Skip to main content

PAS Gugurkan Perjuangan Islam Di Bulan Ramadhan!


Kita Berdosa Undi PAS


Sekarang sudah terang lagi bersuluh - bahawa PAS secara rasmi mengaku bahawa Hukum Hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali, sekiranya PK memerintah negara ini. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa PAS secara rasminya telah mengikut telunjuk DAP. Maka, dalam Islam, sesiapa sahaja yang mengikut telunjuk kaum kafir dan menggugurkan perjuangan Islam atas alasan takut dengan musuh Islam - maka, aqidah mereka boleh tergelincir. Justeru itu, pada hari ini juga, secara rasminya kita menyaksikan bahawa PAS bukan lagi sebuah parti Islam, malah parti tersebut sama sekali tidak lagi memperjuangan Islam.

PAS sudah tidak ada bezanya lagi dengan UMNO. Malah, mengundi PAS pada kali ini mungkin akan dikira jatuh berdosa - kerana parti tersebut secara terang-terangan sudah mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Hudud - maknanya, PAS akan tetap mengekalkan perlembagaan penjajah - yang selama ini mereka gelarkan sebagai perlembagaan thogut. Jadi, masih adakah para penyokong PAS yang tidak sedar-sedar lagi? Sesungguhnya, tiada dosa yang lebih besar daripada menggugurkan perjuangan Islam. Sezalim-zalim UMNO, sejahat-jahat UMNO, seburuk-buruk UMNO, UMNO tidak pernah sanggup mengisytihar secara terbuka bahawa parti tersebut tidak mahu melaksanakan hukum Hudud.

Sebaliknya PAS sanggup mengubah perjuangan mereka, semata-mata mahu menjaga hati DAP dan kemaruk dengan kuasa. Malah, selama ini, keinginan PAS yang mahu mengIslamkan perlembagaan negara, mahu mengIslamkan Malaysia, mahu mengIslamkan pentadbiran negara - hanyalah slogan dan omong kosong. Akhirnya Islam gaya PAS hanya menyebabkan kita berlutut dan meraih simpati kepada DAP - jadi, siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam? UMNO atau PAS? Sudah, di bulan Ramadhan ini, eloklah ahli PAS bertaubat dan segera tinggalkan parti tersebut dengan segera, sebelum Malaysia ditimpa bala! Baca laporan Utusan Malaysia di bawah.


KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.

“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.

“Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan yang pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini. Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, cita-cita Pas untuk menegakkan syariat dan sebuah negara Islam tidak pernah berubah tetapi pelaksanaannya bergantung kepada persediaan masyarakat yang juga pengundi.

“Rakyat Malaysia iaitu pengundi, walaupun pilih Pakatan Rakyat tetapi mereka belum bersedia untuk menerima pelaksanaan (hukum hudud) kita tak jadi masalah.

“Selama ini kita bagi tahu nak laksanakan negara Islam pun bukan nak memaksa, tapi dilaksanakan dengan persetujuan pengundi, itu paling penting. Sebab, bila rakyat setuju soal perlembagaan sekular tak berbangkit dah,” katanya.

Comments

pacat said…
berkat bulan puasa semakin teserlah topeng PAS selama ini.. tapi..
malangnya juak2 PAS sentiasa menutupi MATA.. FIKIRAN.. OTAK dan HATI mereka kepada kebenaran!!!
malang oh! malangnya !!!
Anonymous said…
lagi kecit jadi pas dah besar jadi umno. hahaha...

parti islam temberang terbesar malaya broo....

zek
Anonymous said…
Allah itu maha besar apa lagi nak dikatakan mereka sendiri yg tolak hukum tuhan kalau org yg tidak jujur merperjuangkan hukum nya tidak tetap pendirian mereka allah akan tutup pintu hati mereka buat selama selama nya dari itu org melayu harus tolak pas kerana mereka pentingkan kuasa dan kemewahan saja niat tiada langsung untuk memperjuangkan islam.
mat said…
org tengah kemaruk kuasa memang mcm tu la. tah hairan pun. habis tu kalau masyarakat tak nak hukum islam sampai kiamat, amacam? tokoh PAS tolol yg takde pendirian. buat statement guna akal la bro. kutuk BN yg tak laksana hukum Islam bukan main lg. 2x5, 5x2 korang ni.
Anonymous said…
So what? What do you care?

Kami sebagai penyokong PAS tegar, akan terus menyokong PAS walau apa pun berlaku.

Kalau disuruh makan taik pun kami makan. Kami semua bukan ada otak pun. Kami ikut aje. Kalau tak ikut nanti dia kata kami masuk neraka.

PASTegar
Anonymous said…
Apa kata ustad-ustad PAS yang dok sentiasa berceramah dlam masjid atau surau. Masih kah mereka tidaks edar apa yang mereka tegakkan selama ini hanya lah mainan politik..
Itu lah politik ... jadi jangan lah masih mengatakan UMNO tidak betul, umno tak islam umno tak segala nya.
Fikir-fikir lah hari yang akan dilalui agar sempat bertaubat.
hangkedee said…
berceramah bermula dengan selawat dan ayat ayat suci apabila dipertengahan penuh dengan caci maki hamun.Kesan nya kita tenguk hari ini tidak berani mempertahankan perjuangan negara esle.Dimana membangun bersama esle?kenapa membangun bersama kafir harbi?mengapa takut kepada dap yang berkiblatkan PAP singapork?
azlishukri said…
inilah yang dinamakan sebagai PAS
Dot said…
salam tuan empunya blog,

izinkan saya mencetak entry ni utk diedarkan di mana2 tempat ahli pas bertenggek supaya adalah di antara mereka yg terbuka mata hati utk melihat pembohongan terbesar yg ada pada parti kebanggaan mereka selama ni. mohon dilinkkan sama ke blog saya.
tk tuan.
anakkelate said…
memang dasar otak singkat korang semua ni. tengok zaman la wei. dulu zaman lain. skarang zaman teknologi dah. kenala sesuaikan dengan zaman sekarang. ye, aku tawu hudud tu wajib tapi cube la bayang, korang yang dok asrama penuh dulu, pernah curi selipar jepun tak? pastu kalau die potong kaki korang cane? alamat sume orang kudung kaki kudung tanganla. takde polis, takde cikgu, takde posmen sume takleh nak buat keje. yela, dah sume kudung. lagipon, korang ni sume temberang! cakap jer nak buat hudud, kalo betol2 buat aku jamin akan ada protest. aku jamin.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s