Tetamu Kehormat...

September 7, 2010

Nurul Izzah Jahil dan Keliru : Yang Tinggal Hanya Kejelitaan


"Nurul Izzah Jahil dan Keliru"
- Prof Zainal Kling


1. Saya tertarik dengan kenyataan Tan Sri Khoo Kay Kim yang jelas bahawa mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan keistimewaannya merupakan golongan yang jahil dan buta sejarah negara ini.

2. Soalan kedua, bagaimana seorang ahli parlimen yang bernama Nurul Izzah boleh terlalu jahil dan buta terhadap sejarah Malaysia? Apakah ahli-ahli parlimen pembangkang juga jahil dan buta sejarah seperti Nurul Izzah?

3. Nampaknya, sistem pembelajaran matapelajaran sejarah di sekolah-sekolah telah gagal mewujudkan sebuah generasi muda yang memahami asal-usul sejarah negara dan kedudukan orang Melayu. Buktinya ialah kejahilan Nurul Izzah. Beliau adalah generasi muda pelapis negara yang kononnya ingin menegakkan keadilan dan kebenaran di negara ini. Soalnya bagaimana keadilan dan kebenaran bisa ditegakkan sekiranya empunya diri pun terlalu jahil dengan perlembagaan negara?

4. Memang benar Nurul Izzah tidak layak menjadi ahli parlimen - beliau bukan sahaja tidak mempunyai pengalaman memimpin, bahkan terlalu naif dengan dasar dan perlembagaan negara. Ahli parlimen seperti beliau hanya merosakkan negara dan imej dirinya sendiri sebagai seorang wakil rakyat.

5. Jelaslah sudah, bahawa Nurul Izzah hanya mahu memperjuangkan agenda bapanya sahaja. Tidak lebih daripada itu. Sikap dan tingkah laku beliau tidak ubah seperti Anwar Ibrahim - sebelum ini beliau memfitnah Angkatan Tentera Laut Malaysia, dan kini sekali lagi beliau buat hal dengan memperbodohkan rakyat. Baca laporan di bawah :


KUALA LUMPUR, 6 Sept — Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan. Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)...jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong. Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil. Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘‘hak orang Melayu’’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen. Berang dengan kenyataan wakil rakyat Parti keadilan Rakyat itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya. Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya. Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini. Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita Nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman. — Bernama

18 comments:

Anonymous said...

kalo YB Izzah jahil..takkan org pangkah dia utk jadi wakil rakyat depa.....Bagusgakdiajelita..ni asyik yg berkedut dan mengharapkan cucukbotoxje utk menambah seri yg pastinya dah takde seri....yg susah kalau pakai susuk...masyaAllah..

Muhammad Azli Shukri said...

kalau UMNO zalim dan jahat..takkan org dok pangkah UMNO jadi pemerintah Malaysia...pikir la sikit beb...

Anonymous said...

Saya suka prof khoo..buku sejarah dia byk saya membaca semasa buat persiapan SPM lewat 80an.

Saya tak faham byk org kata UMNO zalim? Tp kalau di'compare"kan sekarang zaman LGE di Pulau Pinang lah saya boleh klasifikasikan sebagai manusia mempunyai hati dan perlakuan yg zalim sbb tak pernah pula dlm sejarah Pulau Pinang orang melayu dihalau atau gerai/restaurant mereka dirobohkan, tiada kacau bilau, kini sebaliknya berlaku.

Pada pendapat saya, pelajaran adalah penting, selagi kita mampu dan berusaha (setengah dr org melayu menganggap belajar membosankan jd tak lulus darjah 3 pun ok). Malah kerap kerap membaca dari pelbagai sudut, gunakan otak untuk berfikir baik dan buruk, jgn percaya cakap cakap yg tidak boleh dipercayai kalau sangsi, byk saluran boleh kita layari.

Pada mata saya. student kaum lain esp cina, tumpuan cukup kuat pada pelajaran, walaupun kita nampak mereka agak uptodate kalau nak compare dgn anak muda yg berpeleseran tepi jalan berpakaian entah apa-apa. Begitu juga dlm politik mereka secara senyap senyap cukup bersatu padu dan menyokong sesama mereka, di luaran mata kita mereka mungkin memberi komen untuk menyenangkan kita tetapi dibelakang hanya ALLAH SWT yg tahu betapa sakitnya mereka dgn kita. Kita tidak faham bahasa mereka tetapi mereka kutuk kita pun boleh senyum dan menganggap mereka memuji kita.

Jadi, kalau kita org melayu tak bersatu, maka bodohlah kita, kerana kita sedikit demi sedikit telah diperbodohkan oleh mereka malah, org melayu yg ultra cina pun mcm izzah yg ada darah cina pun sanggup memeperlekehkan org melayu.

Anonymous said...

yang pangkah budak ni pun dah menyesal. Budak ni memang tak layak menjadi wakil rakyat. Dia hanya layak jadi wakil mak bapak dia saja. Pembangkang memang mulut jahat. Jika kita komen depa, dia patah balik komen pemimpin kerajaan. Sehingga rupa paras dan peribadi orang di komennya. Sejak saya kecil, tak ada lain yang jadi isu pembangkang, rupa paras orang saja yang dikutuk. Pada mereka semua pemimpin kerajaan jahat dan bakal masuk neraka, sebaliknya diri mereka diolah sebagai makhluk pilihan Allah.

