Tetamu Kehormat...

September 7, 2010

PKR : Busuk Lagi Membusukkan : Mengapa Mesti Sayuti Omar Kecewa?


PKR :Busuk
Lagi Membusukkan
Mengapa Sayuti Omar Kecewa?



Saya agak pelih dan hairan dengan penulis politik terkenal Sayuti Omar beliau sudah pun dapat menghidu gaya politik PKR yang jauh lebih busuk dan hodoh daripada politik UMNO. Dengan kata lain politik dalaman PKR bolehlah diibaratkan dengan istilah Shahnon Ahmad yang berbunyi busuk lagi membusukkan. Sekiranya MSO sudah awal-awal tahu bahawa politik PKR busuk lagi membusukkan, mengapa masih mahu menyokong PAS agar terus setia dengan PKR? Nasihatlah para pemimpin PAS supaya mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri bertapa hodohnya PKR. Kalau nama sebesar Zaid Ibrahim (tokoh politik ternama) yang dialu-alu sewaktu memasuki rumah PKR pun dizalimi haknya untuk bertanding oleh Anwar Ibrahim, apatah lagi ahli PKR biasa dan pemimpin PKR di peringkat negeri dan cawangan. Lagilah mudah ditindas dan dizalimi. Baca keluhan MSO di bawah ini. Pada saya tiada gunanya beliau berkeluh-kesah, kerana sejak dari awal lagi beliau sendiri tahu bahawa politik PKR adalah politik yang busuk lagi membusukkan...

Azmin dan Zaid Jangan Bawa Petaka Dalam PKR

Oleh Mohd Sayuti Omar


1. SEBETULNYA tidak ada hak untuk saya merasai lebih bimbang daripada ahli PKR mengenai perkembagan parti itu menjelang pemilihan pemimpin yang sedang berjalan kini. Saya tidak perlu untuk merasa cemas dan tidak pun tahu kenapa harus bimbang. Saya bukan ahli PKR hanya pemerhati dan simpati tinggi kepada PKR yang bergabung dengan Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat yang berazam untuk menumbangkan BN.

2. Sebagai orang yang telah lama di bawah pemerintahan kerajaan UBN yang mengetahui akan kebaikan dan keburukannya, saya mahu melihat Pakatan Rakyat mengubah suasana itu. Pengubahan ini tidak kira sama ada dengan mengambil alih kerajaan ataupun melakukan kritikan dan teguran sehinggakan kerajaan BN menjadi sebuah kerajaan yang benar-benar efisyen dalam membela rakyat.

3. Tetapi terus terang saya katakan, saya amat bimbang dan cemas dengan apa yang menjelang kongres parti itu untuk mengadakan pemilihan pemimpin waktu ini. Pertandingan merebut jawatan dalam PKR terutamanya di peringkat Timbalan Presiden menjadikan saya 'ugah' hati. Firasat saya kurang baik mengenai hal ini. Sekiranya dialpakan dan tidak dibendung ia mungkin boleh menyebabkan berlaku keretakan dalam PKR yang semua orang tidak mahu menenguknya.

4. Sesuatu yang sungguh malang kalau PKR mengalami keretakan. Orang-orang seperti saya sedang menunggu-nunggu akan keupayaan dan kemampuan PKR bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Kemenangan besar PKR dalam pilihan raya umum ke -12 lalu didoakan akan menjadi lebih besar pada pilihan raya umum ke - 13 nanti. Tetapi kalau takdir ini (perpecahan akibat perebutan jawatan) berlaku ia boleh merombak mood umum untuk menyaksi pilihan raya itu kelak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

5. Mulanya pertandingan ini dikira akan berlaku dalam suasana kekeluargaan dan penuh mahabbah. Ia tidak lebih dari satu kewajiban menurut pelembagaan saja. Pertandingan ini juga memberi peluang kepada mereka yang merasa layak untuk jadi pemimpin. Tidak lebih dari itu. Ia bukan satu peperangan yang harus mencedera atau mematikan sesiapa. Pertandingan itu adalah demi menyihat dan mewaraskan semua pihak.

6. Itu sepatutnya berlaku. Tetapi melihat kepada gelagat dan penyokong dua orang calon yang akan merebut jawatan itu, iaini Zaid Ibrahim dan Mohd Azmin Ali, ia menyerlahkan kepada suasana yang kurang baik dan ada tanda-tanda menjadi kejam atau lebih kejam. Perasaan persaudaraan dalam parti tidak terserlah. Demikiannya juga kualiti keduanya sebagai pemimpin tertinggi gagal ditunjukkan bagi diteladani rakyat. Ingat kedua mereka dilihat sebagai aset penting parti kalaupun tidak bakal mengganti Anwar di masa akan datang.

7. Kenyataan-kenyataan, bentuk kempen, propaganda dilakukan kini memberi gambaran perebutan itu seperti berlaku antara dua ahli yang berbeza parti dan perjuangan. Seolah keduanya tidak berada di bawah renungan mata yang satu. Beberapa laporan dan kejadian berhubung itu yang masuk ke telinga saya amat amat mendukacitakan sekali.

8. Perhatikan apa yang telah dicatat Zaid dalam blognya. Beliau mendedahkan kononnya ada orang cuba mengupah bloger agar menulis sesuatu yang buruk mengenai dirinya. Kononnya juga bloger itu akan menulis yang beliau mengupah RM20,000 kepada cabang untuk memastikan beliau dicalon.

9. Kalaulah benar dakwaan Zaid itu betapa buruk dan busuknya proses pemilihan dalam PKR. Jelas sekali budaya dan tradisi syaitan yang diamalkan dalam Umno turut menular ataupun diguna pakai dalam PKR. (Saya harap ianya tidak betul dan pendedahan itu sebagai satu tektik saja).

10. Zaid juga sebelum itu dakwa ada orang yang hendak jadikannya sebagai Ghafar Baba (Allahyarham) di mana telah dimalukan dalam Umno sehingga tidak cukup pencalonan untuk merebut jawatan timbalan presiden bersama Anwar. Ertinya menurut pendedahan Zaid itu ada usaha dijalankan supaya beliau tidak mendapat pencalonan mencukupi itu bertanding.

11. Kalaulah dakwaan Zaid itu benar, kenapa sampai jadi begitu sekali. Kenapa harus menggunakan tektik buruk dan celaka itu. Kenapa harus sampai hendak malukan Zaid? Bukankah Zaid aset penting kepada kemajuan PKR itu sendiri? Saya rasa sebagai parti baru yang sifatnya lebih terbuka, telus, ikhlas dan demokratik dari Umno seharusnya perbuatan itu tidak berlaku.

12. Begitu juga tindakan bersama oleh beberapa Ahli Parlimen dan Senator PKR yang membuat kenyataan menyokong Azmin Ali untuk jawatan itu tidak patut berlaku. Tindakan itu sekali lagi menggambarkan sikap kurang bijak dan cuba mempamerkan keretakan dalam PKR. Kenapa harus ada endorsement sebegitu?

13. Pada saya tektik untuk mempengaruhi perwakilan cabang dengan membuat kenyataan bersama itu boleh membuka ruang perbalahan dalam PKR. Keadaan yang dimulakan itu akan buruk sekiranya ada pula pihak-pihak lain membuat kenyataan sebaliknya dengan menyokong Zaid. Tindakan sebegitu telah membuka pekong PKR sendiri kepada musuh. Musuh dengan mudah menganggap yang ahli PKR dan Senatornya telah berpihak.

14. Selalu terjadi dalam parti politik pergaduhan yang mulanya kecil akan membesar dan kesannya terbawa sampai ke rumah. Ia kadang kala tidak akan mudah hapus dan akan dikenang sampai ke bila-bila. Sejarah sudah menunjukkan semua itu.

15. Apapun keadaan masih boleh dikawal. Ia belum melarat jauh lagi. Anwar Ibrahim selaku orang tua dan penasihat parti hendaknya bangkit segera membuat teguran. Beliau harus menegur kedua pihak supaya tidak menggunakan tektik kotor dalam perlawanan. Beliau tidak boleh membiarkan atas kepercayaan kedua mereka itu manusia cerdik. Apa juga yang penting mengingatkan mereka atau sesiapa saja bahawa pertandingan itu satu keperluan bukan satu kemestian mereka jadi pemimpin.

16. Kita tidak mahu rakyat akan membuat kesimpulan perebutan itu sebagai kegelojohan nafsu kedua-dua calon itu. Adalah malang kalau gara-gara itu nanti akan terdengar orang mengatakan PKR belum apa-apa sudah bergaduh, kalau Anwar jadi PM mungkin pergaduhan akan lebih teruk lagi kerana berebut jawatan dan kuasa.

17. Baik Azmin atau Zaid kalau hendak berseteru pun biarlah secara senyap. Bergaduhlah seperti laki bini yang educated di mana pertengkaran mereka jangan sampai ke telinga anak-anak di luar bilik. Bergaduhlah dalam bilik. Amalkan apa yang dilakukan suami isteri yang bergaduh separuh malam saja kemudian baik sampai ke pagi. Itulah pemimpin yang bijak dan profesional. Jangan.. baik Zaid atau Azmin membawa petaka baru dalam PKR.

11 comments:

zamsalam said...

YAKJUJ MAKJUJ DI AKHIR ZAMAN..
1. Fakta: Dimana ada Kekacauan disitu ada Yakjuj Makjuj..
2. Kebetulan: PKR ada kekacauan, disebaliknya ada penasihat yang bernama anwar ibrahim..?
3. Pemimpin yang bertakwa, sentiasa bermunajat memohon rahmat dari Allah swt.
Pemimpin yang bertakwa akan membawa keamanan bukan kekacauan.

zamsalam.sabah.

p/s: Sempena bulan Ramadhan, kita doakan kesejahteraan semua pemimpin islam agar dikurniakan taufik & hidayah dari Allah swt.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,
Saya ingin mengulas tentang satu perkataan yang Sayuti sebut "Kerajaan UBN".

"UBN" adalah untuk UMNO-Barisan Nasional. Maksudnya untuk tunjukkn yang dalam BN yang jadi kata pemutus ialah UMNO.

Ianya dijaja terutamanya untuk timbulkan kebencian pada orang bukan Melayu kononnya BN hanya kuda tunggangan UMNO. Dan hasutan ini agak berjaya. Malah orang Melayu jenis lupa diri ini juga malu yang UMNO menguasai BN.

Bagiu saya Alhamdulillah yang ada juga parti Melayu yang berkuasa dalam satu gabungan yang memerintah Malaysia.

Kedudukan UMNO dalm BN samalah seperti DAP dalam PR. PR sebenarnya ialak DAP-PR. Kerana DAP sebenarnya menguasai PAS dan PKR.

Kenapa UMNO capai satus utama dalam BN. SENANG SAJA. Kerana lebih separuh kerusi BN dimenangi UMNO.

Di Perak, dari 28 kerusi dimenangi BN dalam 2008, 27 dari UMNO dan 1 MCA. Di Pulau Pinang, 11 kerusi bn semuanya dari UMNO.

Di Selangor, dari 20 kerusi BN, 18 dari UMNO. Jadi, secara auto,atik, pengaruh UMNO merlebihi pengaruh parti Gerakan, MCA, MIC.

Saya bersyukur. sekurang-kurangnya ada satu parti satu akidah dengan saya yang berkuasa dalam BN.

Apa yang sayuti tak suka sangat. Dia mimpikan UMNO dalam keadaan PAS ke. Melukut ditepi gantang saja.

Anonymous said...

sayuti ni gaya mcm pandai, tapi kadang tu bangang jugak. pelik aku..

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya ingin ulas berkenaan cara untuk UMNO menghadapi pilihanraya akan datang.

Pilihanraya ini penting kerana jika UMNO tumbang, maka berakhirlah kuasa politik orang Melayu( semestinya islam). Jika UMNo tumbang, maka hendaklah kita semua bersedia diperintah oleh DAP.

1) Pastikan MCA , Gerakan bertanding dikawasan majoriti Cina. Membiarkan kedua parti bertanding dikawasan Melayu akan merugikan Melayu sendiri.

Bila MCA contohnya hanya bertanding dikawasan majoriti cina, barulah ia sedar yang ia terpaksa membalas dakyah DAP untuk kekal relevan.

Selama ini MCa, Gerakan berdiam diri seolah mengiakan segala fitnah DAP. Ini kerana mereka tak bimbang kalah dikawasn Cina kerana mereka masih boleh bertanding dan menang dikawasn Melayu.

Dengan UMNO benarkan mereka hanya bertanding dikawasan Cina, mereka akan sedar "zaman subsisi UMNO" sudah tamat.

2) Beberapa personaliti UMNO jangan dicalonkan bertanding. Yang paling perlu dibuang ialah Hishamudin( nampak terlalu lembik), Khairi( dilihat lebih pertahankan kepentingan diri), Bung Mokhtar( kerana menipu kahwin artis).

3) Najib mesti buang budaya lantik calon kalah pilihanraya sebagai Senator dan Menteri.

4) Najib sendiri mesti buang budaya beri bantuan pada sekolah Cina setiap kali menjelang pilihanraya. Sebaliknya tumpukan pada orang Melayu yang setia sokong kerajaan.
Bantuan pada sekolah Cina HANYA ELOK diberi jika BN menang dikawasan itu.

shamshul anuar said...

YANG KITA TAK TAHU PERKARA PERLEMBAGAAN.

Selalu kita dengar ahli politik bukan Melayu cakap sekolah Cina dan Tamil dijamin dalam Perlembagaan.

SALAH. Yang dijamin dalam Perlembagaan ialah hak untuk mempelajari dan mempraktikkan bahasa ibunda.

Yang perlu Najib buat ialah jangan lagi luluskan pembinaan sekolah Cina dan Tamil. Disekolah kebangsaan yang hendak dibina, adakan kemudahan untuk matapelajaran Bahasa Tamil dan Cina supaya kanak kanak bukan Melayu boleh belajar bahasa ibunda.

Memisahkan kanak kanak dari usia kecil( dengan sebab sekolah berlainan) akan menimbulkan masalah seperti yang kita hadapi sekarang.

Abdul Hayee Zabidin said...

Tahniah saudara Shamshul anuar. Komen anda sangat bernas.

Melayu Pasir Gudang said...

tahniah sdr.Azli.

Orang -orang PKR perlu sedar bahawa penyakit "busuk lagi membusukkan" ini adalah kerja-kerja dari air tangan al juburi wal yahudi, masa dalam UMNO dulu pun macam nie,setuju dengan kata zamsalam.Dan negara akan lebih busuk lagi membusukkan kalau dia nie jadi PM.

Dan tahniah juga kpd sdr.samsul anuar seorang anak muda yang menyimpan segala "benih" untuk mempastikan "tak melayu hilang di dunia"

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen saudara shamshul anuar yang bernas...

Anonymous said...

Jambu tetap jambu....

Anonymous said...

Saudara Melayu Pasir Gudang,

PAS dihinggapi satu penyakit hati yang boleh menjerumus sesiapa yang mengidapnya ke neraka iaitu RIAK.

Saya nampak PAS perasan yang hanya PAS saja yang Islam, orang lain tak boleh cakap pasal Islam.

Perangai PAS ini mengingatkan saya akan cara Pope ( dalam tradisi Kristian) dulu kla yang menguasai Raja Raja kristian eropah dengan mengugut mereka akan "excommunicate" maknyanya dihumban ke neraka jika ingkar perintah Pope.

Cara PAS bertentangan dengan cara Nabi Muhammad SAW. Nabi tegas mempertahankan ugama tetapi Baginda amat dikenali kerana sikap beliu yang terpuji. Bagind tidak memaki hamun atau mencarut berselang seli dengan ayat Keran.

Baginda tidak ubah "fatwa" untuk cari populariti. Berbeza dengan PAS. Yang keluar dati mulut pemimpnPAS banyak perkataan uyang melambangkan kerendahan akhlak mereka.

Berbuih mulut pemimpinPAS sebut pasal penubuhan Negara Islam tetapi mereka sendiri siang malam meruntuhkan kebesaran Islam dengan memfitnah.

Cara PAS tunjuk mereka tak beri ruang pada UMNO. Terlalu zalim sangatkah UMNO sampai tiada langsung kebaikan UMNO disebut.

Diberi bonus dituduh tak tahu urus ekonomi. Tak diberi dituduh tak prihatin.

Menentang kalimah Allah diguna oleh Kristian, UMNo dituduh mahu takutkan Melayu supaya menyokonnya. Padahal, PAS buat buat lupa peribahsa "Lulus jarum luluslah kelindan", maksudnya mula mula kongsi nama Tuhan , esok lusa kongsi askidah.

Benda yang boleh mengelirukan akhirnya akan mengelirukan. Dari sini saya nampak Nik aziz tak jujur.

Muhammad Azli Shukri said...

politik akan terus kotor daN DIKOTORI..