Tetamu Kehormat...

September 7, 2010

Apa Istimewanya Azmin?


Apa Istimewanya Azmin?


Saya fikir, Zaid Ibrahim hanyalah kuda tunggangan di dalam PKR. Ternyata Anwar Ibrahim lebih mengasihi Azmin berbanding Zaid. Azmin terlalu dekat di hati Anwar. Tiada demokrasi dan kebebasan bersuara di dalam PKR. Semua ahli PKR mesti dan wajib mengikut telunjuk Anwar. Jika Anwar mahukan Azmin, semua ahli PKR perlu menyokong Azmin. Soalnya, apakah "kunci" Anwar Ibrahim yang dikatakan berada di dalam genggaman Azmin? Saya merasakan ada beberapa perkara yang diketahui secara detail oleh Azmin berkenaan perilaku Anwar Ibrahim antaranya :

1. Hubungan terlarang antara Anwar dengan Shamsidar Tahrin pada suatu ketika dahulu

2. Kes liwat Anwar Ibrahim

3. Hubungan Anwar dengan Yahudi antarabangsa

4. Kes rasuah Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri

5. Skandal Anwar dengan perempuan atau lelaki lain di luar negara


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu. Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.

"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.

"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?" katanya. Baru-baru ini, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, Azmin mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama Anwar.

Beliau mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Zamil berkata, di dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP juga terdapat perbezaan dari segi calon yang disokong untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub," dakwanya.

Ekoran sokongan penuh Anwar kepada Azmin, Zamil secara peribadi percaya Azmin akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu. Dalam pada itu, Zamil yang juga bekas pengurus kempen Rahman Osman iaitu calon Presiden PKR sewaktu pemilihan lalu turut mendakwa, Anwar bukan seorang pemimpin yang demokratik.

Beliau mengimbau sewaktu pemilihan lalu, apabila Anwar menaiki pentas 10 minit sebelum Pengerusi Tetap parti pada ketika itu memanggil perwakilan memilih calon Presiden, untuk menasihatkan perwakilan supaya memilih isterinya.

"Rahman yang berasa terhina dengan tindakan Anwar itu terus menuju ke pentas berjumpa Pengerusi Tetap parti dan memberitahu beliau menarik diri lalu Wan Azizah menang tanpa bertanding," dakwanya.

4 comments:

Anonymous said...

bukannya ape..PARTI PONDAN LA ADE MCM NI..ITU AJE..

Muhammad Azli Shukri said...

betul sangat tu...

Muhammad Azli Shukri said...

dah tak laku parti ni...

Anonymous said...

Jambu tetap jambu.....