Skip to main content

Ke Mana Orang Cina Mahu Pergi?


Ke Mana Orang Cina Mahu Pergi?

(saya tertarik dengan sebuah tulisan yang tersiar di Malaysia Instinc. Di sini saya kongsikan bersama dengan para pembaca sekalian)

Oleh Angelia Sinyang

1. Semakin hari kelihatan seolah-olah tidak ada pihak yang akan berundur dari terus mencetuskan kemarahan kaum. Di dalam media siber, kaum Cina terus-terusan menghina Melayu dan Islam tanpa dikenakan tindakan. Ini menyebabkan lebih ramai kaum Cina bangkit ‘menyerang’ Melayu kerana tahu mereka akan tetap terlepas.

2. Kaum Melayu pula semakin kehilangan sabar dan membuat serangan balas. Walaupun serangan balas kaum Melayu tidak sehebat kaum Cina kerana tidak didokongi politikus, tetapi momentumnya juga semakin meningkat hari demi hari.

3. Pembangkang pula secara terang-terangan membela kaum Cina yang menyerang Melayu. Melalui satu forum yang mereka adakan, pembangkang bagai membuat kenyataan bahawa menghina Melayu dan Islam itu adalah sifat patriotik. Hari ini, Melayu semakin tidak sabar, dan Cina pula seolah-olah tidak akan berundur. Sikap ini membawa Malaysia ke ambang ketidakstabilan. Jika ini berterusan, negara ini pastinya akan mengalami huru-hara.

4. Persoalannya, apakah kita benar-benar bersedia untuk menghuru-harakan negara ini? Amat membimbangkan jika ditanya kepada rakyat teramai, jawapannya ialah ‘Ya’. Oleh itu, kerajaan hari ini menyeru agar semua pihak berhenti membuat provokasi. Semua bangsa digesa agar berhenti menimbulkan kemarahan bangsa lain. Kaum Cina pantang sekali dipanggil pendatang, jadi kita hentikanlah memanggil mereka dengan panggilan pendatang.

5. Kaum Melayu pantang dihina Raja dan agamanya serta dipersoalkan hak istimewanya, maka kaum Cina harus berhenti menghina dan mempersoalkan Artikel 152 & 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan boleh menyeru dan kita boleh berharap agar semua bangsa ‘meletakkan senjata’ mulai hari ini dan menghormati semua kontrak sosial yang telah dipersetujui sewaktu kita mendapat kemerdekaan dahulu.

6. Malangnya, semarak api perkauman di dalam diri masing-masing tidak mungkin padam selagi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang TELAH menghina Allah S.W.T, mempersendakan Raja-raja Melayu, mempertikai hak Melayu serta cuba mengubah sejarah.

7. Jika api perkauman ini tidak membakar Malaysia dalam masa terdekat ini, ia tetap akan membakar dalam masa 1, 2, 5, 10 atau 20 tahun akan datang andainya ia tidak dipadamkan segera, bagai lava gunung berapi yang sentiasa membara dan hanya menunggu masa untuk meletus.

8. Tindakan kerajaan yang cuba mententeramkan keadaan melalui kaedah pujuk rayu, menyeru dan mensabarkan orang ramai bukanlah penyelesaian. Ia cuma satu tindakan penangguhan. Jika benar-benar serius ingin menyelesaikan masalah, kerajaan harus mengambil tindakan tegas dan drastik SEGERA untuk memastikan perpaduan sebenar antara kaum-kaum di Malaysia menjadi kenyataan.

9. Senaraikan apakah yang menyebabkan kaum-kaum di Malaysia semakin terpisah dan terasing antara satu sama lain? Bagaimanakah untuk menyatukan anak-anak Cina dan Melayu dan memastikan mereka tidak terus bermusuh seperti ibu bapa mereka hari ini? Kenapakah kaum-kaum Cina membenci Melayu? Kenapa Melayu membenci Cina? Kenapa kaum Cina menolak acuan Malaysia yang punya Raja dan bahasa kebangsaan Bahasa Melayu serta agama rasminya adalah Islam? Kenapa ada yang ingin mengubah sejarah?

10. Akhbar semalam melaporkan bagaimana seorang pegawai penyiasat dikenakan tindakan kerana berang dengan pengadu yang tidak tahu berbahasa Melayu. Sedangkan, pegawai tersebut berhak berang jika seorang rakyat Malaysia tidak tahu berbahasa Melayu sehingga menyukarkannya untuk menjalankan tugas. Ini adalah keadaan sebenar Malaysia hari ini iaitu sudah lari dari acuan asalnya.

11. Kita tidak boleh terus menunda masalah tanpa menyelesaikannya atau rakyat akan mula melihat kerajaan sebagai tidak berupaya dan lemah. Rakyat boleh akur dengan seruan kerajaan untuk menghentikan segala provokasi hari ini tetapi kita pasti pembangkang tidak akan sama sekali akur kepada seruan kerajaan itu.