Anonymous said...

Sukatan matapelajaran Sejarah di sekolah semakin dikurangkan 'taringnya' atau kurang menyengat untuk diterapkan nilai patriotik. pelajar hanya menghafal untuk lulus peperiksaan. Tidak menghayati samasekali erti patriotism. Guru-guru pula tidak menyokong hasrat negara. mereka hanya mengajar apa yang tersurat. Nak bercakap lebih fasal semangat Melayu, bimbang budak bukan Melayu kecil hati. Terlalu jaga hati, terlalu takut, itulah fenomena guru yang menyokong kerajaan. Jika mengajar bab kemerdekaan negara, tidak dapat lari dari menyebut perjuangan UMNO. Adakah kita lupa bahawa lebih dari separuh guru di setiap sekolah penyokong pembangkang? Jujurkah mereka nak menyebut jasa UMNO ?

Anonymous said...

saya tak pernah nampak kejelitaan YB ini. Yang saya nampak ialah wajah tidak ikhlas, mata cengkung mengandungi kebencian dan bibir yang hanya menanti untuk menyanggah orang

minta maaf, dia tidak jelita.

Anonymous said...

1. kat mane jelitanya. tolong la penulis blog ni tukar tajuk.
2. anon 9:03am. kau tu pengundi kat lembah pantai ke? dulu aku pangkah sebab nak kasi warning sama pak lah, tak sangka pulak jadik lain.tapi menang perangai sebijik macam ayah dia. bodoh.
3. harap dapat ambik tindakan. saman berbillion billion. lepas tu tengok muka dia, dari cantik (org bodoh je boleh nampak) jadi lakhnat.

Anonymous said...

nurul izzah ni cantik /jelita sebab dah dapat "batang" baik punya... kerja nurul izzah sekarang ni ialah,,, malam mengangkang dan dapat klimaks,,, siang jaja fitnah... tu je cukup 9 bulan beranak.... siapa yang untung? suami nurul izzah jugak lah

hangkedee said...

INi spesis melayu keparat dah tak suka di malaysia ke INDon la gok~!!!!

YB Raz said...

izzah ni mana sekolah..budak lain sekolah, dia sibuk terpekik terlolong pasal ISA.

tu pasal benak semacam.

dia ni buget muka je lah macam artis. padahal hampas.

YB Raz said...

pemerintah yang zalim kat malaysia adalah kerajaan pas, pkr dan dap. hanya tunggu laknat tuhan je turun pada mereka.

Anonymous said...

Jelita masa anak muda jer, bila dah kawin habis la jelita.

mengulas sejarah mengikut tafsiran sendiri lebih bahaya, bukan bahaya buat diri sendiri malah lebih berbahaya bagi yang mendengar ulasan kita yang akan menjadi modal bualan politik sahaja....elakkan mentafsir sejarah bila mana ilmu sejarah sendiri cetak di hati.

kusut dan mengusutkan, sesat dan menyesatkan

Anonymous said...

korang ni betul lah..kalo takde pembangkang...pastinya wang negara abis kena bedal....tp pangkah sbb dah takde pilihan bro..umno mmg tak zalimnjahat..tp org yg kat dalam tu.....umno hanya nama parti...kuikuikui..

Islam Hadhari Trengganu Bestari

Anonymous said...

Sesiapa kat sini yang ada direct access dengan keluarga PUAKA ni, nak minta tolong sampaikan pesanan kat NUrul Izzah...Pesanan ringkas je:

"Kami tak pernah lupa yang bapak ko sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan kes LIWAT"

Anonymous said...

dulu aku ngaku izzah ni memang cantik. putih mulus je baik rupa mahu pun tingkah laku. tapi sekarang ni smua tu dah tak ada. wajah dia dah tak ada seri. yang ada cuma rona kebencian, dendam kesumat. mungkin tu sebab menghilangkan seri dan kecantikan wajahnya.silap gaya nanti dia ni tua sebelum usia sebab hati tu tak bersih, kotor lagi menjijikkan. sayang seribu kali sayang.

Anonymous said...

UMNO dah nazak..dah nyayuk...harapkan pagar...pagar makan padi..harapkan umno..umno makan melayu....membusuk hingga ke usus seperti kata Dr mahathir...UMNO bungkus masuk kubur..piiirahhh

Anonymous said...

prof zainal kling=prof kangkung

izzah anwar=best student UNITEN
maizura mahathir=tomboi?

http://zulmamakpng.blogspot.com/2010/06/anak-mahathir-gay.html

http://syukran.wordpress.com/2009/09/10/anak-mahathir-dilantik-jadi-pengarah-syarikat-arak-terbesar-di-philipina/

http://pasmaras.blogspot.com/2011/03/bukti-anak-mahathir-minum-arak.html

ada otak pikir..cukupx2la kena bodo dengan pencacai umno

Anonymous said...

nurul izzah best student uniten zaman anwar kena jail...bukan calangx2 orang dia ni.....