Skip to main content

Selamat Datang Tahun Yang Ke-87 : Mengapa Kita Menentang Lee Kuan Yew?


Selamat Datang Tahun Yang Ke-87
Mengapa Kita Menentang Lee Kuan Yew?


1. Jangan lupa hari ini merupakan hari jadi Harry Lee Kuan Yew yang ke-87 (baca di sini), beliau dilahirkan pada 16 September 1923 di Kampung Jawa, Singapura. Manusia yang banyak membuat kontroversi dengan Malaysia ini perlu diberi perhatian rapi, kerana hubunganya dengan DAP di Malaysia begitu ketara. Pada 2 Oktober 2006, Lee Kuan Yew pernah membuat tuduhan yang berbau perkauman bahawa msyarakat Cina di Malaysia telah dipinggirkan secara sistematik.


2. Tuduhan ini dibuat semasa beliau mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Larry Summers. Dalam hal ini Tun Mahathir menyanggah tohmahan Lee tersebut. Menurut Tun Mahathir, orang Cina di Malaysia menyandang pelbagai jawatan penting dalam ketenteraan. Tetapi, sebaliknya orang Melayu di Singapura tidak memperoleh peluang tersebut. Kisah hidup Lee Kuan Yew yang jelas anti terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan dasar bumiputera telah pun tercatat dalam lipatan sejarah. Dan sekarang, DAP Malaysia telah menjadikan Singapura dan pentadbiran parti PAP sebagai kiblat mereka.


3. Sekiranya orang Melayu-Islam masih tidak mahu sedar lagi, Malaysia pada bila-bila masa sahaja akan menjadi seperti Singapura - malah orang Melayu-Islam akan terus ditindas dan dinafikan hak mereka beralaskan dengan alasan "meritokrasi" atau bahasa kasarnya hukum rimba - dengan kata lain, hanya siapa yang kuat, bijak dan berkelayakan sahaja yang berhak menguasai dan mentadbir negara ini. Sistem meritokrasi terbukti gagal - kerana pada hakikatnya merit itu sendiri diukur dengan sifat-sifat subjektif juga.


4. Kita tidak boleh mendakwa bahawa mahasiswa lepasan Oxford atau Cambridge adalah jauh lebih bijak dan pandai daripada mahasiswa lepasan universiti tempatan, begitu juga halnya dengan individu yang mahir dan petah berbahasa Inggeris tidak semestinya bijak dalam perniagaan dan kepimpinan - pentadbiran Singapura kononnya didasarkan kepada sistem meritokrasi, yakni siapa yang bijak dan berkelayakan, maka orang itulah yang akan dilantik dan diberi keutamaan. Soalnya, sekiranya terdapat dua individu yang mempunyai merit dan kelayakkan yang sama, tetapi berlainan kaum - siapakah yang bakal dipilih oleh Lee Kuan Yew untuk mengisi sesuatu jawatan penting dalam pentadbirannya? Bukankah akhirnya kecenderungan untuk memilih kaum sendiri akan menjadi penentu?


5. Saya fikir adalah mustahil sekiranya tidak terdapat seorang pun dalam kalangan orang Melayu di Singapura yang tidak cukup meritnya atau tidak layak untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam kerajaan Singapura - mengapa sehingga sekarang masih dipilih hanya dalam kalangan orang Cina dan sedikit dalam kalangan orang India sahaja? Sebenarnya meritokrasi bukanlah jawapan kepada "kemajuan dan kemodenan", dan bukan juga jawapan kepada "kebebasan dan kesamarataan" - meritokrasi adalah untuk manusia yang cintakan kebendaan dan tidak pernah rasa cukup untuk menghimpun harta dan kekayaan, meritokrasi adalah tiket untuk memberi alasan penindasan kepada orang yang lemah dan tidak berkemampuan.


6. Singapura adalah sebuah negara meritokrasi - tetapi amalan dan praktikalnya masih tetap dibayangi dengan legasi dan perkauman - adilkan semua ini? DAP kononnya tidak suka kepada istilah perkauman, tetapi berapa ramai orang Melayu yang ditindas oleh peniaga-peniaga Cina hanya kerana beralaskan kepada perkauman? Mengapa wujud perbezaan harga yang ketara yang diberikan oleh pengedar-pengedar Cina kepada para peniaga Melayu berbanding dengan peniaga Cina untuk barang-barang tertentu? Negara bermeritokrasi hanyalah slogan DAP dan PAP bagi memastikan mereka berkuasa di negara ini dan di Singapura.


