Tetamu Kehormat...

August 17, 2010

Soalnya, Mengapa PAS Sembunyikan 11 Perkara Ini?


Soalnya, Mengapa PAS
Sembunyikan
11 Perkara Ini?


Cara PAS melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar di negara ini sangat jauh daripada kehendak dan cara Ahli sunnah wal jamaah. Sila lihat bagaimana Ahli sunnah wal jamaah yang sebenarnya dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. (Baca di sini), (di sini) dan (di sini). Soalnya, mengapa PAS tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan lebih gemar mengikut nafsu? Dan, lebih jauh daripada itu, mengapa ulama-ulama PAS merahsiakan 11 perkara di bawah ini dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar mengikut cara Islam yang sebenarnya? Apakah para pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu atau jahil dalam hal ini? Atau sebenarnya mereka tidak mahu masyarakat biasa mengetahui penipuan mereka selama ini? Kepada Allah juga kita berserah.

1. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ia merupakan pengukur keimanan seseorang, faktor penentu ciri umat yang terbaik dan penjamin kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan tanggungjawab semua orang beriman mengikut kadar kemampuan masing-masing.

2. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah terlebih dahulu didasari dengan niat yang ikhlas. Amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dilaksanakan demi menjaga ketulenan agama Allah (Islam) serta kasih sayang kepada umat dan prihatin untuk membetulkan keadaan mereka. Tidak boleh melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ingin mempertayangkan kehebatan diri, merendah-rendahkan orang dan sebab-sebab lain yang menjauhi keikhlasan.

3. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah berdasarkan ilmu yang sahih. Perkara ma’ruf yang disuruh hendaklah sesuatu yang benar-benar ma’ruf dan perkara mungkar yang dilarang hendaklah benar-benar mungkar mengikut ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman para al-Salaf al-Shalih. Tidak boleh menyuruh kepada sesuatu yang ma’ruf padahal ia adalah mungkar dan tidak boleh melarang sesuatu yang mungkar padahal ia adalah ma’ruf.

4. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah mengikut prioriti keutamaannya. Dalam suasana jauhnya umat Islam dari agama yang tulen serta banyaknya cabaran yang merosakkan agama dan umat, sama ada dari dalam atau dari luar, maka pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah disusun mengikut prioriti kepentingannya. Tidak sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang kecil padahal isu-isu besar yang lain terabai atau diambil alih oleh pihak yang menanganinya dengan cara yang tidak selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah.

5. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dengan memerhatikan kaedah dan akibatnya. Iaitu Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar dengan menggunakan kaedah atau cara yang mungkar. Tidak boleh menyuruh satu perkara yang ma’ruf jika dengannya akan terhilang kema’rufan lain yang lebih besar atau dengannya terhasil kemungkaran yang baru. Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar jika dengannya kemungkaran menjadi lebih besar, atau terhasil kemungkaran yang baru, atau dengannya terhalang kema’rufan yang lain.

6. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah melalui akhlak yang mulia. Memandangkan pada masa kini kurangnya perkara ma’ruf dan banyaknya perkara mungkar adalah kerana jauhnya umat Islam daripada agama mereka yang tulen, maka hendaklah akhlak mendidik dijadikan kaedah utama untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Seterusnya akhlak mencela, menghukum dan memulau (boycott) ditinggalkan kerana ia tidak menghasilkan kema’rufan yang diingini, sebaliknya mengekal atau menambah lagi kemungkaran. Termasuk dalam akhlak mendidik ialah bijak menyusun strategi agar pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar menjadi berwawasan dan menepati sasarannya. Lazimnya akhlak mendidik dalam pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan menghilangkan perkara ma’ruf yang lain atau menghasilkan serta menambah perkara mungkar yang baru.

7. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa dalam rangka melaksanakan nahi mungkar, tidak boleh berprasangka kepada orang lain mahu pun mencari-cari kesalahan seseorang. Tidak boleh bertindak atas laporan yang tidak dikenali kesahihannya. Tidak boleh mengintip dan memata-matai dalam rumah atau ruang hidup peribadi seseorang. Upaya melarang kemungkaran hanya dibolehkan jika ia berlaku secara jelas, dalam suasana terbuka, tanpa syak, ragu atau dicari-cari. Pengecualian adalah terhadap kemungkaran yang bakal memberi kesan buruk lagi meluas kepada manusia dan harta benda, seperti aktiviti membuat bom atau merancang tindakan menggempar orang ramai (terrorisme). Dalam pengecualian ini, tindakan mengintip, bertindak atas laporan, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian dibolehkan. Ini kerana kemaslahatan untuk jumlah orang yang ramai diunggulkan daripada kemaslahatan untuk jumlah orang yang sedikit.


8. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa sesuatu kemungkaran yang ditemui berlaku dalam suasana tertutup tidak dihebahkan kepada orang ramai. Kemungkaran tersebut hendaklah dilarang dan pelakunya diberi nasihat dalam suasana yang tertutup.

9. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mensyaratkan bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dengan kesabaran, sabar dalam menantikan hasilnya dan sabar dalam menerima cabaran-cabaran yang bakal timbul. Tidak boleh cepat putus asa atau hilang semangat.

10. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah memandang bahawa pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah lebih afdhal dengan kerjasama pemerintah dan wakil-wakilnya kerana ia lebih berkesan dalam menghasilkan kejayaan yang diingini.

11. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah memandang bahawa jika amar ma’ruf dan nahi mungkar yang hendak dilaksanakan dituju kepada pemerintah itu sendiri mahu pun wakil-wakilnya, maka ia dilaksanakan secara dialog, nasihat dan teguran. Semua ini dilaksanakan dalam suasana tertutup sekali pun kemungkaran yang mereka lakukan adalah dalam suasana terbuka lagi jelas.

7 comments:

Anonymous said...

Apa yang saudara ingin ketengahkan? Mencari kesalahan orang lain atau ingin mencermin diri saudara sendiri dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar?
Kalau niat saudara dari awal lagi untuk membuat tuduhan, jadi tanyalah persoalan tersebut kepada diri sendiri terlebih dahulu.
Kalau niat saudari untuk menyampai dan memperelokkan keadaan, ajaklah semua orang Islam sempena bulan ramadan ini melakukan hijrah di dalam diri. Buanglah semangat hasut menghasut, dendam mendendam dan sama-samalah kita berusaha ke arah kebaikan bersama. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Anonymous said...

so, macam mn dengan cara amal ma'ruf, nahi mungkar yg diamalkan oleh UMNO?

Anonymous said...

hmm bro..org kuale..hehe..artikel tentang sunnah wal jamaah ni sy dh cuba highlight kt FB tp leh plak kata yg ia sesat.sy baca artikel itu siap dgn reference skali dan sy rasa ia selaras dengan apa yg ustaz2 ajar dulu. Tapi jika hati tu dh taksub bagi lah dalil apa pun tok garu diorglh tetap dihati mereka. Hehe masih UMNO lagi ke? dulu2 4 tahun dulu mohon masuk UMNO tp nth la syp je..check online pun xde..tp sy sentiasa menyokong perjuangan UMNO walau pun byk sampah2 yg berada dlm UMNO skrg yg jauh dari perjuangan sebenar.

org kg Cheh

Muhammad Azli Shukri said...

apa yang ingin saya ketengahkan? mudah, iaitu kalau kita mendakwa kita sebagai perjuang Islam, maka ikutlah ajaran islam yang sebenar...

apabila saya menyatakan hal sebenar, kita bisa dituduh sebagai mennghasut, tetapi mengapa tidak dinasihat harakah itu terlebih dahulu?

Muhammad Azli Shukri said...

org kg cheh, tiada yg sesat pun artikel ini..yang sesat tu orang yang tak mahu menerima kebenaran yang telah ditulis nie..tu aje..

Anonymous said...

Mencari kesalahan org lain? Bukankah amalan PAS ialah mencari kesalahan org lain..

Adakah ni caranya menjawab akan pertanyaan org lain? Cara ni brlandaskan AQ dan sunnah ke?
_______
usah lah tanya semada UMNO buat atau tidak..kerana sapa yg brdegar2beritahu seluruh alam yg dia yg benar2 praktis amar ma'aruf nahi mungkar, malah hanya dia saja yg ikuti AQ dan sunnah..
Amalkan ikut AQ dan sunnah, bukan amal ikut apa UMNO buat atau tidak..
_____
UMNO ialah parti Melayu Islam yg mana didalamnya ada macam2 rupa dan ragam org2 Melayu Islam..maklumler melayu ma.

PAS..kononnya ngaku satu2nya dan benar2 ikut AQ dan sunnah, tapi perangai amal macam tu jugak ler..melayu tu tetap melayu, jadi ahli PAS tak brmakna ia lebih Islam dari melayu yg lain.
__
Ibaratnya..didalam UMNO ada musang dan ada ayam, ayam ialah ayam..musang ialah musang.

PAS..ramai musang brbulu ayam, bila tengok sekali macam ayam, tapi bunyi macam musang.. Bila jengok balik, comfirm ayam..pusing je balik, ada dengar bunyi musang.
Confuseeeeeeeee..

Kata menolak UMNO kerana UMNO sekular, tapi memeluk DAP dan PKR..ishh takkan ada sekular haram dan sekular halal le pulak.

Satu masa seru eratkan siratul rahim, kemudian kata..tak leh kejasama sesama Islam..lebih baik erat siratul rahim sesama kapir.

Confuseeeeeeeee...

Muhammad Azli Shukri said...

anoy 4.24 ; kita sependapat