Tetamu Kehormat...

September 1, 2010

Isu Hudud dan Negara Islam : Mahfuz Membisu Seribu Bahasa


Pendirian Mahfuz Terhadap Hudud
Masih Menjadi Tanda Tanya


Kemarahan Ibrahim Ali terhadap PAS yang didakwanya telah berbohong kepada rakyat kononnya parti tersebut ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud adalah sesuatu yang normal dan tidak perlu diperbesarkan. Pada saya, bagi manusia yang ada akal fikiran dan ketenangan hati - sudah tentunya mengetahui bahawa sifat berbohong dan memutar-belitkan hukum agama merupakan sebahagian daripada kerja PAS.

Menipu, cakap berbelit-belit, mengeluarkan fatwa mengikut kepentingan politik dan mencaci-maki adalah budaya yang sudah menjadi darah daging para pemimpin PAS yang kemarukan kuasa. Pada saya tiada isu PAS berbohong kepada rakyat - sebab kerja PAS sememangnya suka berbohong dalam isu negara Islam dan hukum Hudud - dahulu Nik Aziz pernah berkata DAP tidak perlu gusar kerana di dalam buku perlembagaan PAS pun sama sekali tidak tertera fasa untuk menubuhkan negara Islam. Hal ini kemudiannya disokong oleh Nizar Jamaluddin sewaktu persidangan DUN Perak pada tahun lepas. Aspirasi untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud hanya 10 peratus sahaja ahli PAS yang mahu, selebihnya tidak berapa kisah soal tersebut.

Cuba lihat sikap Mahfuz Omar, Husam Musa, Hassan Ali, Mat Sabu, dan ramai lagi pemimpin-pemimpin muda PAS yang kelihatan menyambut dingin perjuangan menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum Hudud. Yang paling pendiam dalam hal ini ialah Datuk Mahfuz Omar - kalau membantai UMNO dialah no 1, bila sampai bab Hudud dan negara Islam, batang hidung pun tak nampak, sampai sekarang kita masih tidak tahu pendirian Mahfuz berhubung isu ini. Jadi fikir-fikiranlah. Siapa sebenarnya yang menolak Hudud dan siapa pula yang mahukan Hudud. Wallahualam.


PASIR MAS 31 Ogos - Pas telah membohongi rakyat bahawa mereka akan menubuhkan sebuah negara Islam sekiranya berjaya memerintah negara ini bersama dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia jelas kerana kesemua pemimpin pembangkang telah menandatangani perjanjian bahawa mereka akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, perjanjian tersebut adalah berbeza dengan ceramah-ceramah yang dijalankan oleh pemimpin parti berkenaan di kampung-kampung yang menyatakan Pas berpegang teguh kepada dasarnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan melaksanakan hudud.

"Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hudud kerana parti itu tidak akan dapat memerintah negara ini.

"Kalau mereka sendiri tidak dapat tubuh kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), impian ini tidak akan menjadi kenyataan kerana DAP secara terang-terangan menolak hudud serta negara Islam," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita kepada Majlis Makan Colek Perdana dan Sambutan Diambang Kemerdekaan di Tendong di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Pas tidak lagi meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan berdasarkan beberapa tindakannya hari ini yang berjuang hanya untuk kepentingan politik semata-mata.

"Pemimpin Pas terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mempertahankan segala tindakan yang dibuat oleh DAP dan PKR," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

kaloo ayah pin berkerajaan langit dikatakan sesat...Al Arqam sbb ajaran menyimpang dikatakan sesat...tp kalau tolak hudud (hukum Allah) bukan sesat juge ke?

Kadir