12. Pembangkang, terutamanya DAP akan terus membuat provokasi membela Cina yang menghina Melayu, menghasut dan mendidik generasi akan datang agar membenci Melayu. Dan sangat mengerikan bila memikirkan bahawa tiada satu tindakan pun yang akan diambil terhadap mereka. Sedar atau tidak, di sinilah ujian sebenar kepimpinan hari ini. Masalah ini cukup besar sehingga boleh menjadi kayu pengukur hayat politik seseorang pemimpin.

13. Jika masalah ini terus ditunda, tanpa diselesaikan ia akan menjadi masalah pemimpin masa depan pula. Justeru, kita perlu bertanya, siapakah pemimpin masa depan kita? Apakah kedudukan dan kekuatan Melayu dan Cina di masa tersebut tatkala gunung berapi itu meletus? Bagaimanakah nasib Melayu dan nasib Cina setelah gunung itu meletus nanti? Siapakah yang akan selamat?Apakah kerajaan akan terus menyeru, mengharap, menunggu dan melihat?

Comments

Anonymous said…
Saya setuju dengan point nombor 10. Saya merupakan seorang pelajar yang mengambil subjek Hubungan Etnik pada semester ini dah pensyarah saya selalu merungut apabila membangkitkan perkara orang2 Malaysia sendiri yang tidak fasih berbahasa Melayu. Walaupun bahasa yang mudah - mudah pun semakin ramai yang tak tahu :') Ianya menyedihkan.
Anonymous said…
Salam AS dan pembaca sekalian.

Semua kegagalan yang dinyatakan adalah disebabkan kegagalan dasar2 kerajaan yang memerintah selama 53 tahun...

Parti lain belum pernah berkuasa dan belum pernah melaksanakan dasar2 nya diperingkat nasional...jadi tidak hairan mengapa kebanyakan rakyat terutama golongan pertengahan dan berpelajaran menolak BN/UMNO...

Rakyat hanya menanti PRU 13 untuk menyingkirkan BN/UMNO...Kerajaan BN/UMNO telah gagal menjadi kerajaan yg bertanggungjawab dalam memikul amanah yang diberi.

Sekian terima kasih.

afja02
Anonymous said…
Pokok nya "TAK TEGAS"

Kementerian Dalam Negeri, TIDAK menpunyai warna kulit, bangsa 1 Malaysia dan sepatutnya A politik.

MAKA bertindaklah dengan TEGAS, melayu ka, cina ka, india ka kalau racist JALANKAN TUGAS apa tunggu lagi.

Waktu untuk bagi amaran sudah lepas.

Sekian.
Anonymous said…
Melayu bangsa pemaaf.
Melayu bangsa penyabar.
Melayu bangsa bertolak-ansur.
Tapi Dendam orang Melayu akan lahir
dalam bentuk AMUK (AMOK).
Hanya bangsa Melayu sahaja yang ada senjata tersebut.

Untungkah bangsa Cina yang mempunyai aset berjuta, hidup bagai raja di Malaysia?

Jika tercetus peperangan atau pergaduhan atas rasa tidak puas-hati(bukan kerana perkauman). Semua asetnya musnah akibat kebakaran, dimusnahkan, dirampas,dibunuh dan sebagainya.

Benar..
Bangsa Cina mempunyai kekuatan dari segi ekonomi. Tetapi aset itu akan musnah apabila wujud rasa tidak puas-hati. Bangsa Cina tidak mempunyai benteng Nyawa kerana nyawa mereka umpama sehelai daun kering.

Adakah bangsa Cina berfikir atas semua ini. Sejarah membuktikan bahawa Mereka hanya sekadar benteng penjajahan British dimana nyawa mereka akan digadai terlebih dahulu jika berlaku "AMUKKAN MELAYU menghentam musuhnya". Inilah strategi pengamal kristian, yahudi dengan bantuan para DAJJAL.

Bersyukurlah kamu wahai bangsa Cina dibumi Malaysia. Jangan kamu main api atas rasa tidak puas-hati, nanti aset kamu berjuta dan nyawa kamu yang tidak berbenteng dimusnahkan begitu sahaja.

Lebih baik bersyukur dan berterima kasih kepada orang MELAYU dan masyarakat bumiputera kerana telah memewahkan bangsa kamu.

