Tetamu Kehormat...

September 21, 2010

PKR 2010 : Siapa Ganti, Siapa Mati? Ayuh Kita Sokong Zaid!


Berikan Sokongan Anda
Kepada Zaid!



1. Sebenarnya keputusan pemilihan pucuk pimpinan PKR sudah pun dijangka siapa yang menang dan siapa pula yang kalah. Dalam keadaan Anwar Ibrahim begitu berkuasa, beliau mempunyai peranan menentukan barisan kepimpinan yang beliau ingini. Namun demikian, kita sebagai orang luar sememangnya berharap agar Azmin Ali kecundang, sekali gus mengecewakan Anwar Ibrahim. Mengapa kita perlu memenangkan Zaid Ibrahim?

2. Jawapannya mudah: 1. Untuk memastikan legasi Anwar berakhir. 2. Mengurangkan kuasa mutlak Anwar dalam PKR. 3. Menggembirakan hati Wan Azizah dan Nurul Izzah yang membenci kelibat Azmin. 4. Menyedarkan Anwar bahawa beliau tidak boleh membuat sesuka hati dalam PKR. 5. Mengembalikan kuasa Wan Azizah sebagai presiden PKR dan 6. Zaid diperlukan agar menjadi pemimpin yang bukan bersifat pak turut dan menuruti kehendak Anwar semata-mata.

3. Dalam hal ini, saya berterus-terang menyokong seratus-peratus Zaid untuk menewaskan Azmin Ali, sekali gus melukakan hati Anwar Ibrahim - kerana kunci kejayaan Anwar selama ini ialah Azmin Ali dan Shamsidar Tahrin. Menumpaskan Azmin bermakna mencederakan Anwar - dan inilah yang kita idam-idamkan selama ini.

4. Justeru itu, saya dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, menyeru kepada semua ahli PKR yang bakal mengundi November depan, bersungguh-sungguhlah pada kali ini melakukan transformasi dan reformasi dalam PKR dengan sebulat suara memilih Zaid Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu! Hidup Zaid Ibrahim dan Nyah! Azmin Ali. Takbirrr!!!

5 comments:

Anonymous said...

Susah jugak nak pilih nii.... Azmin memang 'bayang' Anwar.., malahan kekadang lebih berkuasa dari Anwar.., tapi dia ni kelihatan .. >>ulang sekali lagi,..KELIHATAN lebih "Islamik" dan "Kemelayuan" dari Zaid ni....
Zaid kureng sikit bab2 tu....
Camana nak pilih n, boss?

PKR Kelate..

Anonymous said...

lebih susah pilih mereka dari pilih UMNO dan PR.......

Anonymous said...

Muking Zaid bolih bawa perubahan dalam PKR di gandingkan dengan Kak Jijah suara suara sumbang dalam pkr akan di hapuskan dalam pkr walau pun Azmin ada lah nadi pada Anuar tak mesti Azmin harus dimenangkan kalau pak Zaid menang kemukinan pkr akan kembali berjuang diatas landasan yg betul tiada lagi flip flop dalam parti masa itu Anuar akan keseorangan walau pun kak jijah isteri nya sudah puas kak jijah berkorban untuk suami nya cukup lah jangan sampai parti nak di gadai nya masa PKR membuat kerja dan membela rakyat saperti sologan pkr KEADILAN RAKYAT bukan keadilan untu Anuar.HIDUP PAK ZAID.

Muhammad Azli Shukri said...

walaupun saya tidak menyukai zaid, tetapi zaid sekurang2nya tidak hipokrit, ia berbeza dengan azmin...

Anonymous said...

lee,

azmin jambu..hihihihi