Skip to main content

Mengapa Malu Mengaku Sebagai Melayu?

Mengapa Malu
Mengaku Orang Melayu?


Oleh Shamshul Anuar
(Baca komen saudara Shamshul yang ditulis dalam posting saya sebelum ini)

1. Setiap tahun berduyun-duyun orang Islam mengerjakan haji dan umrah di Arab saudi. Mekah dan Madinah terletak di ARAB SAUDI. Arab itu bangsa dan Saudi menngambil nama keluarga (bani) yang memerintah negara itu.

2. Malaysia dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Pengiktirafan diberi oleh dunia. Kenapa disebut Tanah Melayu. Kerana penduduknya berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa Melayu dan Raja-Rajanya juga Melayu. Tidak salah megah dengan bangsa. Itu adalah identiti kerana Allah SWt sendiri menjadikan manusia berbangsa bangsa, berpuak puak supaya kita saling mengenali.

3. Yang salah ialah "taksub" seperti mempertahankan seorang Melayu walaupun ia bersalah HANYA keransa ia Melayu. Begitu juga dengan bangsa lain. Tak boleh pertahankan seorang Cina yang bersalah HANYA kerana dia Cina. Masalah timbul bila ada satu puak mahu cari nikmat didunia dengan menolak faktor bangsa. Puak ini ialah PAS yang menolak UMNO kerana UMNO perjuangkan hak orang Melayu.

4. Apa hinanya jadi Melayu? Apa salahnya megah sebagai seorang Melayu. Megah bukan takkabur. Megah hanya sekadar bangga dengan warisan dan identiti. Mengapa mesti malu sebagai Melayu. Muhyiddin berkata benar yang dia Melayu baru Malaysia. Dia jujur. Kerana dia sedar dia jadi TPM kerana dia Timbalan Presiden UMNO , satu jawatan dalam parti yang perjuangkan hak orang Melayu.

5. Lim Kit Siang yang hipokrit. Mulut saja cakap Malaysia dulu, baru Cina. Semua orang Islam yang saya tanya terdiam bila saya tanya adakah mereka percaya Kit siang Malaysia dulu baru Cina. Dan orang yang saya tanya ialah dari golongan UMNO, PAS dan PKR. Kalau dari PAS pun terdiam juga. Maknanya mereka tahu yang Kit siang jaga orang Cina SAJA.

6. Sekurang-kurangnya UMNO walaupun tumpu pada orang Melayu juga adil pada bukan Melayu. Menidakkan bangsa sama seperti suruh seseoranng berhenti bernafas. Menidakkan bangsa samalah seperti orang yang hanya percaya Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Esa tetapi tidak menerima Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah.

7. Tidakkah kita semua sedar ada gerakan berterusan supaya orang Melayu malu dengan apa-apa berunsur Kemelayuan. Contohnya BTN difitnah . Utusan dilarang dalam sidang akhbar Pulau Pinang. Kenapa. Kerana akhbar ini dilihat perjuangkan Melayu. Perlembagaan mahu dirombak kerana tidak puas hati dengan peruntukan untuk Melayu dalsam Perlembagaan.

8. Dan Melayu yang bangang sudah boleh berbaring atas jalanraya menghalang kereta Sultan . Orang melayu sendiri sudah boleh kurang ajar dengan Raja-Raja tanpa mahu menyedari tradisi Raja-Raja mengingatkan dunia akan sejarah malaysia moden berpaksikan Raja Raja Melayu. Bila berakhirnya sistem beraja, maka berakhirlah satu satunya lambang yang mengingatkan diunia yang negeri ini asalnya negeri Melayu.

Comments

Scud said…
mereka yang malu mengaku melayu elok dicampak kedalam sungai klang. biar mereka telan sebanyak mungkin air sungai tu sampai mereka sedar siapa mereka.
The Clown said…
Malunya jadi Melayu
asal sebuah bangsa yang cerdik
tetapi amat mudah orang menipu
dari sebuah bangsa yang agung
sudah berubah jadi bodoh sombong
mudah pula dicucuk hidung.

Malunya jadi Melayu
ada bahasa sendiri
tetapi selalu hanya diletak ke tepi,
kononnya ia bahasa kebangsaan
langsung ia tidak dimartabatkan,
tertulis dalam perlembagan
bahasa asing juga yang jadi pilihan.

Malunya jadi Melayu
jika setakat menang sorak
hakikatnya kampung sendiri tergadai
setakat kokok berderai-derai
ekor tetap juga bergelumang tahi.
Anonymous said…
fasa pertama telah berjaya - PAS disamakan dengan Islam.

diikuti fasa kedua juga sudah berjaya - UMNO disamakan dengan rasis

sekarang gelombang ketiga - Melayu disamakan dengan segala yang buruk & hodoh (tongkat, malas, subsidi, bodoh dan lain-lain) lalu akhirnya Melayu malu mengaku melayu. Kesannya dah ada melayu yang menolak qada' & kadar Allah sehingga tidak bangga dilahirkan melayu. Maka akhirnya apa? semua yang ada kaitan dengan budaya dan sejarah melayu secara halus akan terhakis dan terkubur...

sedarlah bangsaku...Allah tidak mencipta sesuatu itu sia-sia.

takapalah.
Muhammad Izuan said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
kalau duk berendam dlm klorox 100 hari pun tidak hilang melayu. Isunya bukan tak mengaku atau bangga jadi melayu. Cuma kita nak kaji-selidik jika sentimen melayu atau melayu supremacy menjadi asas membina negara apa kesannya.Btw, supremacy tak sama dgn keistimewaan pribumi. Kita sudah ada faktor atau panduan yg lebih jelas dan praktikal dalam membina negara dlm masyrakat majmuk iaitu agama sebagaimana Rasulullah SAW hidup bersama pelbagai agama dan kabilah dulu yg diikat dgn pelbagai perjanjian atau piagam. Ingat, roh piagam itu berteraskan keadilan dan fitrah bukannya kaum dan ekonomi semata-mata. Kalau USA yg mengaku negara maju dlm semua perkara tetapi mengamalkan positive discrimination i.e affirmative action utk black, apa lagi utk pribumi di sini, tapi mestilah jelas dan nampak keadilannya, tiada ketirisan yg boleh ketara persepsinya. Bila pihak luar kritik, kita melenting seolah amal pendekatan katak bawah tempurung mcm myanmar dan zimbabwe.

DR NO
Anonymous said…
salam Azli-sekali lagi saudara telah membentangkan satu hurian yang cukup menikam kalbu.saya nak tambah sikit saja,kerana mereka ini memakai kopiah puteh dan mata bercelak dianggap diri mereka sudah jadi arab.itu yang tak mengaku Melayu.satu lagi telalu banyak doa dalam bahasa arab(hafal) tetapi tak tahu apa maksudnya."umpama kaldai membawa kitab tapi tak tahu isinya"(perumpamaan arab).mungkin yang bercakap dalam kalangan mereka Bahasa Melayu pun tak faham?.Cerminlah diri.
Anonymous said…
2 kontraktor membida projek bernilai jutaan. Kedua-dua mempunyai company profile seimbang cuma kontraktor A adalah ahli parti memerintah. Atas privilege itu, dia dapat kontrak itu. Okay..fair play. Tapi jika kontraktor A hanya bermodal RM2, tiada gred layak & pengalaman luas, tapi dibagi juga berbanding B yg lebih layak semata-mata faktor ahli parti itu dan lobi & cabling, maka hukumnya jatuh bagi yg tidak layak. Aniaya dan zalim. Ini maksud ketirisan dan keadilan.
Tapi mesti sana cakap .. 2x5 je..
for that case, the whole system is corrupted. Beruntunglah mereka yg dagang di akhir zaman.

DR NO
shamshul anuar said…
Saudara Dr No,

Sebenarnya tiada masalah dengan nama Melayu atau bangsa Melayu. Masalah bermula bila orang Melayu sendiri( demi ambil hati bukan Melayu) memperlecehkan sesama bangsa.

Kononnya salah megah dengan bangsa. Itu pandangan yang silap. Megah dengan bangsa itu tidak salah. Yang salah ialah taksub.

Perlembagaan kita sudah cukup jamin hak semua bangsa. Hanya terdapat peruntukan kepada Melayu kerana Raja Raja Melayu benarkan bukan Melayu jadi warganegara, sekali gus menjadikan negeri ini yang dulunya ekslusif milik Melayu sebagai negara berbagai bangsa.

Namun Perlembagaan hanyalah sekeping kertas. Yang menentukan keadilan tercapai adalah kita semdiri( termasuk kerajaan).

Perlembagaan dan undang undang tidak jamin keadilan. Perlembagaan dan undang uindang hanya jamin keadilan "BOLEH BERLAKU".

Yang menentukan keadilan tercapai ialah manusia.

Kritikan boleh diterima. Yang jadi masalah bila orang memfitnah. Sekiranya negeri ini macam Zimbabwe, dah lama Anwar Ibrahim akan ditembak mati kerana cuba rampas kuasa secara haram Sept 16 2008.

Itu bezanmya Zimbabwe dengan Malaysia.
Anonymous said…
bro', bukan si nuar tu aje yg berangan nak ke putrajaya, si tua yg pakai kopiah tu pun nak juga, oleh kerana melayu tu satu komoditi yg murah dan boleh di buang kelaut (pasal melayu dianggap sedang lemah sekarang ni) dgn senangnya dia orang pun perlekehkan le kemelayuan mereka....tujuannya jelas, nak tunjuk lagak pada kekawan dap mereka, kekadang impikan kuasa boleh membuat seseorang itu boleh lupa diri, orang tua & kawan2nya tu pun manusia juga bro'

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh