Tetamu Kehormat...

August 5, 2010

Tafsir Hadi Awang : Terkena Batang Hidung Sendiri


Tafsir Hadi Awang
Terkena Batang Hidung Sendiri



Saya agak terkejut, tatkala membaca tafsiran Hadi Awang berkenaan surah al-An'am ayat 68-69, yang bertajuk, "Larangan Allah Duduk Bersama Orang Jahat" Terkejut bukan bermakna tafsiran beliau salah - bahkan, sangat tepat dalam keadaan umat Islam hari ini yang terang-terang berkawan dan bersahabat, malah bersekongkol pula dengan musuh Allah untuk menjatuhkan saudara SeIslam sendiri. Islam membenarkan umatnya duduk dengan kaum musyrikin dengan syarat mereka memberi peringatan kepada kaum yang tidak beriman itu, agar jangan sesekali mengejek atau menghina ayat-ayat Allah.


Hal ini sangat bertepatan dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan agar kalimah Allah tidak dijadikan isu dan dibangkitkan semula oleh mana-mana pihak (baca di sini). Sepanjang kerajaan BN/UMNO memerintah, kaum kafir tidak pernah berani angkat muka atau cuba merendah-rendahkan agama Islam dan ajaran-ajarannya. Tetapi! Malangnya, sejak DAP bersahabat baik dengan PAS, bermacam perkataan menghina Islam menjadi permainan bibir para pemimpin parti komunis itu, antaranya "Langkah Mayat Saya Dahulu Jika Mahu Laksana Hukum Islam" - Karpal Singh, "DAP Tidak Kompromi Untuk Menubuhkan Negara Islam" - Lim Kit Siang.


Yang lebih menghairankan, para pemimpin PAS tidak pula menasihat atau menegur kenyataan-kenyataan biadab para pemimpin DAP berkenaan Islam. Sebaliknya, PAS boleh mendakwa, kononnya DAP tidak faham berkenaan Islam, maka penghinaan mereka itu boleh diterima. Sungguh jenaka hujah PAS tersebut. Tatkala DAP memperjuangkan agar kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan akhbar gereja Katholik, para pemimpin PAS secara terang-terangan bersetuju dalam isu ini, bahkan bersekongkol pula dengan mereka agar cita-cita gereja Khatolik tersebut menjadi kenyataan. Maka, jelaslah kepada kita, bahawa DAP merupakan parti yang boleh diklasifikasikan sebagai "orang jahat" dan tidak diizinkan duduk bersama-sama dengan mereka. Justeru itu, tafsiran Hadi Awang berhubung surah al-An'am ayat 68-69 adalah tepat, tetapi malang, PAS tidak mengamalkannya....

4 comments:

Anonymous said...

tak sangka pulak tuan adalah seorg ulama tersohor diplanet nie, tuan blaja kat mana underground, undersea, obersea, amnosea, apcosea...teruskan sokong taghut...

Anonymous said...

bagus saudara azli.. disini lah kesedaran yg perlu kita gembelingkan untuk memastikan kita bukan golongan yg bulat2 telan dan ikut apa yg ditafsirkan secara rambang seperti sesetengah orang tu.

biar apapon kata mereka itu lah golongan yg menghina mufti, mempercayai RPK, mengagung Father LGE, menolak pepaduan sesama islam.

pacat

Anonymous said...

tak heran tak heran pkr puak kuat rogol pas parti ajaran sesat dan dap dengki anak pontianak dikepalai pula oleh wali selipar dan wali jubur.jahanam jahanam

Muhammad Azli Shukri said...

pacat, saya sependapat