Tetamu Kehormat...

September 17, 2010

Mengapa Ketua Dewan Ulama PAS Sanggup Buat Begini?


Mengapa Ketua Dewan Ulama PAS
Sanggup Buat Begini?

1. Sehingga hari ini, saya masih tidak faham mengapa mesti ada lagi anasir-anasir berbohong dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kenyataan terbaru Harun Taib di bawah seolah-olah masih mahu menutup pekung di dada, sesungguhnya perjuangan PAS untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam telah ditolak mentah-mentah oleh DAP dan PKR. Mengapa Harun Taib masih mahu berbohong dan menipu rakyat kononnya perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS semakin hari, semakin diterima oleh orang bukan Islam, khususnya DAP. Mana buktinya orang bukan Islam telah menerima perjuangan Islam ala-PAS? Cuba buktikan.

2. Kita bimbang ciri-ciri munafik semakin terselah dalam parti tersebut. Apabila berkempen para pemimpin PAS bercakap lain, manakala sewaktu berhadapan dengan DAP dan PKR pula mereka cakap lain. Contoh paling tepat adalah sewaktu majlis perjanjian kerjasama antara PAS, DAP dan PKR pada tahun lepas, yang mana ketiga-tiga presiden parti tersebut (termasuk PAS) telah bersetuju untuk mengekalkan perlembagaan Malaysia yang sedia ada.

3. Pelik, bagaimana presiden PAS yang dahulunya merupakan orang nombor wahid dalam menentang perlembagaan Malaysia, secara tiba-tiba boleh menerima perlembagaan itu semula? Masih lupakah kita berkenaan kata-kata Hadi Awang yang menyatakan, "Kita menentang UMNO bukan namanya UMNO, tetapi kita menentang UMNO kerana mereka mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.. (baca di sini).Bukankah ini perjuangan PAS yang sebenar sejak dari penubuhannya dahulu? Jadi, mengapa sekarang PAS boleh pula menerima perlembagaan Malaysia yang bersifat kafir lagi jahiliah itu?

4. Jelaslah yang berlaku sekarang sudah terbalik sifatnya - kerana kuasa semua perkara dihalalkan oleh PAS. Sekarang PAS sudah tidak berani lagi membicakan isu negara Islam dan hukum Hudud, mengapa? Kerana bimbang disergah oleh Karpal Singh, maknanya PAS lebih takutkan Karpal Singh daripada Allah. Malangnya, orang kampung tidak tahu hal yang sebenar, mereka mudah ditipu oleh golongan agama seperti Harun Taib ini. Wallahualam. Baca Laporan harakahdaily di bawah :


KEMAMAN, 17 Sept: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib melahirkan rasa gembira kerana perjuangan parti itu mula diterima oleh semua pihak termasuk di kalangan bukan Islam.Ini kerana, katanya PAS berjaya membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa keadilan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.“Sekarang ini, PAS telah mula melangkah selangkah ke depan. Di mana perjuangannya (Islam) diterima bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam.“Islam memberi keadilan kepada semua, tidak kira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak yang pasti Islam tetap akan memberi keadilan,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai di perkarangan Pejabat PAS Dun berkenaan, Jalan Air Putih, di sini hari ini.

Justeru itu, beliau mahukan agar semua rakyat di negara ini bersama-sama dengan PAS serta menyokong perjuangan yang dibawanya.Katanya, keadilan Islam yang dibawa oleh PAS tidak memihak hanya kepada satu bangsa sahaja tetapi untuk semua kaum di Malaysia.Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menambah, parti itu membuka ruang bercakap, berbincang serta berunding dengan sesiapa sahaja tanpa menggadai dasar dan prinsip perjuangan Islamnya.

Sempena majlis tersebut, beliau merasmikan pejabat baru Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai serta Pusat Khidmat Masyarakat di Tingkat 1, Taman Mohd Noor, Batu 1, Jalan Air Putih.Hadir sama ialah Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat, Naib Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Muslimat dan Pemuda PAS kawasan, Rohasni Husin dan Megat Suhaimi Megat Idrus.Hampir 5,000 masyarakat setempat termasuk kaum Tionghua hadir ke majlis rumah terbuka itu yang bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang

19 comments:

BumiputeraMelayu said...

