Tetamu Kehormat...

September 20, 2010

Jom Kita Sebarkan Hal Ini!


Jom Kita Sebarkan Perkara Ini!


Saya terpanggil untuk bersama-sama mempromosikan enjin carian yang berkonsepkan syariah di sini, agar semua pembaca dapat manfaatnya secara bersama. Saya salin maklumat ini daripada blog Warta Shubhi. Sama-sama kita mencubanya...

SELAMA ini injin pencarian apakah yang anda gunakan? banyak orang menggunakan "google", ada juga yang menggunakan "yahoo", tetapi pernahkan anda mendengar injin pencarian "I'mHalal"?

Tertarik dengan usaha Reza Sardeha, pengasas injin pencarian yang mempromosikan kebaikan dan menghindari kejahatan, saya turut ingin mempromosikannya di sini agar semua umat Islam menggunakan injin in untuk melakukan pencarian di internet.

Pengasas yang berasal dari Kuwait ini baru berumur 21 tahun dan usaha belau adalah sesuatu yang cukup baik. Selain dari pengguna muslim yang memang merupakan pengguna sasaran untuk menggunakan khidmat pencarian halal ini, pengguna bukan muslim juga nampaknya amat teruja menggunakan khidmat yang sama.

Mereka rasa lebih selamat membiarkan anak-anak mereka melayari injin pencarian halal ini kerana ia mengelakkan anak-anak mereka terdedah kepada perkara yang tidak bermoral dalam dunia internet. Sebagai anak kecil mungkin mereka tersalah taip atau atas dasar ingin tahu menaip perkataan yang mereka sendiri tidak faham, I'mHalal akan memastikan anak kecil itu tidak mendapat maklumat jika perkataan yang dicari berunsur haram.

Galakkan juga anak-anak kita agar hanya menggunakan injin pencarian yang dinamakan "I'mHalal" ini agar mereka sentiasa dilindungi dari terdedah kepada maklumat yang negatif seperti pornography atau arak dan sebagainya.

Anda boleh klik di sini untuk melihat Injin Pencarian I'mHalal tersebut dan pastikan ianya menjadi injin pencarian utama anda. Selamat mencuba.