7. Mereka mendakwa kononya merekalah bangsa yang penuh dengan ciri-ciri "meritokrasi" untuk mentadbir ekonomi dan sesebuah negara. Di Malaysia tidak ramai orang Melayu-Islam yang benar-benar mampu mencapai piawaian meritokrasi yang digariskan oleh DAP - sebab itulah orang Melayu masih memerlukan hak istimewa dan dasar bumiputera yang sedia ada. Jika tidak, orang Melayu Islam hanya akan menjadi hamba kepada DAP, sebagaimana PAP di Singapura. Malaysia tidak mungkin akan menjadi sebuah negara meritokrasi seperti Singapura, kerana sistem itu juga tidak bersifat adil dan saksama. Fikir-fikirkan la..Wallahualam

Comments

Fadzrul Hisyam said…
Meritokrasi Lee Kuan Yew adalah meritokrasi memilih. Bukan meritokrasi bersih.

Singapura tidak mengamalkan kebebasan bersuara sejak awal pemerintahan Lee Kuan Yew. Masih mengganggap Malaysia sebuah negara yang menindas.

Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.
Anonymous said…
Misi DAP utk menghapuskan DEB bagi menguasai ekonomi sepenuhnya dan menghancurkan kuasa politik Melayu supaya Republik dapat ditubuhkan.
Singapura akan masuk Malaysia,sebelum itu lebih ramai Cina Taiwan,HK dan China akan menjadi rakyat Singapura.
Melayu akan jadi kaum minoriti di Malaysia.
DAP political endgame.
Anonymous said…
Just for info:- Interview di NY baru2 ini

-LKY mendakwa dia tidak percaya kuasa Tuhan (=kewujudan tuhan)
oeh itu mcm apek2 peniaga sanggup menipu apa shj

-dia mendakwa tiada sentimen Agama ketika mengurus Sipork, padahal dia memprovoke Israel dgn mendakwa Israel of the east..

-dia mahu mengambil alih malysia & sedih ditendang Tunku, -helah apek yg panas bernafsu balau dah nak mati.

-dia perasan popular & dikenang spt Abraham lincon, Clinton, Bush, ttp pemandu teksi yg ditemui wartawan benci LKY..begitulah majoriti rakyat biasa Sinkpork,

-Isterinya lumpun & 2 tahun tak boleh bercakap, balasan dunia menidakkan kewujudan Alam melayu di Nuasntara, chinese superior.

-Tiada yg istimewa formula sinkpork..tak lebih drp meniru Raja Siam lama, menjadi agen membusuk jiran2 & menerima habuan dari Israel/barat..

-LKY masih melobi lagi untuk kontrak Jew seterusnya, namun perkembangan ICT, Australia, dan formula baru Amerika berbaik dgn Islam untuk menekan pencabar global alaf baru, menipis peluang LKY untuk next -sinkpork.

-Oleh itu, ia mahu dikenali sbg Macao no 2.. pusat judi & hedonisme..sbg plan B

-Penganut2 LKY Cina celup sempit yg cuba mendominasi Malaysia..Mereka bukan China asli..yg jauh lebih terbuka, progressif pada hari ini..& mampu memadamkan peta Snkpork yg angkuh dlm 20 tahun kebelakang
anakmalaysia said…
Saya amat berharap post sebegini bakal membuka mata2 Melayu kat luar sana yang suka bersekongkol dengan DAP or even kawan rapatnya PKR nampak apa yang jelas nyata di sini. Sememangnya adalah tidak mustahil sekiranya andai dibiarkan orang2 Cina di Singapura akan mula naik lemak dan mula ingin mengambil alih Malaysia. WALLAHUALAM.

Sesungguhnya saya tidak akan benarkan Melayu Malaysia ditindas. Cukuplah Melayu SIngapura dilayan dengan tidak adil sekali -___-
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
AKU SUKA POINT NO 3 & 4 LI..... CUMA YG PALING AKU SUKA LKY NI SBB DASAR ANTI RASUAH DIA....YG TU KITA BOLE IKUT N HARAP PEMIMPIN KITA DAPAT IKUT PENDEKATAN LKY TERHADAPRASUAH N MMG BERKESAN...

KADIRPOKYA..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh