Tetamu Kehormat...

September 28, 2010

Richard Branson Disaran Utamakan Aktiviti Lucahnya Daripada Sibuk Mencampuri Politik Malaysia!


Richard Branson Disaran
Agar Utamakan Aktiviti Lucahnya
Daripada Sibuk Mencampuri
Politik Malaysia!


Kebodohan dan kejahilan Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin dan rakan sepejuangannya, Lim Kit Siang semakin menyerlah, tatkala mereka berdua cuba menggambar bertapa korupnya Malaysia melalui kaca mata tokoh-tokoh kafir dunia. Mereka menjadikan Al-Gore, Stiglitz, Barry Wain, John Croft dan terkini Richard Branson - sebagai penanda aras yang menentukan baik atau buruknya negara ini. Dengan kata lain, pemikiran Lim Kit Siang dan Dr Chen Man Hin masih tetap dijajah oleh Barat dan sekutu-sekutunya. Mereka lebih percaya dan yakin dengan andaian orang luar daripada laporan institusi kewangan dunia. Malah, lebih malang DAP juga terlalu percaya kononnya kerajaan cuba menghalang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Isu liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim bukan isu nasional atau antarabangsa - ia merupakan isu peribadi Anwar Ibrahim sendiri. Orang luar tidak perlu sibuk campur tangan dalam urusan kehakiman di Malaysia. Jika dalam hal ini, begitu pantas DAP mengambil pandangan orang luar, bagaimana pula dengan nasib rakyat Palestin dan umat Islam yang terang-terang ditindas oleh Amerika dan sekutunya di Iraq, Afghanistan dan Palestin? Ada kita mendengar Al-Gore atau Richard Branson mengkritik dasar zalim Amerika Syarikat dan sekutunya Britain?

Sebelum tokoh-tokoh tersebut mengkritik Malaysia, eloklah rasanya mereka melihat negara mereka terlebih dahulu - siapa lebih zalim? Menjajah Iraq atau memenjara Anwar Ibrahim? Richard Branson sepatutnya malu dengan keadaan negara Eropah yang zalim terhadap Islam daripada beliau sibuk mengkritik sistem kehakiman di negara ini . Dan kemudian, dua rakyat Malaysia yang jahil bernama Lim Kit Siang dan Chen Man Hin "terhegeh-hegeh" mengutip kata-kata Richard Branson kononnya Malaysia begitu korup dan Malaysia bakal hilang pelaburan FDI, jika isu Anwar Ibrahim tidak diselesaikan dengan baik.

Soalnya, berapa banyak duit Richard Branson yang telah dilaburkan di Malaysia? Dan berapa banyak pula kerugian yang beliau tanggung "kononnya" akibat daripada kes Anwar Ibrahim tersebut? Orang Barat, seperti kata Mahathir, mereka tidak peduli soal moral, sekiranya mereka melihat Malaysia mempunyai peluang perniagaan yang mampu membawa pulangan yang lumayan kepada mereka, mereka akan persetankan sahaja Anwar Ibrahim! Richard Branson bukanlah mewakili semua usahawan atau pelabur dari Barat atau England, beliau hanyalah seorang tokoh korporat yang bijak dan menghidu peluang, itu sahaja! Mempercayai kata-katanya, tidak ubah seperti mempercayai kata-kata seorang dukun tua yang suka mencabul! Baca tulisan Chen Man Hin di blog Lim Kit Siang di bawah ini, sebelum itu tolong baca perenggan yang berwarna biru di bawah, saya petik dari blog Warta Shubhi :

Nama syarikatnya Virgin adalah cetusan dari perbincangan antara rakan-rakan aktivis mereka ketika remaja terutamanya wanita yang mencadangkan nama Virgin bagi mengekalnya dalam bentuk syarikat oelh kerana kesemua mereka telah lama kehilangan dara (virgin) hasil dari pergaulan bebas seks sesama mereka. (rujuk buku tulisan Richard Branson).

Apa yang dimaksudkan oleh Richard Branson adalah sepatutnya Malaysia tidak meletakkan kes liwat sebagai satu kesalahan sepertimana barat maka tidak timbul lagi kes liwat sebagai sesuatu yang mengaibkan.

By Dr. Chen Man Hin, DAP life advisor

1. International deluge of criticisms from the conspiracy to convict Anwar of sodomy 2. Suddenly there appears to be a deluge of international personalities criticising the Malaysian government for persecuting Anwar on trumped up charge of sodomy 2.

2. It started with ex US vice president Gore, and IMF chief Stiglitz, followed by Barry Wain former AWSJ correspondent as well as a former US ambassador to Malaysia John Croft. All of them unanimously condemned the conspiracy to paint Anwar as a sodomist and therefore not fit to be the Opposition Leader.

3. These are all distinguished members of the international community who are shocked in unison by this serious transgression of justice, democracy and the rule of law by the Malaysian government. UMNO, the power behind the prime minister, intends to perpetuate their power by trying Anwar on trumped up charges of sodomy, to convict and imprison him, thus denying him the opportunity to be the next Prime Minister.
4. Today, there is another powerful international figure in the person of Richard Branson who has joined the international posse of activists out to demand justice for Anwar. Branson warned Najib that the trial of Anwar on sodomy charges has damaged the image of Malaysia and undermined the confidence of investors to invest in Malaysia.

5. He strongly advised Najib to dismiss the charges, if he wants foreign investors to put their money here, and help Malaysia to become a high income country. The DAP had always been in the forefront to criticise the conspiracy to charge Anwar for sodomy and to find him guilty. We have warned that the international community will not idly stand by and watch an innocent person tried on trumped up charges and be put to jail

6. PM Najib should think carefully and heed international opinion. If he does not then FDIs (Foreign Direct Investments) which fell by 81% in 2009 will fall further and there will be zero investments, which would mean the beginning of the end for the New Economic Model as well as 1 Malaysia.

6 comments:

amir07_johor said...

terlampau banyak campur tangan barat pasti ada udang sebalik mee

Anonymous said...

Branson’s Virgin Group has a stake in AirAsia’s long-haul affiliate, AirAsia X..ada kepentingan..ada org msia yg tlg bangsat ni..

BILLYtheKID said...

aparaaa...lu orang sendiri yang jemput Bronson mai bagi speech dalam program lu orang organize..sekarang mau salah orang pulak...poyo la..luuu..!!

Laporan bank dunia tu bukan oirang luar/asing ka yang buat...kalu kita tak suka orang lain campur tangan dalam urusan dalaman negara kita ...kita pun jgn campor urusan negara orang lain....Palestin negara orang gak...

wa tau lu mesti x siar punya la.. komen wa ni..kaann?

Muhammad Azli Shukri said...

Billy the kid nie tulis guna kepala lutut. Sebab itu buruk sangkanya bersarang penuh dalam kepala otaknya.

Anonymous said...

orang kita lambat bertindak, patut jerit kan aje bila si batu ronson tu cakap tu hari, tak payah nak tunjuk baik pada orang yg mencampuri hal negara kita, sepatutnya kerajaan "pantau" atau hadirkan diri bila orang2 luar ni buat ceramah dlm kelambu kita, kalo cakap tak senonoh dan main sedap cakap aje terus gari mereka itu, barulah dia orang ada hormat sikit, kawan kita di Singapura dah lama pakai formula ini, dunia cakap juga tapi dia orang tak peduli, bila agaknya Malaysia nak cergas sikit, asyik kata kita ada macam2 undang2, kuatkuasanya tidak, sakit juga hati bila baca news pasal benda2 macam ni, ada le tu orang2 yg tak bekerja betul....

Anonymous said...

yg si dap tu pun memang suka ambil peluang sama hentam kerajaan, kononnya pandai le, ini ilmu lama, selalu nak tumpang sekaki, macam baru2 ni ada budak mca timb. menteri yg numpang sokong Nazri pasal jadi orang Malaysia dulu dan orang melayu kedua, depa numpang sekaki nampak macam mereka hebat tapi selindung aje, ini pun orang2 melayu tak sedar2 juga.....