2 macam zunar ni kalis bau agaknya.

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous ( Dr no),

"Kartun lawan kartun".

Encik ini "mana mari punya orang"? kerja kerajaan ialah pemerintahan. Kalau nak lawak, tak payah jadi kerajaan.

zunar sudah melampaui batas dari dulu lagi. Lupakah kita dia pernah lukis wajah Dr mahathir seperti "babi"

Memang patut dia kena tindakan. Kalau contohnya saudara sendiri digambarkan wajah seperti "babi", adakah saudara balas dengan lukis kartun saja?

Anonymous said...

Menghina jadian Allah memang tidak patut.Mengkritik perilaku secara sindiran & humor adalah salah satu kaedah nasihat & check-n-balance kecuali mengugut keamanan negara. Kalau saya digambarkan sebagai babi..kalau sabar dapat pahala tanpa hisab (macam dianiaya kiranya).

DR NO

Anonymous said...

Saya setuju zunar disiasat agar dia tidak terbabas landasan demi kestabilan masyarakat. Tapi jika kartunis ingin menjadi aktivis masyarakat dlm platformnya janganlah disekat. Kalau duk berkarya kosong dlm majalah kartun tiada faedah buat masyarakat, nanti ditanya kelak oleh tuhan apa sumbangan utk kemanusiaan & ummah.

DR NO

Anonymous said...

Selamat datang ke UISA. Semoga bertambah pengelaman dan banyak idea2 katun matun untuk dibuat bahan fitnah.

Anonymous said...

FITNAH dlm erti kata lain menjadi buah mulut orang apabila seseorang atau sesuatu berada dalam keadaan yang kabur, tidak jelas dan 'persepsi kotor'.
1. Ulama terjebak dlm politik menjadi bahan kecemuhan/buah mulut orang kerana politik itu kotor.
2. Berada di rumah janda menjadi buah mulut orang walaupun datang utk bagi zakat fitrah.
3. Isu altantuya terus menjadi bahan bicara kerana motifnya masih tidak jelas.

Jadi, mahu elak fitnah,semua perkara mesti jelas dan telus. Jika persepsi awam hanya dilawan dgn kekerasan takut nanti timbul keadaan lebih teruk, apalagi dicop zalim oleh Maha Pencipta.

DR NO

shamshul anuar said...

Saudara Dr No,

Saya ( atau sesiapa saja) tiada masalah kalau disindir melalui karton.

Yang jadi masalah bila seseorang itu memfitnah atau mempersendakan seseorang ketahap biadap.

Apakah saudara mahu bersabar tak mahu buat apa-apa kalau difitnah? Kalau berdiam seolah olah galakkan orang memfitnah.

apa kena memfitnah dengan "check and balance". Sejak bila matlamat menghalalkan cara. Menuduh Najib telibat dengan altantuya tanpa bukti iu fitnah namanya.

Ada buktikah dia terlibat? Kalau ada kenapa tak bawa ketengah. Saya fikir sudah lama pembangkang akan jaja bukti kalau mereka ada.

Bukankah kita semua diingatkan oleh Allah SWT akan bahaya fitnah dari orang fasik dan munafik. Siapa sumber berita kita? raja Petra kah?

Plik bukan? Orang yang bersumpah dengan nama allah SWT tidak mahu dipercayai. orang yang tidak mahu bersumpah dipercayai.

Apa kekerasan yang kerajaan gunakan? Apakah mulia sikap berdiam diri mendengar fitnah dan membiarkan fitnah memporak perandakan negara.

Inginkan ketelusan ialah satu sikap baik. Namun adakah Zunar pernah terfikir membabitkan fitnah tanpa bukti juga akan dimurkai Allah SWT.

Pernahkah saudara sendiri terfikir YANG MUNGKIN NAJIB JUGA DIFITNAH DALAM ISU ALTANTUYA.

Kalau benar dia terlibat, bawalah bukti. Kalau dia terbabit tetapi tiada bukti, maka dia juga tidak terlepas dari hukuman Allah SWT.

Namun mengaitkan dia dengan Altantuya hanya KERANA dia dari pihak lawan menunjukkan sikap munafik orang yang menuduh.

Tidakkah saudara pernah mahu 'sembahyang Istikharah" meminta petunjuk Allah SWT supaya tunjukkan kebenaran dalam kes Altantuya dan tuduhan terhadap anwar contohnya?

Anonymous said...

Persepsi lambat laun menjadi fitnah, fitnah lambat laun menjadi liabiliti. Keadilan bukan saja dilaksana tapi nampak dilaksana.
Isu altantuya bukan tersabit kpd PM saja, tapi persepsi & liabiliti negara secara keseluruhannya jika keadilan tidak nampak pada surfacenya.

DR NO

Anonymous said...

Hancurkanlah persepsi-persepsi liar sebelum jadi bahaya fitnah dgn tindakan adil,jelas dan telus. Masih byk lagi persepsi timbul dari sikap kita sendiri. Biar kita dpercayai sedalam-dalamnya setaraf al-amin.


DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

zunar harus diambil tindakan kerana kartun yang dilukisnya lebih banyak membawa fitnah (cerita yang tidak betul) sudah bertahun2 kita membiarkan beliau bermarajalela di luar sana, sekarang beliau harus belajar, untuk menyindir orang atau mahu menasihat orang, kita sebagai orang Islam ada batas2nya.

Anonymous said...

Kah kah dengan kartunis pun takut kerajaan zalim BN/UMNO ni rupanya.

Kalau setakat sindir menyindir tu takut tak payah jadi kerajaan la.

Dok gelak dek zimbabwe & Myanmar jer org Malaysia takut kartun. Tak ada pun dia lukis gambar Nabi. Ni gambar pemimpin yg khianat dan rasuah adalah.


Kalau dah zalim lebih dari tu dia sanggup jadi MahaZalim

Ha ha ha Jenaka abad ini.


Ghazali

Abdul Hayee Zabidin said...

Aku bersetuju dengan komen saudara Shamshul Anuar. Kartun Zunar bukan sahaja berunsur fitnah tetapi turut juga menghina pemimpin2.

Sebagai seorang penyokong kuat parti PAS, apakah dia tidak tahu ajaran Islam melarang menghina dan memfitnah orang apatah lagi pemimpin yang banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara ini.

Mungkin inilah balasan kepada apa yang telah dilakukannya sepanjang berkarya dengan lukisan kartunnya.

FaMouS said...

kat mana kita boleh tgk hasil karya si zunar ni?

shamshul anuar said...

Saudara Ghazali,

Banyakkan mengucap dan ingat peringatan Allah SWT bahaya fitnah. Itu pun kalau jadi manusia yang jujur.

Pasal maki hamun saya dah lama dengar. Saya dengar sendiri dalam masjid Dr mahathir digelar mahafiraun. Saya dengar sendiri Dr Khir dituduh munafik ( semasa beliau jadi MB) kerana cuti di Selangor jatuh pada hari Ahad.

Namun hari ini tiada siapa kata Khalid( MB) sebagai munafik walaupun cuti masih ahad.

apa semua ini? Menunjukkan khatib yang berkhutbah "melacurkan" ugama demi habuan politik.

Pasal zunar, ini bukan soal tsakut kartunis. Ini soal satu hamba Allah yang suka memfitnah dan biadap.

Tindakan mesti diambil. Saudara tentu faham kan? Mahukah saudara dilukis berwajahkan babi?

Fikirlah sendiri. Seronok bercakap bila tak jadi bahan fitnah.

Anonymous said...

nama jer cerdik..tp....