Tetamu Kehormat...

September 20, 2010

Nik Aziz Semakin Tersisih


Nik Aziz Semakin Tersisih


1. Kenyataan terbaru Nik Aziz menambahkan lagi rasa benci dan meluat rakyat terhadap PAS. Tanpa rasa malu dan berfikir panjang, sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan kata-kata yang memperlekehkan bangsa beliau sendiri. Rasanya tidak perlulah lagi Nik Aziz berbahasa Melayu lagi selepas ini, kerana pada Nik Aziz bangsa langsung tiada nilai di sisinya. Sedangkan di sisi Allah, bangsa merupakan satu anugerah dan bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung. Melalui bangsalah kita saling kenal mengenali, melalui bangsa jugalah kita tahu menghormati orang lain.

2. Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai orang Melayu menjauhi PAS, rasa hormat sudah tiada lagi terhadap parti tersebut, apatah lagi PAS kelihatan semakin tunduk dengan segala kemahuan DAP. Keyakinan masyarakat terhadap PAS terus terhakis sejak parti tersebut secara terang-terangan mengumumkan pengguguran dalam memperjuangkan hukum Hudud dan negara Islam dalam bulan Ramadhan yang lalu. Pemerhati politik melihat hal tersebut merupakan kesilapan paling besar dalam sejarah perjuangan PAS. Perjuangan PAS untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam selama ini sudah boleh dikira sebagai "tutup buku"- tiada lagi perjuangan untuk itu semua. Perjuangan PAS selepas ini, seratus peratus akan ditentukan oleh DAP. Sama ada kita mahu menerima atau menafikannya, realiti yang sebenarnya PAS tetap melutut kepada DAP.

3. Ramai pihak yang mendakwa bahawa PAS akan mengalami bencana dan hukum Tuhan dalam pilihanraya ke-13 kelak. PAS lebih takutkan DAP daripada Allah dalam memperjuangan hukum Hudud. Bahkan kuasa dalam pertimbangan PAS adalah lebih penting daripada perjuangan menegakkan negara Islam. Sudah semakin ramai orang Melayu rasa tertipu dan rasa berdosa menyokong PAS. Baca laporan di bawah :


KETIKA terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu. Ini kerana, katanya, bangsa itu datang secara automatik dan di dalam Islam tiada bangsa yang lebih dan jika ada pun, ia adalah bangsa Arab. Malah, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, sekiranya beliau dijemput berceramah bukan kerana beliau berbangsa Melayu sebaliknya atas nama Islam.

“Bagi saya, kalau saya dijemput ceramah, saya bukan dengan nama Melayu, dengan nama Islam. Cuma kebetulan saya ini nama Melayu.

“Saya tidak berbangga bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik,” katanya pada majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di sini, malam tadi. Menurut Nik Abdul Aziz, bangsa tidak dipentingkan dalam Islam sebaliknya yang dilebihkan ialah takwa kepada Allah.

Beliau memberitahu, kerajaan Pas Kelantan telah menghabiskan wang sebanyak RM7 juta untuk membina sebuah masjid dengan reka bentuk Cina di Rantau Panjang dalam usaha menghilangkan masalah perkauman di kalangan masyarakat. Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan Pameran Cheng Ho November ini yang disertai ramai peniaga Cina Muslim bagi tujuan sama.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang antara lain disebabkan faktor usia yang semakin meningkat. Malah, jelas Nik Abdul Aziz, beliau sendiri selama ini tidak pernah meminta menjadi calon, kecuali sekali iaitu sebelum Pas menyertai parti Perikatan supaya ketika itu percakapannya ada nilai.

Beliau berkata, dengan kedudukannya sebagai Mursyidul Am Pas, maka adalah tidak kena sekiranya beliau sendiri menonjolkan diri untuk menjadi calon. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menolak sekiranya masih ada pihak yang hendak mencalonkan namanya pada pilihan raya umum akan datang.

“Jika parti calonkan saya, saya terima, tak calon tak ada apa lebih-lebih lagi saya tua sekarang ini. Tua badan letih, tapi akal saya sekadar nak lawan UMNO itu boleh lagi,” katanya.

7 comments:

anakmuda said...

nik aziz lebih bangga jika dapat berkawan dengan syaitan seperti apa yang dikatakannya dahulu

anakkelate said...

inilah salah satu cerita tak benar yang nak menjatuh nik aziz. ko nak menjatuhkan ulamak? mane ade ulamak yang main cakap lepas wei. dorang dah berpuluh tahun belajar kat pondok, hijrah merata-rata carik ilmu. korang jer yang suka putar belit ayat dia. korang sume bengong la!

Cencaluk said...

Pok Nik kan lebih baik Pok Nik nyatakan hasrat yang sebenar dari pada memutarbelitkan keadaan.

Sebut sahaja "saya bukan Melayu" kalau Zaid yang suka tonggang arak pun dengan bangga mebulis buku untuk menyatakan dia anak melayu kenapa pok nik tak berbangga menyebut dia anak melayu nampaknya pok nik lebih mabuk dari zaid.

Inilah Islam Tonggang langgang.

Cencaluk said...

Wahai anakkelate kalau tak benar tak ada orang yang nak menulis.

Kalau betul ianya tak benar kenapa Pok Nik tak saman aja UTUSAN MALAYSIA.

Jangan suka nak mencari kesalahan orang lain baik kau bertaubat dan ingatkan Allah jangan lak esok-esok dah terlambat baru kau nak menyesal.

anak kelantan gak said...

anakkelate, boleh jelaskan bagaimana nik aziz itu layak digelar ulama?

Zawawi said...

erm aku pon rasa malu jadi melayu kadang2


orang melayu sendiri xjaga bangsa dia.

orang cina tanya kat aku..kenapa ade orang melayu minum arak.
kenapa ada orang melayu judi.
kenapa?
aku pon x taw nak jawab apa..


kita kluar.
kita boleh tgok anak2 melayu perempuan semau pakai short pain.
pakai skirt.
pakai singlet..
smua tu melayu.
dan islam.

korg x rasa malu ke tgok bangsa kita mcm ni?

anti bohmau said...

salam,

mengapa bila sebut bangsa 'melayu' hanya yg negatif sahaja dipandang?

encik2 yg malu menjadi 'melayu' termasuk n.ajis yg tak bangga dilahirkan melayu tu, nak jadi bangsa apa plak? bangsa arab macam kata n.ajis? baik tak payahla sebab bangsa arab ialah bangsa yg bebal sejak azali lagi. sebab tu Allah SWT menurunkan ramai nabi & rasul dikalangan bangsa yg baber tuh! tengok negara2 arab & pak-pak arab, sampai hari ini masih tak tahu nak bersatu membela palestine, saudara mereka sendiri. tidak ada satupun negara arab yg boleh kita jadikan contoh kerana banyak yg mundur & kalau tidak berperang sesama sendiri, diperangi plak oleh kuasa lain. arab yahudi ialah bangsa yg paling dilaknat Allah. nak jadi arab? biarla dak...

bangsa cina? bangsa india? inggeris? alaa...tak payahla. kalau dah kulit sawo matang, mata hitam/koko bulat, rambut hitam, hidung pesek & kemek, melayu jugakla namanya...kalau tukar warna rambutka, mata, kulit sekalipun dokloroxkan, pun tak dapat nak mengubah jenis bangsa oi!

kalau dah tidak bangga dgn bangsa, nak kukuhkan negara macam mana? tak ada bangsa tak ada la negara. kalau malaya asal negara orang melayu, malaysia pun tetap negara asal bangsa melayu.

mengapa tidak dipandang melayu yg berilmu & alim, yg berjaya mengharumkan nama negara di pelbagai bidang, yg bijak2 mencapai kecemerlangan dlm pelajaran & mencipta nama di persada antarabangsa dlm banyak perkara serta yg berjaya mengenengahkan jatidiri & bangsa melalui kerja2 amal, seni & science & technology? ramai yg berjaya & patut dijadikan contoh membanggakan bangsa. mengapa melihat hanya yg buruk2 saja?

lagipun anak2 remaja melalui zaman lepaslaku sekejap saja. sepertimana orang2 dewasa & tua yg telah melalui zaman 'gawat&gamat' mereka, begitu juga remaja hari ini akan melalui fasa yg sama. bila dah masuk alam dewasa mereka akan berubah & menjadi lebih bertanggungjawab. takkanla yg merempit tu akan merempit terus walaupun dah beruban & beranakcucu? peluang tetap wujud bagi bangsa melayu melakukan perubahan kerana rasanya melayu dah banyak belajar dari sejarah tanahair tercinta & dari apa yg berlaku di dunia luar sana...

sedangkan n.ajis pun zaman remajanya awww!! pop yey-ye gitu... takkan dah lupa kot? tengok foto bersanding dia sudah cukup membuktikan hujah aku ni.. manusia boleh berubah & berjaya bila ada peluang @ terdesak... cuma kita harap & berdoalah agar manusia bernama MELAYU akan berubah menjadi semakin baik, berilmu (alim), lebih bersopan santun sesama bangsa & dgn yg lain serta berkembang maju & disegani...