***cetusan idea dari bangsa Melayu yang sayang bangsa dan Islam***
MENTERI AMARAN said…
ooohhhh takpe2... hina ALLAH x pee ... hina islam xpeee... hina raja...xpeeee.. ok ok...hina melayu...xpeee...x salah...asalkan orang cina yg buat ...tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...jgn sesekali melayu buat silap...MAMPUS kau... memang kena ISA...tgk org2 yg disyaki JI (jemaah islamiah)...main cekup jek...x pasal2...padahal dorang x buat apepun...sbbnye dorang ni melayu... kalau ni misal perbandingan yg ekstrem...kita ambik contoh lain...hmmm..contoh namewee cilaker tu ..hina islam/raja/melayu/kerajaan/azan/puasa... dan budak melayu yg letak bendera terbalik dlu... BEZA TAK ??? BEZA KAN HUKUMANNYA ??? memang umno ni pencacai...haram jadah...kaki jilat cina sbb undi...sbbnye org MELAYU x pandai main UNDI...kita pakturut... tu pasal UMNO mcm pencacai...hukum bangsa sendiri sahaja !!!
APabila bercakap dengan anak anak Cina sekarang mereka memahami Bahasa Melayu tetapi semangat cintakan Bahasa ibunda mereka terlalu tebal hingga tidak mahu menerima kebenaran erta hakikat bahawa kerakyatan yang diberikan kepada datuk datuk mereka adalah hasil anugerah persetujuan kemerdekaan.
Masaalahnya pula sejak BN memerintah mereka dan apabila pemimpin No 1 berubah , mereka cuba melakukan penradbiran mengikut acuan sendiri. Itu memang baik tetapi dalam soal mendaulat perlembagaan, mendaulat bahasa kebangsaan , pemimpin kita didapati terlalu lemah dan takut untuk bertidak kuasa berpelembagaan yang diberikan.

Apa sudah jadi dengan sekolah wawasan , Sk , Sk Tamil dan Sk Cina duduk berkampung dalam satu kawasam. Ini boleh mengurahkan perbagai masalaah yang kita lihat hari ini.. sifat aku akau dan engkau engkau telah membuat semua kaum berasa besar kepala.

PM dan kabinate harus fikirkan semula dasar penyatuan semua kaum.
Ketegasan membuiat keputusan amat perlu. Siapa yang nak beronatk sumbat sahaja dalam ISA. suka atau tidak perkara kedua. Saya rasa jika ada ketegasan atas dasar 1Malaysis, semua pemimpin harus akur dengan setiap keputusan. jangan hanya memikirkan soal poltik untuk kaum sahaja.
BN harus berubah demi kebijakan nya dalam permainan politik.

Fikir fikirkan lah 1malaysia.. WAJIB TAHU BERBAHSA MALASYIA KALAU MAHU TERUS MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA.
awangdeman said…
salam...
adakah org melayu sudah bersedia...
sudahkah orng melayu cukup ilmu didada...
adakah org melayu ada semangat jati diri...
persoalannya jika kita berubah penuhkan ilmu didada,...
kuatkan jati diri....
rapatkan syaf.....
kuatkan pegangan.....
pertahankan maruah....
pulang pada yang asal...
kenali siapa dirikita....

apabila melayu mudah lupa....
apbila amarah tertanam dalam diri...
apabila bongkak dan takbur menguasai diri......
apbila hilang pedoman......
apabila lupa usal usul...
menyebabkan bangsa jatuh kerna kebongkakkan pada diri sendiri...
bahawa aku sudah berjaya........
Anonymous said…
menteri amaran mesti melayu kan...memalukan...org bincang nk maki2 lak..
hemogelobin said…
Orang Melayu hanya bangga dengan perlembagaan yang ada sahaja.Orang lain akan lari laju supaya tidak menjadikan petrlembagaan sebagai halangan.Orang bila jadi pegawai kerajaan ada juga jadi gunting dalam seluar dalam.Bila jadi orang penting UMNO dia jadi pelobi nombor satu sekadar makan komisen yg tak seberapa.Bila jadi ulamak PAS jual agama pula.Bila jadi uasahawan 200 peratus bergantong pada gomen.Ada tanah melayu jual pada Cina.Anak melayu banyak penagih dadah.Emak bapa buat apa.Kerja buat anak sahaja ke.Bila besar biar begitu.Yang melepak pun melayu juga.Sebab itu orang Cina dia ada vision untok laju dan cepat.Dalam politik dah jelas dan terang.DAP,MCA,GERAKAN mimpi serupa.Melayu UMNO/PAS masih kalut macam orang tak waras.Jadi ketua bahagian bukan nak bagi elok parti umno.Malah melingkup lagi pula ada.Orang cina pun dah tahu yang melayu sudah kucar kacir.Melayu pandai tak boleh ditegur.Melayu tak pandai tak mahu dengar cakap.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
Kekadang terfikir kebijaksanaan Raja Brunei...bagi cina utk terlibat dlm ekonomi tp tiada ruang utk buang undi..Hasil nya negara tersebut aman dari demand yg melampau lampau....Daulat Tuanku!

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh