Tetamu Kehormat...

September 24, 2010

Maaf, PKR Parti Yang Tidak Mungkin Dapat Diselamatkan Lagi


Maaf,
PKR Parti Yang Tidak Mungki
Dapat Diselamatkan Lagi


Secara peribadi, saya melihat, PKR semakin busuk, jijik dan menjijikkan. Baru pertama kali mengadakan pemilihan parti, segala bau busuk sudah dapat dihidu, segala lendir kotor sudah membasahi lantai dan segala yang menjijikkan sudah dapat dilihat. Isu kononnya para pemimpin UMNO dan BN banyak terlibat dengan rasuah sudah tidak lagi relevan dan berupaya menyelamatkan parti tersebut daripada terus karam di lautan biru yang luas. Baca tulisan di bawah :

Oleh Ridzuan Yop


1. Sebagai sebuah parti bercita-cita besar untuk menerajui pakatan pembangkang ‘menawan’ Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak terlepas daripada dibelenggu pelbagai masalah sejak akhir ini.

2. Menjelang pemilihan parti itu November ini, pergolakan dalaman parti itu semakin ketara, berdasarkan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh ahli dan pucuk pimpinan parti terutama dalam menentukan siapa yang bakal menerajui parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

3. Persaingan sengit antara kumpulan menyokong Naib Presiden parti, Azmin Ali dan seorang lagi calon, Datuk Zaid Ibrahim yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR jelas menggugat perpaduan parti itu. Di sebalik semua kontroversi dan spekulasi yang berlaku, pemilihan PKR hujung tahun ini bakal menentukan masa depan serta hala tuju parti itu sama ada ia masih relevan atau berada di hujung jalan.

4. Keputusan Ketua Umum PKR merangkap Penasihat Parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyandang jawatan Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali tidak bertanding pada pemilihan parti itu, masing-masing bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden meninggalkan ‘kekosongan’ dalam mengisi jawatan terpenting parti.

5. Berikutan itu, ia membuka laluan kepada Azmin dan Zaid untuk merebut jawatan nombor dua dalam parti kerana kedua-duanya setakat ini dilihat sebagai calon paling layak menerajui PKR menghadapi pilihan raya umum akan datang. Persaingan bagi mengisi jawatan itu penting kepada PKR kerana sesiapa yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR dijangka bakal menggantikan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, dalam memperkuatkan parti itu.

6. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) pantas meraih sokongan rakyat melalui slogan 1Malaysia, PKR pula dilihat berdepan pelbagai masalah menjelang pemilihan parti itu dan tidak terlepas daripada gejala politik wang, cantas mencantas, selain kes liwat yang dihadapi Anwar.

7. Ini diakui sendiri bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P Jenapala, yang mendakwa wujud pelbagai taktik kotor, termasuk penularan politik wang menjelang pemilihan parti itu. Kedua-kedua calon Timbalan Presiden PKR, kini giat mencari pengaruh dan berusaha mendapatkan sokongan ahli. Pada masa sama Azmin dan Zaid tidak boleh memandang mudah kepada saingan calon lain termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jika beliau mengambil keputusan bertanding jawatan itu.

8. PKR ditubuhkan pada 1999, tetapi sebahagian pemimpin utama yang mengasaskan PKR meninggalkan parti kerana berpendapat parti itu sudah tergelincir daripada asas perjuangan. Antaranya termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohammad Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen, Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas, manakala Ezam menyertai UMNO pada 2008, sebelum dilantik sebagai Senator pada 3 Mei 2010.

9. Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata pemilihan PKR hujung tahun ini adalah penting bagi menentukan hala tuju parti itu. Beliau tidak menolak sesiapa yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR bakal menggantikan Wan Azizah bagi meneruskan perjuangan parti itu.

10. Mohammad Agus berkata, seseorang pemimpin itu dipilih berdasarkan kepada keupayaan dan kewibawaan mereka memimpin, bukan disebabkan mereka datang daripada keluarga politik dan berpengaruh sehingga orang lain dihalang menerajui parti. - Berita Harian

No comments: