Tetamu Kehormat...

September 28, 2010

Berapa Ramai Pemimpin UMNO Seperti Puad Zarkashi?

Berapa Ramai Pemimpin UMNO
Seperti Puad Zarkashi?

Blog ini menyokong penuh kenyataan dan hujah Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berhubungan persoalan " I am Malaysian First and Malay Second". Baca Laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menulis pemimpin-pemimpin Melayu yang menegaskan diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian sebagai “dilanda sindrom Malayfobia.”

“Apabila ada pemimpin Melayu yang menyatakan “I am Malaysian first and Malay second,” sebenarnya dia dilanda sindrom ‘Malayfobia’,” kata beliau dalam tulisannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Sehubungan itu, Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sindrom ‘Malayfobia’ cukup bahaya dan boleh mengancam jati diri bangsa.

“Wajar semua pihak membanterasnya,” katanya.

Dalam tulisannya itu beliau tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin Melayu secara khusus tetapi dilihat cuba membalas tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dalam surat terbukanya kepada Awang Selamat, yang disiarkan di The Malaysian Insider, bahawa beliau bangga untuk mengatakan dirinya “I am Malaysian first and Malay second”.

Kata beliau, sebab itu mana-mana pemimpin Umno jika dia mengatakan dirinya sebagai “Malaysian first, Malay second,” sebenarnya dia menyanggah Perlembagaan, perjuangan dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

“Oleh itu cabaran Kit Siang hanyalah satu perangkap halus.

“Malangnya sudah ada orang Melayu yang terperangkap. Sedangkan Kit Siang sebagai individu yang melontarkan idea itu sendiri bersikap cakap tidak serupa bikin,” katanya.

“Apa tidaknya, dia boleh kata, “I am Malaysian first and Chinese second.” Hakikatnya, tindak-tanduk beliau lebih kecinaan iaitu “I am Chinese first, Malaysian second”,” kata beliau. Puad menambah, perjuangan politiknya tidak sama dengan apa yang dia laungkan.

“Semuanya bersifat perkauman. DAP hanya berminat dalam isu yang membabitkan satu kaum.

“Cukup jelas DAP menang kerana sokongan pengundi Cina. Tanpa undi Cina mereka tidak akan menang. Sebab itu mereka terus memainkan isu orang Cina, kerana itu sumber mereka meraih undi dan kemenangan dalam pilihan raya selama ini,” kata beliau lagi.

Isu ‘I’m Malay first and Malaysian second’ muncul dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran April lalu. Puad, ahli Parlimen dari Johor juga mendakwa tidak salah seseorang itu mengaku dirinya “I am Malay first,” “I am Chinese first” atau “I am Indian first.”

“Semua memahaminya kerana dalam konteks Malaysia, kepelbagaian adalah aset atau kekuatan dan bukannya liabaliti. “Dalam konteks ini (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut terperangkap, bila berkata dia tidak bangga mengaku dirinya sebagai orang Melayu.

“Dia lebih bangga dipanggil sebagai orang Islam,” katanya.

Puad juga mendakwa apakah Nik Aziz lupa, dari segi fitrah, Allah turunkan manusia lebih dulu ke bumi sebelum Allah menurunkan agamanya. “Allah menjadikan manusia berperingkat, berbangsa-bangsa, lelaki dan perempuan supaya mereka mengenali antara satu dengan lain.

“Ini yang dikatakan sebagai ‘multi level identities’ atau pun ‘hirarchy of identities’. Sebab itu sebuah negara bermula dengan kampung, mukim, daerah, negeri dan kemudian barulah negara. “Maka dia kena ingat akarnya yang bermula dari kampung. Jika tidak, dia sebenarnya meruntuhkan asal usulnya,” katanya lagi.

12 comments:

Anonymous said...

Sebelum manusia diturun ke bumi dlm bentuk jasad, rohnya terlebih dahulu diberi agama 'Adakah aku tuhan kamu?'. Sebab itu kita disuruh bergaul dgn semua bangsa dgn membawa agama fitrah ini agar mereka dapat kembali kpd fitrah roh itu. Macam mana ayat ' aku bangga jadi Jakun'? Maaf bukan niat menghina ini bangsa ini.

DR NO

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

nak jawab nanti byk persoalannya.eloklah kita sama-sama mentelaah kitab NUR MUHAMMAD terlebih dahulu.JOM...

Kama At-Tarawis said...

Anon 3.25: Di mana salahnya "Aku bangga menjadi Jakun"? Semasa saya di ITM dulu ada seorang pensyarah dari suku Sakai. In fact dia anak Orang Asli yng pertama, kalau tak silap, menjadi pensyarah dan seterusnya mendapat doctorate. Namanya Akim Buntal, orang Pahang. Dia sentiasa expressed kebanggaannya sebagai anak dari suku Sakai.

anti bohmau said...

salam,

betul kata dato' fuad zakarshi. hanya bangsat yg tidak mengaku asal usulnya!!!

kita orang melayu asal dari tanah melayu tidak perlu 'mencelupkan' diri menjadi orang lain, bangsa lain, warna lain kerana bila mati dikuburkan di kubur orang melayu islam, insyaallah. takder punya orang nak bawa pergi ke kubur orang arab di arab nu atau kubur orang islam di pakistan nu ka...

berhentilah berangan2 nak jadi bangsa lain kerana sudah termaktub sejak azali kita dilahirkan sebagai melayu. duduk di london sampai matipun, orang tak kata kita orang putih @ bila mati di mekah, orang tak kata kita orang arab! lu fikir apa? lemah jatidiri betulla...

anti bohmau said...

sambung skit...

ari tu aku dah cakap...kalau melayu tidak bangga menjadi melayu, mana nak letak maruah diri?

bangsa2 lain begitu bangga dengan semangat kebangsaan masing2 hatta orang asli papua new guinea pergi amerika pun rasa bangga dgn bangsa & jatidiri mereka walaupun bercawat labu air di tengah2 kota new york, washington & hollywood, california.

bukanlah nak suruh orang melayu bangga bercawat jugak tapi berbanggalah bangsa melayu beragama islam kerana ada yg lebih mulia hati dari arab islam yg berpuak2, pentingkan diri & tidak sudi membantu saudara sebangsanya sendiri iaitu rakyat arab palestine. berbanggalah menjadi melayu islam kerana ada diantara kita yg sudah berjaya menjadi astronaut, pakar2 sains, pakar2 matematik, geologis, arkitek, jurutera, doktor, pakar kaji saraf, mikrobiologis dan ahli berbagai bidang termasuklah menjadi alim2 ulama yg meletakkan islam pada tempatnya & bukannya menggadaikan nama islam & Allah kerana undi! matlamat tidak pernah menghalalkan cara. yg haram tetap haram.

dah ramai orang melayu islam jadi bijak & pandai tapi semakin hilang jatidiri kerana terpengaruh dgn budaya liberalisme.... na'uzubillah...

Anonymous said...

Anti Bohmau - WELL SAID!

Mokmek

Anonymous said...

Orang yang takde bangsa tu BANGSAT!

shamshul anuar said...

Saudara Dr No,

Setiap tahun berduyun orang islam mengerjakan haji dan umrah di Arab saudi.

Mekah dan Madinah terletak di ARAB SAUDI. Arab itu bangsa dan Saudi menngambil nama keluarga( bani) yang memerintah negara itu.

Malaysia dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. Pengiktirafan diberi oleh dunia. Kenapa disebut Tanah Melayu. Kerana penduduknya berbangsa Melayu, bercakap dalam bahasa melayu dan Raja Raja nya juga Melayu.

Tidak salah megah dengan bangsa. Itu adalah identiti kerana Allah SWt sendiri menjadikan manusia berbangsa bangsa, berpuak puak supaya kita saling mengenali.

Yang salah ialah "taksub" seperti mempertahankan seorang Melayu walaupun ia bersalah HANYA keransa ia Melayu.

Begitu juga dengan bangsa lain. Tak boleh pertahankan seorang Cina yang bersalah HANYA kerana dia Cina.

Masalah timbul bila ada satu puak mahu cari nikmat didunia dengan menolak faktor bangsa. Puak ini ialah PAS yang menolak UMNO kerana UMNO perjuangkan hak orang Melayu.

Apa hinanya jadi Melayu? Apa salahnya megah sebagai seorang Melayu. Megah bukan takkabur. Megah hanya sekadar bangga dengan warisan dan identiti.

Mengapa mesti malu sebagai Melayu. Muhyiddin berkata benar yang dia Melayu baru Malaysia. Dia jujur. Kerana dia sedar dia jadi TPM kerana dia Timbalan Presiden UMNO , satu jawatan dalam parti yang perjuangkan hak otang Melayu.

Lim Kit Siang yang hipokrit. Mulut saja cakap Malaysia dulu, baru Cina. Semua orang Islam yang saya tanya terdiam bila saya tanya adakah mereka percaya Kit siang Malaysia dulu baru Cina.

Dan orang yang saya tanya ialah dari golongan UMNO, PAS dan PKR. Kalau dari PAS pun terdiam juga. Maknanya mereka tahu yang Kit siang jaga orang Cina SAJA.

Sekurang-kurangnya UMNO walaupun tumpu pada orang MelaYU juga adil pada bukan Melayu.

Menidakkan bangsa sama seperti suruh seseoranng berhenti bernafas. Menidakkan bangsa samalah seperti orang yang hanya percaya Allah SWT sebagai Tuhan yang esa tetapi tidak menerima Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah.

Tidakkah kita semua sedar ada gerakan berterusan supaya orang Melayu malu dengan apa-apa berunsur Kemelayuan.

Contohnya BTN difitnah . Utusan dilarang dalam sidang akhbar Pulau Pinang. Kenapa. Kerana akhbar ini dilihat perjuangkan Melayu.

Perlembagaan mahu dirombak kerana tidak puas hati dengan peruntukan untuk Melayu dalsam Perlembagaan.

Dan Melayu yang bangang sudah boleh berbaring atas jalanraya menghalang kereta Sultan . Orang melayu sendiri sudah boleh kurang ajar dengan Raja-Raja tanpa mahu menyedari tradisi Raja-Raja mengingatkan dunia akan sejarah malaysia moden berpaksikan Raja Raja Melayu.

Bila berakhirnya sistem beraja, maka berakhirlah satu satunya lambang yang mengingatkan diunia yang negeri ini asalnya negeri Melayu.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen bernas tuan2 semua

Anonymous said...

“Apa tidaknya, dia boleh kata, “I am Malaysian first and Chinese second.” Hakikatnya, tindak-tanduk beliau lebih kecinaan iaitu “I am Chinese first, Malaysian second”

Inilah sebenarnya isi hati beliau dari dulu lagi yg banyak orang melayu lupa atau buat2 lupa, dia tu cina first dan cina all the way sampai ketulang somsom, melayu tak reti lagi ke, pandai numpang riding on others terutama melayu yg suka dabik dada.

kenapa pula si puad aje yg nak komen, menteri umno yg lain hanya tengok aje ke, macam mana nak lawan PRU13 nanti kalo semuanya lembik2 aje, mampoih.....