Assalamualaikum. Ustaz Harun Taib keliru tu. Yang diterima oleh orang bukan Islam ialah Parti PAS, bukan Islam. Ini kerana Parti PAS sanggup ikut rentak parti yang disokong mereka, khususnya DAP dan PKR, hatta menggadaikan prinsip perjuangan mereka. PAS adalah alat mereka yang ampuh untuk memecahbelahkan Barisan Nasional umumnya, dan UMNO khususnya. Perhatikan, fokus serangan mereka ialah UMNO yang dilabel rasis. Tapi amat sedikit menyerang Barisan Nasional, kerana Barisan Nasional melambangkan perpaduan berbilang kaum dan keturunan yang terbukti berjaya mengemudi Malaysia selama ini dengan rekod pencapaian yang membanggakan.
Dulu PAS mencemoh UMNO kerana berkerjasama dengan parti bukan Melayu. Tetapi sekarang mereka lebih-lebih pulak dengan sokongan mereka kepada DAP yang jelas menentang perjuangan PAS.Kenapa? sebab baru sekarang mereka merasai nikmatnya berkerjasama dengan parti bukan Melayu, manisnya kerana dapat sedikit kuasa yang disedekahkan oleh DAP dan PKR. Kerana itu, PAS tak sanggup lagi jadi parti picisan. Demi kuasa, PAS sanggup halalkan dan gadaikan apa sahaja untuk menjadi melukut di tepi gantang !

Pejuang Maya said...
This comment has been removed by the author.
Pejuang Maya said...

Jawapan yang paling mudah..

"Matlamat Menghalalkan Cara"

YANG GAMBI said...

PAS hanya menggunakan perkataan Islam untuk menarik sokongan orang-orang Melayu khusus yang berstatus ulama, ustaz, lebai dan sebagainya.... hakikat sebenarnya jauh panggang dari api...

Anonymous said...

Saudara Azli,

PAS cuba menyedapkan hati sendiri dengan mendakwa Islam semakin diterima oleh DAP kerana hasil usaha DAP.

PAS sendiri pun tahu yang DAP tidak menerima Islam. Yang DAP terima ialah PAS kerana PAS adalah "pecacai" yang amat berguna untuk melumpuhkan satu satunya "bargaining point" orang Melayu iaitu kuasa politik melalui UMNO.

Dan cara terbaik untuk menjatuhkan UMNO ialah menggunakan orang Melayu sendiri iaitu PAS.

PAS masih bermimpi yang mereka akan menguasai PR. Realitinya PAS hanya melukut ditepi gantang, ala ala tukang tampal poster dan dapat beri perkhidmatan percuma sebagai pusat penyebaran fitnah melalui Harakah.

Siapa yang mempengaruhi siapa? Yang semua orang nampak ialah DAP mempengaruhi PAS, bukan sebaliknya.Demi "cinta" pada DAP, perkataan Ialam entah kemana . Sudah boleh gugurkan "islam" dalam nmanifasto PAS.

Hebat penangan DAP ini.

Ramai Melayu terlupa tak seperti UMNO, PAS tidak menguasai PR. Jadi jika ditakdirkan Allah SWT( minta jauhkan), BN tumbang, maka yang paling rugi ialah orang Melayu( termasuk orang PAS sendiri).

Kenapa? Bukan PAS yang akan dilantik jadi PM? Bukan juga Anwar? Tetapi Lim Kit siang?
Siapa kata hanya Melayu bole jadi PM?

Perlembagaan hanyalah sekeping kertas. Bila Melayu hilang kuasa, maka segala berkaitan Melayu akan hilang.

Selama ini Yang diPertuan agung HANYA melantik Melayu mernjadi PM kerana Melayu berkuasa. JIka kuasa ini sudah hilang, bagaimana Yang Dipertuan agung hendak melantik Melayu jadi PM?

Jika sekalipun Yang Dipertuan agung mahu melantik orang Melayu jadi PM, siapakah yang akan pastikan pelaksanaannya kerana orang Melayu sudah hilang upaya kerana kuasa sudah hilang.

Bukan saja Yang Dipertuan agung tak boleh lantik Melayu jadi PM, silap silap Baginda pun hilang takhta. Maklumlah buat apa kekalkan satu sistem yang mengingatkan dunia akan sejarah beraja Melayu.

Jika PAS jujur mahu tegakkan Islam, MAHU TAK MAHU ia mesti berdialog dengan parti Melayu yang paling berpengaruh iaitu UMNO. Hanya dengan berkerjasama dengan UMNO lah segala syariat islam boleh ditegakkan.

Lainlah kalau Islam itu mahu didagangkan macam Pope zaman dulu kala tekan Raja Raja kristian eropah untuk ikut telunjuknya( Pope).

Anonymous said...

