Tetamu Kehormat...

September 16, 2010

Anwar Kekal Jawatan Sebagai Mursyidul Am PKR


Mengapa Anwar Tetap Mahu
Jawatan Mursyidul Am PKR?


Saya tidak tahu, mengapa Anwar Ibrahim masih mahu mengekalkan jawatannya sebagai Mursyidul Am PKR (Penasihat PKR - iaitu satu jawatan yang sama tarafnya dengan Mursyidul Am PAS) tatkala begitu ramai ahli PKR di peringkat akar umbi yang menginginkan beliau menjadi Presiden parti tersebut (baca di sini). Anwar nampaknya lebih selesa menggunakan isterinya sebagai boneka daripada beliau sendiri yang bertanggungjawab menjalankan amanah sebagai presiden parti. Ada beberapa faktor mengapa Anwar menolak pencalonan sebagai presiden PKR antaranya :

1. Beliau tahu bahawa kerja-kerja menguruskan sebuah parti politik adalah jauh lebih sukar daripada kerja-kerja berceramah dan memfitnah. Beliau tidak mahu masalah dalaman parti mengganggu kerja atau aktiviti kesukaannya selama ini - iaitu berceramah, berceramah dan berceramah 24 jam. Kerja mengurus lebih sukar daripada kerja mengeluarkan air liur.

2. Anwar Ibrahim juga mengetahui bahawa menjadi presiden PKR tidak jauh bezanya dengan menjadi penasihat PKR - kuasa mutlak tetap berada di dalam genggaman Anwar. Segala keputusan penting parti, Anwarlah yang akan menentukannya. Lantaran itu, mengapa Anwar perlu memeningkan kepala untuk menjadi presiden parti?

3, Sekiranya Anwar bersetuju menjadi presiden parti - hal ini bermakna beliau terdedah dengan perebutan kerusi presiden yang akan panas pada masa-masa yang akan datang. Inilah perkara yang tidak disenangi oleh Anwar, iaitu pesaingan dan perebutan. Untuk masa yang akan datang kekuatan Anwar belum tentu sekuat hari ini - ia bisa sahaja ditewaskan, sekiranya ahli-ahli PKR merasakan Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dengan perjuangan parti. Sebaliknya, jika Anwar mengekalkan dirinya sebagai penasihat PKR yang setaraf dengan Mursyidul Am PAS itu, maka tempoh untuk Anwar terus berkuasa mutlak terhadap PKR akan menjadi lebih lama dan panjang - hal ini mudah dibuktikan melalui kuasa mutlak Lee Kuan Yew di Singapura, melalui jawatannya sebagai Menteri Mentor. Justeru itu, adalah lebih baik beliau kekal selama-lamanya sebagai penasihat PKR yang berkuasa dan berpengaruh - sekali gus menjadikan presiden parti hanyalah sebagai kuda tunggangan dan kambing hitam.

4. Hakikatnya, Anwar mengetahui bahawa PKR bukanlah sebuah parti yang kuat - PKR hanyalah "alat" untuk beliau menjadi Perdana Menteri - PKR tidak penting untuk diri beliau, yang penting bagi Anwar ialah jawatan Perdana Menteri. Itu sahaja. Justeru itu, untuk apa beliau mesti menjadi presiden parti, sekiranya tiada keuntungan yang besar. Semasa Anwar berada dalam UMNO, beliau bersunguh-sungguh mahu menentang Tun Mahathir dan mengambil alih jawatan presiden UMNO, kerana jawatan presiden UMNO mampu membawanya ke kerusi empuk Perdana Menteri. Syarat ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat - yang Anwar perlukan hanyalah restu daripada DAP dan PAS untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semua orang tahu, bahawa Anwar lebih mementingkan diri sendiri daripada parti dan kawan-kawannya.

5. Anwar Ibrahim sejak awal-awal lagi tidak berminat dengan jawatan presiden PKR, ia tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya. Sifat semulajadi Anwar ialah - beliau tidak suka dikuasai, tetapi lebih suka menguasai. Keegoaannya tinggi - beliau sering digambarkan sebagai seorang pemimpin Asia yang ditunggu-tunggu kemunculannya. Anwar bercita-cita tinggi mahu menjadi jaguh Asia dan dilihat sebagai pemimpin Asia paling unggul dan berkarismatik. Justeru itu, adalah mustahil untuk beliau meletakkan dirinya hanya sebagai seorang presiden kepada sebuah parti yang baru berusia setahun jagung - seakan-akan taraf beliau adalah sama sahaja dengan presiden PAS dan DAP. Ini bukanlah hal yang disukai oleh Anwar. Anwar Ibrahim yang didewa-dewakan oleh para pemujanya selama ini ialah Anwar Ibrahim yang super hebat, yang super unggul dan yang super kental. Menurut para pemujanya, Anwar Ibrahim dilahirkan bukan untuk menjadi seorang presiden sebuah parti politik atau Perdana Menteri sebuah negara semata-mata, bahkan lebih jauh daripada itu, Anwar Ibrahim dilahirkan oleh Tuhan untuk memimpin Asia dan menjadi pemimpin terkemuka Asia. Inilah gambaran mereka sebenarnya!

6. Percayalah tuan-tuan, sesungguhnya Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia - beliau ialah seorang banduan yang telah jelas bersalah dan dijatuhkan hukuman. Allah akan menyelamatkan Malaysia daripada kejahatan Anwar, DAP dan ketidakjujuran PAS. Bersama-samalah kita berdoa, semoga UMNO kembali kuat dan kembali ke landasan yang benar. Amin.

3 comments:

Wake UP! said...

Ingat Khairy, Ingat Al Juburi.

Anonymous said...

Anwar tiada keyakinan utk memimpin dalam pakatan haru biru. Janji2 yg dilafaz penuh dengan kepalsuan. Jauh dalam sanubarinya dia tahu hanya melalui Umno sahaja dia dapat mengecap kuasa mutlak PM Malaysia. Itu pasal dia tidak akan mengikat komitmen kpd. parti lain. Dia pasti gunakan individu yg tidak bersifat jujur dan amanah dlm Umno (cth. Zahid, Nazri, Khairy, Khaled) membuka sedikit jalan belakang untuk dia kembali berkuasa dlm Umno. Kerana Umno saje parti dominan org Melayu punya karisma megetuai kepimpinan tertinggi Negara dalam suasana terbaik iaitu aman makmur dan saksama. Lainlah kalau rakyat negara ini sudah bersedia hidup dalam kecelaruan, kebinasaan dan keganasan seperti yang dialami oleh insan malang yang berempat tempoh hari.

Muhammad Azli Shukri said...

saya juga berfikiran seperti itu