Tetamu Kehormat...

September 22, 2010

Nik Aziz Serius Ke Nie?


Betul Ke, Nik Aziz Nie?

Saya tidak mahu menuduh sesiapa pun dalam hal ini, namun demikian apabila sesuatu perkara itu melibatkan unsur-unsur rasuah, apatah lagi dengan jumlah yang besar seperti RM4 bilion - iman siapa yang tidak bergoncang? Tidak mengiralah orang itu berstatus ulama, tok guru mahu pun dilabelkan sebagai wali - iman mereka bisa sahaja berceramuk. Perkataan "akan" menyenaraihitamkan syarikat I'DA World Group Sdn. Bhd, hanya semata-mata kerana syarikat tersebut "menderma" RM4 billion kepada PAS, masih boleh dipertikaikan, hal ini adalah tidak adil kepada syarikat tersebut yang seolah-olah telah pun dihukum sebelum didapati bersalah.

PAS bukan sahaja tidak adil kepada syarikat tersebut dengan melakukan ugutan akan menyenaraihitamkan syarikat itu di Kelantan, bahkan lebih zalim lagi, PAS turut "menyebat" duit tersebut, ibaratkan dengan kata-kata, "Sudahlah duit aku korang balun RM4 Billion, last2 syarikat aku pun korang nak blacklistkan, apa nie bro?, dahlah ambik duit tu, hulur-hulurlah sikit projek." Saya sedih kerana, yang menjadi mangsa dalam hal ini sudah tentulah syarikat I'DA World Group tersebut. Inilah yang dikata sebagai, "Nak diluah mati emak, nak ditelan mati bapak". Caya la PAS! Takbirrr!! Baca kenyataan Nik Aziz di bawah :


KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya.

“Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya. Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti.

Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru. Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak.

Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. “Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya.

8 comments:

akmy said...

Yang syarikat ni pun satu, nak derma diam-diamlah, jangan orang lain tahu. Dulu kan dah terjadi dalam isu sponsor pakej haji 69 ribu seorang, nik aziz dah nak hampir pergi, tapi bila terdedah, dia batalkan terus. Semua ni manusia, tambah pula politik, cumanya PAS ni pandai letak wall paper bertulis Islam. Kalau benar pejuang al-Quran dan Hadis, PAS tidak akan memilih kafir harbi DAP sebagai kawan, seperti amaran dalam surah Ali Imran ayat 28 yang bermaksud, "janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat...seterusnya..." Pejuang Islam sejati tidak akan mengambil untung atau faedah hasil dari perjuangan mereka, seperti harta, duit dan pangkat/kedudukan. Dan yang pling penting, pejuang Islam tidak akan menggunakan cara yang bercanggah dengan ajaran Islam, seperti mengumpat keji, menghina, memfitnah, riak dan takbur; kerana cara itu akan mencemarkan imej Islam.

melayumuda said...

sesungguhnya amatlah jelas mengapa tok guru pondok dahulu mengatakan nik aziz ini menyesatkan..nanti silap2 kalau DAP jual negara masa dah berkuasa, nik aziz cuma cakap "itu saya tak tahu, nanti kita blacklist DAP". percayalah tuan2, nik aziz ialah ahli politik,saya bimbang andai dia yang dinyatakan dalam kitab sebagai ulama jahat...kena kat kerajaan, rasuah, kena katdiri sendiri sedekah..agama apa macam tu..

Anonymous said...

wow!!! banyak nya 4 billion, ikut ilmu hisab 10% paling banyak org derma...dah tentu syarikat ni kaya dah mengalahkan syarikat gergasi kat malaya ni.........

Taktahu lah saya kalau orang malaya lomah ilmu hisab dan angka..

Gempak kot macam jutawan labenon tu...

adf55650 said...

Blacklist dari media je kot. Sapu tu sapu jugak tp tak keluar cerita la...........

Muhammad Azli Shukri said...

harakah sendiri beri kenyataan derma 4 billion..bukan media lain...

Anonymous said...

JANGAN KITA MENOKOK TAMBAH CERITA DENGAN MEMNAMBAH LAGI PROVOKASI.KNP KITA MUDAH MELENTING,SUKA KONDEM ORG YG KITA TAK SUKA DAN MENERIMA PAKAI FAKTA HANYA BERDASAR BERITA SURAT KHABAR?ADA KE KITA BUAT SIASATAN SENDIRI?JGN DENGAN STATEMENT KITA MENJURUS KEPADA FITNAH YG KITA SENDIRI PUN TAK PERASAN.DOSA BESAR TU.
KALAU ANDA SEMUA SUKA BERPERANG SESAMA SENDIRI,TUDUH MENUDUH SESAMA SENDIRI MCMANA BANGSA ANDA NAK KE DEPAN?CUBA KOMEN DENGAN CADANGAN UTK MENAMBAHBAIK BUKAN MENGUSUTKAN KEADAAN. KERANA POLITIK ANDA SEMUA SANGGUP MEMBELAKANGKAN KEHENDAK ISLAM YG JELAS MENYERU MERAPATKAN SILATURAHIM. MUNGKIN ANDA SEMUA SUKAKAN PENGANUT AGAMA LAIN MERENDAHKAN AGAMA KITA YG MULIA INI DENGAN ASYIK MENFITNAH,TUDUH MENUDUH.....'KEMBALILAH KE JALAN YG LURUS'-AMEEN

MANTAN PEJUANG BANGSA

Muhammad Azli Shukri said...

mantan pejuang bangsa elok juga nasihat tuan ini dipostingkan juga di seluruh blog pembangkang...baru adil sikit

Anonymous said...

MEMANG ANA NASIHAT UTK SEMUA PEMBANGKANG DAN PEMERINTAH...DAH JADI TANGGUNGJAWAB ANA MENASIHAT PADA SEMUA..MENAISHAT STAKAT TERMAMPU....CUMA PEMERINTAH JE YG TAK NAK TERIMA ATAU BERI PELUANG UTK DINASIHATI....

MANTAN PEJUANG BANGSA