Puak2 Pas memang cari makan, nak hidup. Saje letak Islam depan org ramai tapi sbenornya WANG yang ditunggu.

Tengokle skrg ni..... pemimpin Pas dah berkreta besar, rumah besar.... dulu mengata kat UMNO dan BN hidup mewah dari rakyat. Dia kate rakyat susah, pemimpin UMNo kaye raye....

Skrg dh terbalik........

Ada yg sepenggal jadi weakial rakyat Pas 1999 skrg kaye rare daaaaahhh.

Ada kebun getah, kedai emas, kreta besar...........

Nile perangai Pasti Ajaran Sedsat di Terengganu

Anonymous said...

m.“Islam memberi keadilan kepada semua, tidak kira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Sama ada seseorang itu Islam atau tidak yang pasti Islam tetap akan memberi keadilan,”

ye le tu..

Kemudian kabor..hudud utk org2 Islam je!!

Adil Islam utk semua..tapi adil Islam acuan PAS, hanya utk penyokong2nya sahaja..

Tengok saja ler apa yg didepan mata kita..
Mana2 kes yg leh untungkan parti mereka atau yg boleh burukan imej UMNO..maka brkumandanglah "keadilan" mereka.

Tapi jika ianya jika leh mencalar imej mereka atau brsabit ngan penyokong2nya..pasti dilawan, walaupun lum diketahui hujung pangkalnya.
__
Bila UMNO dikaitkan ngan APCO..brkokok sakan.
Tapi bila Abg Anwar terang2 brsekongkol ngan yahudi, senyap sepi!!

Adil ler tu..bagi mereka.

a ali /46sekupang said...

salam Azli- umpama perpeteh arab "kaldai tahu ia membawa kitab tetapi tak tahu apa isinya".hanya gah berbohong dari amali.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya ingin mengulas berkenaan PAP dan DAP- Parti Anak beranak Sdn BHd.

1) DAP dan PAP sebenarnya parti politik yang unik didunia. Kedua dua parti ini mengamalkan budaya "warisan" iaitu kuasa diturunkan kepada anak.

Di singapura, begitu mudah Lee Hsien Loong dijadikan Menteri oleh bapanya sendiri. Kemudian jadi TPM lalu jadi PM.

Di Pulau Pinang, Pengerusi DAP Pulau Pinang dimalukan kerana tak jadi Ketua Menteri bila DAP menguasai kerajaan.

Saya faham Azizan jadi MB Kedah kerana ia Pesuruhjaya PAS Negeri dan PAS memenangi pilihanraya. Saya faham bila Mohd Hassan jadi MB NS bila UMNO memenangi pilihanraya negeri dan Hassan pula ialah Pengerusi UMNO NS.

Tetapi kenapa pula Guan eng jadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kenapa jawatan itu tak dipegang oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang.

Tak perlu PHD dalam Sains politik untuk faham bahawa Gusn eng dapat jawatan itu kerana ia anak Kit siang.

2) Orang lain tak cukup bagus untuk jawatan utama kecuali anak bapa. Karpal hanyalah "Pengerusi DAP" yang tak berkuasa. Yang jadi kata pemutus dalam DAP ialah Kit siang dan sudah tentu anaknya "Guan eng".

orang lain tak cukup bagus. Orang lain boleh dikorbankan supaya anak jadi pemimpin utama. Itu satu kenapa Lee lam thye sendiri akhirnya tolak DAP.

Di singapura, Menteri kabinet lain yang lebih senior tiba tiba terpaksa telan hakikat yang mereka tak cukup bagus kerana meeka bukan anak Kuan Yew.

3) DAP dan PAP amalkan budaya "selective meritocracy" iaitu jika ia menguntungkan orang Cina saja. Kalau boleh jawatan utama sektor awam pun dia mahu . alasan diberi yang orang Cina tak minat jadi kakitangan awam kerana peluang kenaikan pangkat terhalang.

Namun anehnya DAP tak pula mahu cerita bagaimana sektor swasta hampir tiada Melayu diperingkat pengurusan waaupun terlebih layak hanya kerana mereka Melayu.

3) DAP selalu cakap pasal isu perkauman walaupun sebenarnya mereka paling perkauman. Mereka cakap kenapa mesti kita cakap kita Melayu, Cina atau India.

Anehnya merekalah yang paling menentang satu cara yang semua orang setuju dapat rapatkan perpaduan- satu sekolah untuk semua bangsa.

Jika disentuh perkara satu sekolah untuk semua, dengan pantas ahli politik DAP dan ( juga MCA) akan cakap ianya ) ( Sekolah Vernakular) termaktub dalam PERLEMBAGAAN.

SALAH. Yang dijamin dalan Perlembagaan ialah hal belajar dan mengamalkan bahasa, budaya. Ini memang sejajar dengan prinsip Islam.

4) Budaya tidak mahu bertolak ansur- Hanya DAp dan PAP boleh cakap kepentingan bangsa sendiri. Orang Melayu akan dicap perkauman jika pertahankan hak bangsa mereka.

PERKASA dicop melampau walaupun semua orang tahu betapa Hindraf jauh lebih ganas dan zalim.

Percayalah jika PR berkuasa, mereka akan terlebih guna ISA untuk tutup Utusan, atau apa apa pertubuhan yang jaga hak Melayu.

KESIMPULAN

Orang Melayu tolonglah . TOLONGLAH jangan amalkan budaya bodoh sombong. masih mahu percaya pada DAP kah atau sesiapa yang bersekutu dengannya?

Pernahkan PM Malaysia halang wartawan Harakah atau Nanyang Siang Pau dari hadiri taklimat PM.

Tak PERNAH. Sejahat jahat UMNO, ia masih boleh terima maki hamun kita semua. Budak Melayu yang baru tumbuh misai masih boleh menyumpah seranah Datin rosmah walaupun berita mengenai beliau banyak datang orang fasik .

Sudah lebih 50 tahun BN memerintah? Terlalu zalim sangatkah UMNO? Ya. Memang UMNO pun buat salah. Maklumlah Manusia.

Namun kita juga tahu yang Dr mahathir larang Mukriz bertanding jawatan dalam Pemuda UMNO semasa beliau jadi PM.

Terlalu buruk sangatkah UMNO? Adaksah pemimpin UMNO macam firaun?

Adakah kita akan lebih baik dibawah "DAP" bila sekarang pun Utusan tidak dibenarkan hadir dalam sidang akhbar Ketua menteri.

Belum memegang kusa pun dah bongkak.

Fikirlah. Bak kata budak budak muda "Sendiri mau ingat".

Anonymous said...

Sebab dah terlalu lama dok sabar menerima UMNO/BN yg dok menekan dan menindas rakyat dengan pemimpin yg menipu tu la kena tukar dengan alternatif yg lain.

Tak ada pun rusuhan kat negara Australia, UK, USA, Jepun dll bila tukar yg korup, rasuah, penipu, yg mengayakan poket sendiri kepada yg lebih baik.

Kecuali la kat Myanmar, Zimbabwe langsung tak boleh tukar,kalau boleh masuk lubang kubur sekali.

Tukar saudara kita kena tukar pemikiran tu kan jangan Azli dari Azali bebal.

Anonymous said...

Memang rugi orang Islam yg sokong Pas sebab belum dapat kuasa dah kena tunduk dgn DAP & PKR, takutkan DAP&PKR lebih daripada takutkan Allah. Bila cakap depan orang Islam macam nak runtuh gunung kononnya akan mempertahankan hukum hudud tapi bila depan orang bukan Islam, langsung tak berani nak bersuara takut kena sergah dengan Karpal Singh.

Dah la tukar je nama parti Islam....buat malu jer dgn orang bukan Islam.

rinandamku said...

Sebodoh2 Melayu ialah yang menyokong DAP , semunafik2 melayu ialah mereka yang menyokong PAS ,

Buruk2 UMNO , masih mengaku saudara pada bukan setakat islam dalam negra tapi umat islam seluruh dunia , malah menghulurkan bantuan setakat mampu ,
masih mengadakan pusat2 Tahfiz alQuran , membina masjid , percetakan Quran dalam negara , menguruskan ibadat Haji para jemaah , menubuhkan perbankan Islam , Universiti Islam , dan banyak lagi ..

Seislam2nya PAS [katanyalah...] tergamak mengkafirkan saudara seagama dan sebangsa ikut selera perut dia ketika Umat islam seluruh dunia tak terfikir sebegitu ,
merobohkan masjid yang kerajaan bina , menutup pusat2 pendidikan KEMAS kerajaan buat utk anak2 islam , menjual maruah kalimah ALLAH , melacurkan masjid , mengatakan Bidaah sambutan MauilidurRasul , ..dan banyak lagi ,
segala kebajikan kerajaan lakukan dipandang buruk , dipandang sia2 , perasan dan mengaku hanya dia yang betul dan benar dalam dunia ini !

aku sudha puas berkelana kepelusuk negeri yang mengaku sangat islamik ini , aku juga sudah puas berkelana kenegara lain yang umat islamnya ramai , sudah banyak peristiwa aku lihat , belum pernah saya jumpa manusia2 Hipokrit seteruk FulaRmaK PAS , apa yang saya lihat ..biasanya mereka yang sombong dan ego perasan dirinya [partinya] sangat islamik inilah yang paling banyak melakukan kebejatan dan pembohongan , jahat dorang bukan kepalang ..barangkali sebab Iblis yang datang menggoda juga bukan kepalang pangkatnya , Brigedir Jeneral !!

