Tetamu Kehormat...

September 21, 2010

Majlis Peguam Dikecam Lagi!


Majlis Peguam Dikecam Lagi!

Oleh Terence Fernandez

1. Peguam adalah kerjaya profesional. Politik pula adalah kerjaya yang tidak profesional. Untuk menjadi peguam seseorang itu memerlukan kelayakan akademik tetapi untuk menjadi politikus seseorang itu tidak memerlukan apa-apa hatta daya intelektual sekalipun.

2. Namun begitu, kerjaya peguam dan ahli politik kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu memerlukan keupayaan untuk berhelah dan memanipulasi melalui kata-kata dan tindakan. Kerjaya mereka ini tentulah berbeza sekali dengan penulis. Penulis bukan seorang wartawan yang dianggap sebagai bidang profesional oleh sesetengah pihak. Ada juga melihat kerjaya wartawan sebagai kerjaya biasa seperti guru dan pegawai tadbir

3. Tetapi penulis hanyalah seorang rakyat biasa yang suka berkongsi pendapat dan pandangan melalui penulisan yang bebas. Sama seperti penulis blog, yang tidak memerlukan tiket sebagai wartawan untuk berkarya dalam dunia siber.

4. Pada masa yang sama, tugasan sebagai penulis tidak memerlukan tipu daya dan helah yang tinggi untuk menghasilkan sebuah rencana atau artikel yang dianggap bernas. Yang perlu hanyalah pemerhatian dan keupayaan untuk menganalisis sesuatu isu secara umum, logik dan dengan membuat penyelidikan.

5. Menulis di alam siber menjadi lebih mudah dengan berada di belakang tabir dan tidak glamour. Sedangkan seorang politikus memerlukan publisiti yang berterusan bagi menjamin pengekalan jawatan. Kerana itulah, politikus yang juga peguam sering menggunakan kes-kes yang dikendalikan mereka sebagai alat publisiti.

6. Bukan satu kebetulan bahawa golongan politikus merangkap peguam boleh ditemui dalam kumpulan yang ramai di dalam parti pembangkang. Ini menjelaskan kenapa begitu ramai pemimpin pembangkang yang lidah bercabang, penipu tegar dan pelakon terbaik.

7. Satu kebetulan pula apabila orang yang disyaki membunuh Datuk Sosilawati dan rakan-rakannya serta beberapa orang lain adalah juga peguam dan ahli seumur hidup sebuah parti politik pembangkang, iaitu DAP. Ini menerangkan kenapa DAP berdiam diri dan tidak pula melompat dan membuat bising sepertimana kes-kes jenayah lain yang berprofil tinggi.

8. Sebelum ini, dalam setiap kes berprofil tinggi, DAP pantas mengutuk kerajaan dan polis serta menyarankan agar suruhanjaya itu dan ini ditubuhkan konon untuk memastikan keadilan terlaksana.

9. Tetapi, dalam kes ini, selain dari cubaan Ketua AMK Keadilan untuk membuat bising dengan menyalahkan pihak berkuasa, langsung tidak ada sahutan dari DAP. Mungkinkah kerana mangsa adalah Melayu, atau kerana suspek yang terlibat adalah ahli seumur hidup DAP?

10. Rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Majlis Peguam atau Bar Council dan DAP seolah-olah bernaung di bawah payung yang sama. Rentak dan gelagat mereka bagaikan cermin, bagaikan aur dan tebing, bagaikan irama dan lagu.

11. Mereka melaung, menari dan menyanyi lagu yang sama iaitu membenci kerajaan, mengutuk sistem kehakiman dan mencabar teraju Melayu. Konon semuanya korup dan kotor melainkan mereka sahaja.

12. Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, rakyat telah diperlihatkan dengan warna sebenar parti pembangkang, terutamanya DAP yang terlibat dengan gangsterisme, rasuah, korupsi malah mungkin juga peras ugut yang membawa kepada kematian. Semua gejala ini juga kelihatan sama seperti yang berlaku dalam Majlis Peguam yang didominasi golongan India.
Gangsterisme, rasuah, korupsi dan peras ugut semuanya adalah ‘mainan’ yang berasaskan wang. Untuk terlibat dalam ‘mainan’ ini seseorang itu semestinya mempunyai wang yang banyak atau terlibat dengan mereka-mereka yang kaya raya.

13. Mungkin sudah sampai masanya kita melihat hubungan politikus DAP, peguam-peguam dan gangster-gangster di Malaysia dari sudut yang lebih dalam dan lebih luas. Ini bagi memastikan yang peguam-peguam dan politikus-politikus tidak menyalahgunakan kuasa dan pengetahuan mereka untuk menaja golongan gangster atau sebaliknya.

14. Peguam adalah ‘komponen’ penting dalam sistem perundangan dan proses keadilan di dalam negara. Bagi menegakkan keadilan, kita perlu memastikan semua peguam adalah profesional serta bersih.

15. Peguam yang tidak bersih serta boleh dijual beli pastinya mengundang keputusan yang tidak adil di dalam perbicaraan. Ini boleh menyebabkan pelanggan mereka yang mungkin terdiri dari orang-orang kampung atau orang-orang tua yang teraniaya, semakin teraniaya.

16. Keadilan pastinya tidak boleh dilaksana jika peguam sendiri terlibat dengan salah laku, tidak hadir perbicaraan, boleh dibeli dan dijual, korup dan lain-lain aktiviti yang melanggar undang-undang. Majlis Peguam seharusnya mempunyai kredibiliti yang lebih tinggi lagi dari hakim, kerajaan, polis serta semua pihak berkuasa yang sering diremehkan oleh mereka.

17. Majlis Peguam harus memastikan semua peguam adalah bersih dari korupsi dan gangsterisme serta pengaruh politik mana-mana pihak. Sehingga kini, apa yang dapat dilihat adalah kegagalan Majlis Peguam memastikan profesionalisme ahli dan pemimpin mereka dalam menjalankan tugas.

18. Rakyat telah mempunyai persepsi bahawa peguam di negara ini handal dalam tipu daya mengelak daripada membayar cukai pendapatan. Ada juga yang terlibat dalam pengubahan wang haram. Ada juga peguam yang menjadi pengiring kepada kepala-kepala gangster dalam pelbagai urusan. Semua ini tentunya mengundang banyak persoalan.

19. Itu belum lagi jika kita mempersoalkan tentang tindak tanduk sesetengah firma guaman yang memaksa pelanggan mereka membayar yuran guaman secara tunai, tidak boleh menggunakan cek. Tentulah ada sebabnya. Paling tidak, mereka tidak mahu wang tersebut diaudit dan seterusnya mengundang Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menyiasat.

20. Majlis Peguam nampaknya agak lembab menangani masalah ini. Justeru, inilah disarankan agar satu badan khas ditubuhkan untuk memantau peguam-peguam terutamanya yang memiliki aset yang melampau mengatasi pendapatan yang sepatutnya diterima mereka. Tidak salah rasanya jika sebuah badan bebas dibentuk untuk menyiasat harta-harta peguam.

21. Ini akan membolehkan sistem perundangan Malaysia lebih bersih, telus dan profesional agar keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Pastinya, penubuhan badan bebas ini akan dapat meninggikan lagi integriti para peguam kita.

No comments: