Tetamu Kehormat...

September 24, 2010

PAS Perlukan RM 400 Ribu Untuk Doa Dimakbulkan Allah?


PAS Perlukan Setengah Juta
Untuk Doa Dimakbulkan Allah?



1. Bagus juga kalau kita cuba fikirkan apa yang ditulis oleh Zulkifli Noordin di bawah ini. Mengapa PAS semakin menjadi tidak waras? Seolah-olah Doa di Malaysia tidak lagi mencukupi dan tidak dimakbulkan oleh Allah? Perlukah kita membawa 40 Ustaz ke Mekkah semata-mata untuk berdoa dengan kosnya melibatkan hampir satu juta ringgit? Apakah untuk dimakbulkan doa oleh Allah, PAS memerlukan setengah juta? Fikir-fikirkanlah tentang pembaziran ini. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Baca Tulisan Zulkifli Noordin di bawah :


Salam 2 all.

Teman agak terkejut membaca laporan bahawa sebuah Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Minyak Kelantan mengadakan perancangan membawa 40 orang ustad untuk sembahyang di Masjidil Haram untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas (laporan penuh teman siarkan dibawah yop). Teman dah check dan double check laporan tersebut untuk pastikan kesahihannya (pase teman tak mau jadi macam setengah pak-pak jangoat main rembat je apa pemfitnah dan pembohong sumbatkan ke kepala dema yop, peh tu ngembek sakan macam fitnah tu betoi, langsung tak check walaupun ALLAH suruh check dulu). Dan teman dapati memang laporan tu betoi yop.

Sebenarnya tak salah buat sembahyang ni dan doa mintak pada ALLAH, tapi yang mengejutkan teman kos sembahyang di Mekah ini ialah RM400,000-00!! Dekat setengah juta yop!!

Isyk..isyk..isyk..tak boleh ke sembahyang hajat tu buat di Stadium Kota Bharu je yop! Atau kat Stadium Darul Aman Kedah ke, atau mana-mana masjid yang berlambak dalam negara ni.

RM400,000-00 kalau bagi orang miskin buat rumah RM25,000-00 sebijik dah lebih 15 rakyat miskin dapat rumah. Kalau bagi fakir buat haji, 45 orang susah dah selesai tanggungjawab menunaikan rukun Islam. Banyak boleh buat dengan RM400,000-00 tu yop!!

Teman tak mau nak komen banyak sangat, nanti pak jangoat terkentut-kentut pulak. Tapi mengkome semua pikio sendiri lah yop. Naik riso juge teman dengan keghairahan dema mengejor royalti ni. Kalau pikio balik-balik yop, agaknya ada hikmahnya kot ALLAH tak bagi royalti ni. Tau ajelah yop, bab duit ni, jangankan ustad, adik beradik pun sanggup berbunuh yop!

Malahan Rasulullah saw sendiri pernah berpesan (lebih kurang mafhumnya), "aku tidak takut kamu (umat Islam) di uji dengan kemiskinan, tetapi aku lebih khuatir kamu dicuba dengan kesenangan!!". Berapa ramai yang dah tumbang apabila di uji dan dicuba dengan tiga "ta" ini..takhta..harta..wanita..!

Pada teman lah, daripada perabis dekat setengah juta untuk mintak duit dan kekayaan, lebih baik kita bermunajat mintak doa supaya ALLAH berikan keberkatan dan toyyibah kepada kita. Wallahua'lam.

Tepok dada tanya iman ajelah yop!

Adios amigos..grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
13 Syawal 1431
22 Sept 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Laporan di MalaysiaKini bertarikh 22.09.2010)

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

Abdul Rahim Sabri 22 Sep, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.

"Sejak dilancarkan pada 2 Syawal yang lalu, kita baru sahaja mendapat tidak sampai RM20 ribu... Kita akan bawa mereka selepas daripada musim haji. Sebaik sahaja visa umrah buka, kita akan pergi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Laman web rasminya www.munajatroyalti.com serta laman Facebook untuk kempen itu, Misi Munajat Royalti Rakyat melaporkan, kempen itu diwujudkan supaya semua rakyat dapat menyatakan sokongan terhadap usaha itu.

Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.

Mengulas lanjut, Md Zulaimi berkata, pihaknya kini sedang mengedarkan dan menjual 'kupon penajaan rakyat' untuk diedarkan kepada anak-anak Kelantan yang berada di dalam dan di luar negeri itu sebagai sokongan kepada tujuan tersebut.

"Sebanyak 100 ribu kupon yang berharga RM10, telah dicetak dan mula diedarkan sejak Isnin lalu," kata Md Zulaimi sambil mengalu-alukan sumbangan daripada sektor koporat.

Selain itu, katanya, usaha sekretariat tersebut telah mendapat sokongan daripada beberapa NGO antaranya, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) dan Persatuan Anak-anak Darul Naim (PERSADA).

Menurutnya, pihaknya telah menentukan identiti 40 ulama dan tok guru pondok yang akan bermunajat dengan di Masjidil Haram antaranya Tuan Guru Husin Ibrahim daripada Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

"Beliau juga bertindak sebagai pengerusi munajat tersebut," katanya sambil menambah bahawa pelancaran tabung tersebut di peringkat Kelantan dijadual berlangsung pada Oktober depan.

Menurut Md Zulaimi lagi, perlancaran tabung di Lembah Kelang dijadual pada 14 November nanti di Stadium Bangi, Selangor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebelum ini dilaporkan tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun ini. Jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa Petronas melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.

Berikutan itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu

3 comments:

Anonymous said...

pas ni suka main gimmick. last2 kena trap dgn permainan sendiri. dihujung2 hayat politik nik aziz. nama beliau dah membusuk hinga ke etophia.

Anonymous said...

Mula-mula tu PAS minta 40 ulama bermunajat di di atas Bukit Panau. Tapi maklumlah ulama pun perlu motivasi juga barulah mereka boleh doakan. Pas pun fikirlah macam mana nak suruh 40 orang ulama ni berdoa. Justeru di tawarkan ke Mekah dan tinggal di sana 40 hari. Ulama mana tak nak kalau semua tanggung beres.Lebih-lebih lagi kalau yang tak pernah pergi. Saya pun nak juga kalau di tawarkan. Saya syorkan agar PAS cetak borang tawaran. Sudah tentu beduyun-duyun pak lebai-pak lebai isu borang. Lepas tu buat sisi temuduga untuk pilih 40 orang.

Anonymous said...

zuhud konon! tak mengejar kekayaan donia! tapi makin lamo makin parok puak2 ni lahapkan pitih!

sanggup pulak kenakan penyokong2 minta duit melalui jualan kupon. macam nak masuk expo ja beli kupon! iyala, tak dapat pergi mekah bagila ka tok alim2 demo tu gi...tumpang barokahla tu. orang miskin tak berduit jugakla jadi mangsa, kena tipu manjang...

dahla macam2 cara puak2 ni 'rompak' secara halus duit penyokong2..nak berbuka dgn n.ajis pun kena bayar! mana nak dapat berkat tok guru oi kalu semuanya berbayar sedangkan harta tok guru hok berjuta2 tu tak habih makan tujuh keturunan!?!!!!

gi tengok plak blog2 puak2 pas ni penuh dgn rayuan2 mintak derma, sedekah, siap bui nombo akaun bank itu ini!!! dasatnya berjuang utk islam! asyik 'merompak' penyokong cara halus!

teringat gambar2 org2 kanan penceramah2 pas ni berlonggok membilang duit tadahan kopiah selepas tiap kali ceramah!!!! memang dasar menghambat donia sungguh! jgn kata la penyokong2 redho. walhal ada yg 'berlumba' menderma bersedekah tu kerana dijanji syurga parti semata2. dakpun malu aloh ngan saing bui depan mato! nak bui duit ke anak bini punyala susah sampai bbalah...

tokku