Tetamu Kehormat...

September 5, 2010

Isu Tuduhan DS Najib Munafik : Sudahkah Mahfuz Memohon Maaf?

Bila Mahfuz Omar
Mahu Minta Maaf?


1. Bibir para pemimpin PAS dari dulu hingga sekarang sangat mudah mengeluarkan kenyataan "munafik", "kafir", dan "sesat" kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Seolah-olah sifat kemunafikan itu sama sekali tiada dalam diri mereka. Mahfuz Omar- merupakan salah seorang pemimpin PAS yang lahir dalam lingkungan "Amanat Haj Hadi" 24 tahun yang lalu.

2. Seperti yang Mahfuz Omar sendiri tahu, menuduh orang Islam sebagai munafik adalah suatu perbuatan yang sangat berat. Hampir setiap daripada kita - termasuk diri Mahfuz sendiri sedikit sebanyak pasti mempunyai sifat-sifat munafik. Apakah pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah bercakap bohong? Apakah Anwar Ibrahim bebas daripada bercakap bohong kepada rakyat selama ini? Bukankah isu 16 September adalah satu pembohongan Anwar Ibrahim? Bukankah berbohong merupakan salah satu sifat munafik - apakah para pemimpin PAS yakin mereka bebas daripada sifat ini?

3. Adakah Mahfuz sedar sejauh mana beliau sudah menjalankan amanahnya sebagai Ahli Parlimen di kawasan Pokok Sena yang diwakilinya? Berapa banyak janji yang telah ditaburkan kepada pendudukan di kawasan tersebut yang masih belum beliau ditunaikan? Malah, cuba nilai diri sendiri dahulu, sebelum mudah melabelkan orang lain sebagai munafik. Apakah selama PAS wujud selama ini - semua janji sudah ditunaikan? Jika tidak, bukankah itu salah satu sifat munafik? Berapa banyak janji yang telah ditaburkan oleh Anwar Ibrahim, tetapi gagal dikotakan selama ini? Dan banyak mana pula janji Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sebelum ini sudah ditunaikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah? Khabarnya banyak janji PR tidak ditunaikan seperti mana yang telah dijanjikan. Bukankah memungkiri janji itu salah satu sifat munafik?

4. Maafkan saya jika saya menasihati saudara Mahfuz Omar - bukankah saudara tahu, sesungguhnya salah satu ciri orang munafik ialah apabila berdebat atau bertengkar dia akan melampau - sifat ini sangat serasi dan dekat dengan para pemimpin PAS. Apabila kita mendengar ucapan dan ceramah pemimpin-pemimpin PAS tertentu - kata-kata kesat, maki hamun, buruk sangka sudah menjadi asam garam dalam pengucapan mereka. Tahap melampau sesetengah pemimpin PAS mengutuk dan merendah-rendahkan ahli dan para pemimpin UMNO sudah sampai ke tahap melampau dan tidak boleh lagi diterima oleh manusia yang berfikiran waras. Dan sekarang Mahfuz Omar melebelkan DS Najid sebagai seorang munafik - saya fikir silap haribulan, dibimbangi sifat munafik itu berbalik kepada saudara Mahfuz, nauzubillah. Mahfuz dan para pemimpin PAS disaran agar bermuhasabah diri sendiri terlebih dahulu, sebelum menuduh orang lain kafir atau munafik sesedap mulut.

5. Nah, sekarang tatkala semua pemimpin PAS membisu seribu bahasa berhubung pengguguran asas perjuangan parti tersebut untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam apabila disergah oleh karpal Singh dan Lim Kit Siang - semua ulama PAS sunyi sepi, nak jaga hati Nik Aziz dan DAP. Bukankah ini sifat munafik yang jelas lagi terang-benderang? Selama berpuluh-puluh tahun modal politik PAS ialah UMNO tidak mahu hukum Hudud dan negara Islam, sedangkan PAS berjuang untuk kedua-dua perkara itu, tetapi sekarang, hukum Hudud entah ke mana, negara Islam entah ke mana. Siapa sebenarnya yang bersifat munafik? PAS atau UMNO? PAS jual hukum Hudud dan negara Islam dengan harga yang sangat murah atas nama demokrasi dan menginginkan undi DAP.

6. Lantaran itu, hakikatnya siapa yang sebenar mengkhianati Islam? Cubalah saudara Mahfuz gunakan akal sedikit. Jangan mudah menuduh orang itu, orang ini bersikap munafik - tersilap hari bulan, kita pula yang jadi munafik. Wallahualam. Sudahkah beliau memohon maaf kepada DS Najid? Ramadhan semakin hampir ke penghujung, sudahkan Mahfuz menyusun sepuluh jari meminta maaf dan menarik semula tuduhan yang telah beliau lemparkan terhadap DS Najib? Atau hakikatnya, Mahfuz tidak ada rasa berdosa pun dalam hal ini. Wallahualam. Baca laporan dan kenyataan Mahfuz Omar terhadap DS Najib 4 bulan yang lalu.


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Harakah Daily): Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas. Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

"Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pendedahah tersebut sekaligus hampir menjawab pendedahannya semalam di Dewan Rakyat, iaitu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa masih menjalinkan perdagangan komersial secara rahsia dengan negara haram Israel sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed sejak 20 Mac 1996 lalu. Ekoran kapal misteri itu juga, menurut beliau sekaligus hampir menjawab dua dakwaannya sebelum ini, iaitu kerajaan Malaysia terbabit membekalkan bahan kimia dan minyak kelapa sawit ke negara haram tersebut sejak Mac lepas.

Dari segi yang lain, beliau mendesak kerajaan mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit yang membekalkan komiditi tempatan pada Israel.

"Saya cabar Najib jelaskan di Parlimen berhubung siapa pembekal minyak sawit negara kepada negara haram itu kerana hanya Sime Darby dan Felda sahaja terbabit dalam perladangan komersial itu."

"Dua-dua (Sime Darby dan Felda) adalah GLC, Najib tak perlu bermunafik dengan saya," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, sifat munafik Najib sudah tentu mengguris para peneroka dalam kedua-dua GLC tersebut sekiranya para peneroka terbabit tahu realiti sebenar sifat munafik Najib, Umno dan BN. Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoal peranan kerajaan dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air.

"Takkan radar kapal selam Najib tak boleh kesal kapal milikan Israel ini sedangkan kapal ini bukan ada di dasar laut, wartawan Utusan pun boleh kesan," sindir beliau lagi. Tuntas dari itu, beliau meminta Najib membentangkan semula usul mengecam zionis Israel dalam masa terdekat tanpa berwajah munafik seperti sekarang.

24 comments:

TokAyah said...

Mahfuz ni cakap tak pakai otak ikut sedap mulut. Belum ada satu idea yg baik memajukan negara dan rakyat yang dikeluarkan dari hujah2 beliau selama ni. Nak kategori beliau sebagai ulamak pas pun tak nampak kredibiliti beliau. Kalau setakat nak menyalak dan komen idea orang pelajar sekolah pun boleh buat. Mana standart wakil rakyat? HAMPEH !!! Maaf pinjam kata2 Dato Sri Najib.

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Dalam budaya Melayu ada pepatah "Tin Kosong". Mahfuz semu orang tahu termasuk dalam specise diatas.

Masalah Mahfuz ialah dia walaupun cakap pasal Islam berbuih mulut tetapi tak mengamalkan satu prinsip Islam iaitu "muhasabah" atau dalam Bahasa melayu "Bercermin diri".

Mahfuz seperti Mohd Sabu juga menghabiskan masa mencari kesalahan orang. Dia dikenali bukan seperti Dr ridhuan Tee yang mengulas dan menasihatkan umat Islam. Dia bukan seperti Dr Mahathir yang menghasilkan "Malay Dilemma" yang mengupas cara orang melayu berfikir.

Dia juga bukan seperti Mufti Perak yang setiap keluar dari mulut beliau ialah seruan supaya UMNo dan PAS mencari titik pertemuan berdamai untuk perpaduan Islam.

Banyak yang keluar dari mulut Mahfuz ialah fitnah, maki hamun. Dia dari jenis tak jaga mulut seperti seorang penceramah PAs( sudah aruah) yang mernuduh Dr mahathir tonton filem lucah.

Sebenarnya tiada apa yang dibanggakan dengan Mahfuz. semoga Mahfuz( dan kita semua) menjadi insan yang jaga tutur kata.

Kalau mahu menegakkan Islam, contohi akhlak Nabi Muhammad SAW.

SEkali sekala elok juga Mahfuz bercermin diri. Lain lah kalau tak percaya Allah SWT.

C L J said...

Tuduhan tersangkut akidah dan hukum itu adalah terlalu berat. Sedangkan mutlaknya adalah hak Allah. Maka hati hatilah saudara saudaraku takut kelak kembali padahnya terhadap yang melulu menuduh itu.

Muhammad Azli Shukri said...

tok ayah, shamsul anuar dan CLJ saya sependapat

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Saya ingin ulas satu topik( tak berkenaan Mahfuz) iaitu Perlembaggan.

Ramai dari kita( majoriti rakyat Malaysia) beranggapan yang "Peruntukan" khusus untuk Melayu dalam Perlembagaan adalah kerana kelemahan ekonomi Melayu.

Sebenarnya itu anggapan yang tak tepat. Peruntukan khas untuk orang melayu adalah sebagai ganti kepada Kemurahan hati Raja Raja melayu memberi kewarganegaraan lebih satu juta kepada bukan melayu.

Perlembagaan mengambil jalan tengah. walaupun ada pihak persendakan Perlembagaan sebagai tidak Islamik tetapi ia( yang menggubal) cuba berlaku adil.

Malah penjajah( British) sendiri mengakui hakikat ini. Mereka faham orang Melayu mesti diberi sesuatu kerana Melayu telah bersetuju memberi satu anugerah yang sangat besar pada bukan Melayu iaitu kewarganegaraan.

Ini adalah satu rekod dunia dimana dalam sehari( ketika merdeka) peratus Melayu sebagai warganegara turun drastk dari 90% kepada kurang 60%. Dari satu bangsa yang ada hak Eksklusif pada satu negeri bernama Tanah Melayu, Melayu sanggup berkongsi dengan bukan Melayu.

Menyatakan "Peruntukan " khas pada Melayu adalah kerana ekonomi Melayu lemah adalah tak tepat. Samada lemah atau tidak, Peruntukan khas pada melayu masih diberi sebagai balasan mereka memberi kewarganegaraan.

Justru itu, sebarang usaha menghapuskan Peruntukan itu dengan alasan "berapa lama Melayu mahu tongkat' adalah salah .

Ini mkerana Peruntukan khas tersebut diberi sebagai balasan bukan Melayu dapat kewarganegaraan.

Jika peruntukan tersebut dipertikaikan oleh ahli politik setengah masak, maka jangan terperanjat yang orang Melayu boleh juga pertikaikan hak kewarganegaraan bukan melayu.

Ini akan mengundang perasaan tidak senang hati pasda semua orang.

Apa itu "Peruntukan " untuk orang Melayu? Salah satunya menyatakan yang 4 dari 5 kakitangan kerajaaan mestilah Melayu.

Dan satu lagi keistimewaan dari peruntuka biasiswa, ugama islam, Bahasa Melayu, raja-raja.


TURUT DINYATAKAN IALAH UGAMA BUKAN ISLAM BEBAS DIAMALKAN DAN IANYA MESTI DIAMALKAN DENGAN CARA TIDAK MENGGANGGU UGAMA ISLAM.

Ada sesiapa dari ahli politik Melayu yang cuba guna peruntukan tersebut untuk beritahu rakyat Malaysia yang cubaan benarkan Kristian guna perkataan Allah sebenarnya "MENGANGGU " umat Islam.

The Clown said...

Yang kita tahu, inilah manusia yang mahu tunjuk hero membela pesalah-pesalah trafik yang tak mau bayar saman.

Nak jadi hero.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih saudara shamsul atas penjelas tersebut...

agbr47 said...

Terima kasih saudara Shamshul. Tak ramai yang buat komen sebegini. Kebanyakan komen terpengaruh dengan dakyah non-bumi. Semoga pembaca akan sedar dengan peruntukan perlembagaan ini.

agbr47: Bila dah di pusing-pusing sampai boleh sesat jalan.

awangdeman said...

salam....
tapi ada orng melayu tak faham....
ada yang tak bersyukur.....
terutama org Melayu yang terlebih pandai mcm Mr. Bean. bila tak dgr cakap puak2 ni dia kata kita buta perlembagaan...

alehkayong said...

salam ramadhan ,salam ziarah dan salam perkenalan, saya dapt add tn dari blog Udanggalah.i 'll follow u insyallah.

Muhammad Azli Shukri said...

aley kayong..terima kasih banyak2

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

KAPAKTAJAM said...

kITA SAMA 2 TGOK SETAKAT MANE TAHAP PELAJARAN DIE. ITU SBB ORG BERILMU LEBIH BAYNYAK DIAM DARI BERCAKAP. MAHFUZ IBARAT TIN KOSONG, SO PERSETANKAN CAKAP DIE TU, KALAU KITA LAYAN KITA PUN SAMA DUNGU MCM DIE.

rinandamku said...

si mahfoz tu tak perlu dihairankan , maaf..dia sekolah cuma SPM ! SPM tak lulus pun !!
modalnya dalam politik cuma airliur , membohong dan memfitnah tak kira masa dan tempat dari dulu sampai sekarang !

belum pernah saya dengar mahfuz mengutarakan sebarang cadangan pada isu apapun secara membina , belum pernah saya melihat mahfuz menjayakan sebarang acara nasional seperti usaha sumbangan ke Gaza atau sumbangan amal palestin !

si Mahfuz ini hanyalah seorang manusia yang dimatanya cuma kuasa , dilidahnya telah berakar pembohongan dan kata nista , hidupnya cuma mencari kesalahan orang , diri sendiri tak terdidik ..

Anonymous said...

Mahfuz ni ingat kerja Najib jaga Kapal masuk westport ke? aduhhh memang bebal tahap dewa keluaran tadika pasti PAS, jadi apa yang keluar dari mulut dia pun tahap tadika pasti je lah.

Anonymous said...

Ulamak yg ada didalam PAS cuma 2 org saja...HARUN DIN dan TAIB AZAMUDDIN...yg lain tak payahlah...LIDAH MCM POKEMON...BUSUUUUUUUUUUK!!

a ali /46sekupang said...

salam Azli-saya ingin menasihat saudara Mahfuz cuba fahami keseluruhan tafsir surat At- Taubat berkenaan munafik ini kemungkinan apabila saudara baca dan faham nanti jatuh atas batang hidung sendiri.yang ke2, harap kementerian penerangan banyakan lagi cerita berkaitan sejarah untuk ditayangkan diTV 1,2.jika boleh dalam semua bahasa.dengan itu mungkin orang-orang yang buta sejarah ini dapatlah sikit pengatahuan.tahniah diatas hujah saudara Azli atas kebenaran.

shamshul anuar said...

Saudara AGB47,

Kemelut bila Perlembagaan dipertikaikan adalah kerana ramai yang tak faham.

Bila tak faham maka senanglah ahli politik yang tak berguna ini boleh memanipulasi sentimen untuk kepentingan politik mereka.

Beberapa rakan Cina saya bertanya kenapa mesti ada Peruntukan itu selepas 50 tahun merdeka? Kata mereka adakah Melayu takut bersaing, masih tak yakin paa diri sendiri.

Saya ambil masa hampir 20 minit terpaksa terangkan yang Peruntukan khas untuk Melayu tiada kena mengena dengan ekonomi. Mana ada satu bangsa nak bagi kewarganegaraan percuma tanpa ada sebarang balasan, tanya saya.

Baru mereka faham.

RTM boleh buat lebih baik lagi. Yang sering kita dengar menjelang ulangtahun meredeka ialah Lagu Sudirman dan teriakan Tunku sebut "merdeka".

Itu sajakah? Tak bolehkah RTM buat satu rencana( contohnya 30 minit) pasal butiran Perlembagaan.

Rencana iu boleh disiar berulang kali. Apa salah juga siar petikan yang Mendiang Tun sambanthan kata tentang kemurahan hati Melayu yang unik didunia ini dari segi anugerah kewarganegaraan.

Tak bolehkah RTM siarkan ucapan Tunku sepenuhnya ketika merdeka, bukan setakat teriakan "Merdeka" saja.

Tentu tak jadi masalah juga jika RTM siarkan yang satu peristiwa penting iaitu Raja-Raja menandatangani Perjanjian Kemerdekaan 3 minggu sebelum merdeka.

Ramai dari kita sendiri tak sedar akan perkara ini.

Sekali sekala kita kena ingatkan semua orang akan asas negara ini. Bukan "nostalgia" tetapi sejarah amat penting.

Bila kita tak tekankan sejarah, maka akan ada haprak( ada setengahnya ahli politik Melayu sendiri) yang cabar hak Melayu dengan berkata mengapa perlu ada "peruntukan" khas untuk melayu.

Dan mereka nampak seperti rasional bila pertikaikan perkara ini kerana ramai dari kita jahil pasal Perlembagaan.

Dan mereka hampir berjaya kerana kita ambil mudah. So, Dr rais Yatim , buat sesuatu.

Anonymous said...

saya setuju pendapat saudara azli..Hak orang dia cepat cari salah, hal diri sendiri x nampak..itulah sifat manusia cari salah.....kuman seberang laut jer nampak..gajah depan mata hampehh...

Anonymous said...

Dalam konteks sejarah dan sosio-politik Malaysia hari ini, perlembagaan negara boleh diterima secara universal dan juga prinsip maslahat massa, tetapi tidak mutlak sebab itu pernah ada pindaan kecil seperti kes raja tahun 1993 dahulu. Pindaan dibuat di atas objektif jelas utk kebaikan semua dan semasa. Jika pindaan mendatang mudharat dan liabiliti, ianya akan jadi political suicide. Itu sifirnya.
Perlembagaan seperti peraturan kad kuning dan kad merah dlm bolasepak, diterima secara universal kini. Mungkin suatu hari ini ditambah lagi kad hijau atau dimansuhkan kad merah di atas pendekatan terbaik masa itu.

DR NO

Anonymous said...

Mampus Omar ni antara manusia yang paling tak beradap,,dia ingat kunci syurga dia pegang ke

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

Anonymous said...

Mahfuz tuduh DS Najib munafiq?

Apa dia tahu fasal munafiq tuuhh...

Bila Mahfuz belajar ugama?

Tok Guru mana Mahfuz belajar boleh hukum DS Najib munafiq?

Anonymous said...

saudara shamsul anuar betul...kalaula nurul izzah belajar sejarah penubuhan tanah melayu (malaysia tahun 63 ya) org Melayu yg banyak berkorban dgn memberikan kerakyatan negara secara automatik kpd bukan Melayu/ bukan Bumiputera (read: Cina, India dsbnya)...kalau nurul izzah belajar sejarah yg betul bukn sejarah versi DAP/PAP, tak tergamak dia cadangkan dasar2 yang melindungi org2 Melayu seperti DEB dimansuhkan\dikaji semula.belajar tingi2, bodoh bertimpa2....