Dalam situasi dan keadaan yang berlaku kini , PAS tiada menyumbang apa2 pada keselamatan dan kesejahteraan Ummah sejagat , apa yang mereka lakukan hanyalah cakap cakap cakap kosong .., mereka mabuk dalam angan2 politik mengarut , mereka khayal dalam ujian nikmat Tuhan pinjamkan , mereka rentung dalam penyakit2 Batin seperti ujub , sumaah , takabur , bangga diri , ego sombong !
Hakikatnya PAS tiada apa2 !

Bagi mereka yang masih tidur bangunlah , bagi mereka yang masih bermimpi sedarlah , bagi mereka yang masih angau dan hanyut dalam angan2 palsu insaflah ,

Kerana Islam akan tetap bersinar dan gemilang tanpa PAS , bukan PAS yang menjaga Islam , dan Islam bukan hak milik PAS sahaja , tanpa PAS Islam tetap akan subur !
Bukan PAS yang membawa islam keTanah Melayu , bukan PAS yang membawa islam kepelusuk sabah dan sarawak , bukan PAS yang mengislamkan ribuan Penan , Dayak , kadazan, Iban dan murut di Borneo !

Ulamak PAS itu UlaRmaK , FulaRmak dan HulamaK , ulama PAS itu ulama politik , yang mencari makan dan kedudukan , kekayaan dalam politik PAS !

shamshul anuar said...

Saudara Anonymous,


Terpulang pada penilaian sendiri. Di bahagian mana yang saudara fikir DAP atau PAS lebih bagus darii UMNO?

Apakah DAP tidak menindas? Bagaimana dengan gerai yang dirobohkan( kepunyaan Melayu).

Bagaimana dengan pihak yang begitu benci UMNO tetapi aneh sanggup jadi kuli pada dAP yang anti Islam?

Yang saya nampak kerja PAS ialah ceramah. Pagi petang ceramah, tabur fitnah sana sini berselang seli ayat ayat Kuran.


Dulu sibuk kafirkan UMNO , katanya haram bekerjasama dengan MCa dan Gerakan. Kini PAS lagi teruk. bukan setakat bekerjasama tapi jadi kuli pada DAP.

Islam entah ke mana. Inikah parti harapan umsat Melayu. Satu parti yang dulunya cabar Dr mmahathir pecat anwar kerana liwat tetapi kini sanggup bekerjasama dengan anwar.

Jujurkah Nik aziz . jujrukah Hadi sebagai seorang islam.

sri tribuana said...

Salam,

mohon saudara linkkan blog saya ke blog saudara, saya linkkan blog saudara di blog saya.

http://sribuana.blogspot.com

terima kasih,

selamat berjuang.

tebing tinggi said...

Apalah yang nak diherankan sangat dengan ustaz-ustaz pas,yang penting kapada mereka ialah matalamat politik.

Yang bolih menilai sahaja yang akan nampak hakikat sebenar.

mail kacip said...

Asasalamualaikum,

Saudara, Saudari, Tuan-tuan, puan-puan, Dato-Dato, Tan Sri-Tan Sri, Tun-Tun, Sultan-Sultan, Mufti-Mufti dijemput ke majlis:

PERSIDANGAN/PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH/ DIALOG
(PERCUMA)

BERKAITAN:

1. Konsep & Kombinasi Ilmu Tauhid, Ilmu Feqah, Ilmu Tasauf, Ilmu.
2. ILMU HAQ(Ilmu benar & Allah reda)
3. ILMU BATHIL(Ilmu salah & Allah tidak reda)
4. TEKNIK-TEKNIK MEMBERSIHKAN AMALAN BATHIL
5. ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR
6. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

TUJUAN:

1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

HASIL
1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
3. SEMBAHYANG KHUSYUK
4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
5. DAN BANYAK LAGI

INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

*LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. BERSIH RUMAH BERHANTU
2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
*TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
RAWATAN
1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
6. Jiwa tidak tenteram
7. Hati cinta maksiat
8. Ada perasaan takut selain Allah
9. Dada sebak / sempit
10. Hati gatal
11. Susah tidur

*TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
BERMINAT HUBUNGI:
ISMAIL
(pakar bunuh makhluk halus)
019-3619305
http://ilmuhaq.blogspot.com

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

Aq Hamba said...

umno roboh masjid...halau org melayu dari kwasan stinggan..hrga barg naik...maksiat melampau..hiburan melampau..ambil apco jdi partner..menolak dan menghina hukum ALLAH dgn alasan2 yg tak masuk akal...rasuah..sekolah mengandung..kes buang bayi meningkat..campur tgn krajaan dlam kerja PDRM..company2 kroni yg sntiasa mndapat keuntungan..membazirkan wang rakyat( rosmah,shopping kat luar ngara)..belanja berjuta2 dlam ssuatu projek yg akhirnya terbengkalai...sure heboh diharamkan,tpi dihalalkan oleh kerajaan umno dgn cara tukar nama kpda jom heboh...sambutan kmerdekaan yg penuh dgn maksiat,bukannye penuh dgn rasa syukur kpada ALLAH dgn mmbuat acara2 keagamaan...meniupkan sentimen perkauman..sesama ahli parti bergaduh dan bertelagah demi kpentingan masing2 (Perkasa vs umno)..peruntukan utk rakyat byk ditarik balik..subsidi utk sekolah2 berasrama di kurangkan (smpai pelajar asrama kena balik rumah setiap mggu sbb xde pruntukkan mknn pada hujung minggu)...sekolah2 agama di diskriminasikan/ dianak tirikan..kelantan yg juga mrupakan negeri dlm Malaysia juga turut dinafikan haq mreka..rakyat yg miskin ditindas..bila pilihan raya,rakyat digula2 kan..DAP kerjasama dgn PAS dlam PR di tuduh mcm2,tpi cuba lihat diri umno sendiri yg bekerjasama dgn MIC n MCA...ahli umno ditempat saye sndri pernah cakap pada saye "aq kalau umno xbayar,jgn harap aku nak tolong pasang bendera n banner2 ni..."...cuba lihat hasil air tgn krajaan umno bn,berapa byk pemuda pemudi yg rosak akibat dari didikan umno?...ade juga ahli umno yg cakap pada saye "kalau kau nak duit poket,ko join la program2 umno..tolg pasang2 bndera ke..dapat duit tu..."...bab aurat,berapa ramai isteri2 para menteri yg ambil berat?kata nak bawak Islam,tapi perkara mudah mcm ni pun xmampu mereka nak amalkan..yg bukan Islam masuk masjid tak ttup aurat di hina dan di caci,tpi yg isteri PM masuk msjd dgn jambul tersembul tu xpulak di marah,malah di sokong lgi...kes2 rasuah yg beratus2 ditangkap,yg berjuta2 pulak dilepaskan..yg ratus2 tu dikatakan rasuah..yg juta2 tu dikatakan komisen...kes altantuya yg masih xde penyelesaian yg mna PM dan isteri dikatakan terlibat...admin tahu xasal usul rosmah?pernah x dgr ape kata org kg rosmah ttg die?msti xpernah kan?pergo youtube,ade video ttg siapa rosmah sbnrnya...,dan kalau still admin berbangga dgn die,there must be someting wrong somewhere with you...

byk sgt salah laku umno ni..kalau nak saye list,1001 malam belum tentu habis...xpercaya?percayalah...ape pun,di doakan agar admin dibukakan hati oleh ALLAH SWT agar dapat melihat yg mne permata dan yg mana kaca..insyaALLAH..bile ALLAH kata JADI,maka jadilah ssuatu perkara itu,sesuai dgn KehendakNYA...sila kaji atas dasar ape kerjasama antra PAS n DAP dibuat...sye nyatakan 1 daripadanya,iaitu atas dasar MEMERANGI GEJALA RASUAH YG MELAMPAU DALAM SISTEM PENTADBIRAN NEGARA!PAS,PKR ,dan DAP adalah antara yg terbaik dilihat stakat ini bgi mmbantu memperjuangkan hak rakyat...INGAT,tanpa pembangkang kerajaan dan negara kita akan hancur..so,be thankful!walllahua'lam..

Aq Hamba said...

admin,be rational...kita berbincang secara professional...

p/s..hopefully my post xkan di remove...syukran...