Skip to main content

Fitnah Terbaru Aziz Bari!


Fitnah Terbaru Aziz Bari!

Saya masih tidak faham dengan seorang pensyarah yang bertaraf profesor dari UIA ini. Walaupun sudah jelas bahawa beliau begitu kuat menyokong Pakatan Rakyat - tetapi sebagai seorang ahli akademik dan mengajar pula di sebuah universiti Islam - saya fikir beliau tahu sedikit sebanyak berkenaan hukum-hakam Islam, khususnya dalam persoalan fitnah dan berburuk sangka!

Aziz Bari - ahli akademik yang pakar perundangan dan perlembagaan Malaysia dengan "selamba" membuat andaian yang masih belum terbukti benar, kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas merupakan percubaan halus UMNO untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut. Pada saya, tuduhan Aziz Bari ini sangat jelas berniat jahat lagi busuk - bahkan ia hanyalah andaian dan tuduhan yang bersifat buruk sangka terhadap UMNO. Dan bukankah ia merupakan andaian yang berunsur fitnah?

Sebagai pengamal undang-undang dan sering mendakwa berpijak atas kebenaran - tuduhan beliau terhadap UMNO kononnya mahu menyingkirkan Tengku Razaleigh adalah satu fitnah dan sangkaan buruk yang penuh dengan sikap dengki dan khianat. Mengapa secara tiba-tiba Aziz Bari begitu pantas memberi ulasan dan komen berkenaan lantikan Tengku Razaleigh tersebut, sedangkan beliau sendiri membisu seribu bahasa berhubung pergolakan politik dalaman PKR yang sedang hangat dengan budaya cantas-mencantas, buruk-memburuk sesama calon yang bertanding dan amalan kronisme yang semakin bernanah dan membusuk di dalam parti tersebut?

Mengapa Aziz Bari begitu bising dengan pelantikan Tengku Razaleigh dan menuduh kononnya UMNO mempunyai niat jahat untuk menyingkirkan beliau - tetapi, pada masa yang sama tidak pula bising dengan penyelewengan yang sedang berlaku di dalam PKR? Jelaslah, Aziz Bari juga tidak terlepas daripada bersikap "condong" dengan parti politik yang disokongnya, dan bukan lagi condong terhadap kebenaran yang seharusnya menjadi prinsip hidup beliau yang dilaung-laungkan selama ini!

Saya ingin mengingatkan para pensyarah universiti di Malaysia, jangan memperbodohkan diri sendiri dengan menjadi alat kepada parti pembangkang dan kuda tunggangan Anwar Ibrahim. Baca Laporan di bawah :


SHAH ALAM 30 SEPT: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Dr Aziz Bari percaya pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, sebagai cubaan halus Umno untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Beliau berkata Umno nekad dengan meletakkan tekanan kepada Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi menyulitkan kedudukan beliau yang sering berpihak kepada kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memperjuang royalti minyak. "Saya menganggap ini amaran kepada Ku Li sama ada terus kekal atau keluar Umno. Walaupun kita melihat beliau konsisten tidak senada dengan Umno tetapi dia masih belum keluar," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Ku Li selama ini didesak pelbagai pihak supaya keluar Umno dan menyertai Pakatan Rakyat berikutan kecenderungannya memihak kepada kerajaan Kelantan dalam isu royalti minyak dan beberapa perkara lain. Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian wakil rakyat Pas, Che Hashim Sulaima akibat barah usus, mendorong laluan kepada pilihan raya kecil ke-12 sejak Mac 2008. Mengulas mengenai peluang Pas memenangi pilihan raya kecil itu, Aziz percaya keputusan pilihan raya kecil itu secara matematiknya berpihak kepada Pas walaupun Ku Li memimpin kempen Umno Barisan Nasional.

Beliau berkata, Umno BN tampak tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil mengejut walaupun mahu menunjukkan kemampuan mereka merampas semula kerusi DUN yang terlepas ke tangan PAS pada 2008. Katanya, kemerosotan pengundi Umno BN dijangka berlaku melibatkan undi pos berikutan masyarakat orang Asli di Kelantan khususnya DUN Galas semakin selesa dengan kepimpinan Pas.

Comments

blogenstarz said…
Bodoh Tak boleh diAJAR.
Pandai tak boleh diIKUT
Anonymous said…
Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..

Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.

Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.

Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.

Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan
Azli , prof kangkung kebanggaan PAS ini semakin teruk la bila dia bercakap .. sudah terikut Guan Eng lidah biawak dah skrg ini

dulu beliau cakap berlandaskan perlembagaan dan undang2 kini dia pun terikut Mahfuz bean yang suka buat spekulasi dan fitnah ..

nampaknya standar prof kangkung Aziz Bari ini pun lebih kurang sama standard dgn Mahfuz Bean SPM Gred 3
Anonymous said…
Kalau dah bijak sangat dlm arena politik... letak jawatan dan jadi Calon ADUN atau Parlimen.... bergiat sepenuh masa dlm politik... Jadi tak yah ler buat komen2 dan andaian yg tak mendatangkan faedah pada diri nye sendiri juga masyarakat.
pakteh adam said…
Ini ISLAM ALA ALJUBRI, selepas ISLAM HADHARI.

Pertuturan pemimpin yang mengundang fitnah, kemunafikan ( bidang kemahiran khusus N.ajis)

Aziz Bari hanya scholar yang terperangkap keinginan tinggi dan ketidakupayan diri. So, he is just a stupid fucking JOKER.
Doktor ayam said…
bukan semua prof cerdik dan bijak.Yang lagi bahlol drp budak tadika pasti pun ada.Dia banyak guna kepala lutut drp kepala hotak.Dia risau ADUN Galas BN menang.Aku yakin kali ini BN akan galas DUN Galas kalau Ku Li jadi pengarah pilihanraya.Pasti jangan ada dajal politik sabotaj saja.Kalau ada rumitlah BN.Sebab penyakit dlm UMNO suka sabotaj.Sebab tu Prof pro PKR ini cuba jolok agar UMNO ada masaalah.
aiman said…
Beliau bukan bijak tapi lawak bodohnya nak cari nahas buang kerjo. Ini kerana profesionnya tak glamouur. Dia nak cari glamouur macam si tanggang tuuu.
Anonymous said…
Hati busuk....
Anonymous said…
Aziz Biri Biri ni tak layak jadi prof kerana akai tara lihat saja parti yg dia sokong macam perangai dia fitnah fitnah itu saja awak tu prof banyak kerja kat UIA kalau nak masuk politik berhenti saja jadi prof banyak lagi yg dok tunggu nak jadi prof tu lah kata org tak ada kerja cari kerja dah ada kerja melopong buat habis beras negara je.
Anonymous said…
Aziz Pari ni bkn ke abang Vella Pari s/o Samy ???
Anonymous said…
kalau aku la jadi student uia aku dah ludah muka dia ni. tak pun ajak dia debat terbuka.
Anonymous said…
dia tafsir undang2 ikut tafsiran kepala bapak dia. kalau jadi hakim dah tentu masuk neraka.
KAPAKTAJAM said…
KAPAK, juga berpendapat adakah wajar beliau masih dikekalkan di UIA. Ini lah persoalannya?

Mmg kita tahu bahawa dgn akta universiti yg ada skrg KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia TIDAK mempunyai hak utk campurtangan dalam pentadbiran UIA TETAPI jika sesuatu fitnah yg ditabur oleh Pensyarahnya adakah tiada peraturan yg boleh menghukum mereka ini.

Adalah diharapkan KPTM bertindak segera mengikut lunas2 tertentu dan agar ia menjadi pengajaran kepada yang lain. Jgn mereka merasakan dengan kehebatan yg mereka miliki itu boleh buat dan lakukan apa saja yg mereka fikir mereka betul TANPA memikir perasaan org lain dan mengikut fakta yg shahih.

Mmg pandangan dan pendapat adalah hak demokrasi individu TETAPI di atas hak kebebasan itu perlu juga ada beberapa nilai yg wajib difikirkan dan disekat agar sesuatu kedangkalan yg dibuat TIDAK menjadi satu bahan hasutan.

oleh itu, marilah kita fikirkan sesuatu diluar kotak minda biasa. Wajar atau Tidak Wajar beliau berbuat begitu dan kesan2nya.
FataMorgana said…
Aziz Bari pro-pembangkang ke? agak terkejut bila baca entri ni.. Saya pengumpul buku undang-undang tulisan aziz bari.
azlishukri said…
famaous - memang benar prof aziz pro pembangkang
akulah69 said…
salam, Aziz Bari, itu membuktikan bahawa makin ramai cerdik pandai menyokong pakatan.

aku percaya, kalau dUMbNO ini parti yang benar2 ikhlas, aku ikut UMNO. Tapi nampak dUMbNO makin berbelit-belit..... nafsu kata ikut tapi akal fikir kata, fikir-fikirkan dulu...
Anonymous said…
Atas pentas politik semuanya harus tetapi berburuk sangka atas pentas akademik hanya akan merendah-rendahkan martabat ahli akademik. Jadinya terpulang kepada komuniti akademik untuk menerima atau menolak pembawaan sebegini kerana ia melibatkan nama baik mereka jua.
Anonymous said…
selalu nak tunjuk pandai aje, kalau pandai benor kenapa dia tak tanding PRU dulu dan akan datang juga, meluat aku
Farihah Ahmad said…
This comment has been removed by the author.
Farihah Ahmad said…
sahabat2...apa kata sahabat2 sekalian melihat ini buat seketika
http://www.iiu.edu.my/laws/staff_print.php?uid=50
...agak kelakar bila melihat kalian menggelarkan bermacam2 gelaran kepada prof aziz bari ni,... 'prof kangkung','stupid fucking joker','bodoh','xlayak jd prof' n mcm2 lagi...cuba bc link yg saya bagi tu...baca perlahan2...tepuk dada tnya iman, tnya otak,...jgn tnya kepala lutut...lain jadinya...

*teringat satu kisah tentang pak pandir yg memanggil org lain bodoh.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh