Tetamu Kehormat...

August 7, 2010

Sejauh Mana Hadi Awang Tahu Kezaliman Rejim DAP?


Sejauh Mana Hadi Awang Tahu
Kezaliman Rejim DAP?

Salam kepada semua para pembaca yang budiman. Izinkan saya pada hari ini - dengan nada yang penuh keganjilan, meluahkan rasa dan keanehan berhubung kenyataan Presiden PAS, Hj Hadi Awang berhubung isu cadangan Tony Pua untuk menghapuskan diskaun bumiputera dalam sebarang pemilikan hartanah di negara ini (Baca di sini). Pelik dan ajaib, bagaimana PAS boleh dengan tiba-tiba "sangat tersentuh" dan "terasa hati" dalam soal ini. Bukankah PAS adalah rakan sehidup dan semati dengan DAP? Bukankah DAP "teramat" setuju dengan bentuk perjuangan Islam gaya PAS selama ini? Bukankah PAS tahu, bahawa parti berideologi komunis itu sangat membenci Hak Keistimewaan Orang Melayu?


Lantaran itu, mengapa dengan tiba-tiba PAS menentang cadangan Tony Pua yang sangat "bernas" dan "cerdik" itu? Bukankah mengikut tafsiran Mursyidul Am PAS, Nik Aziz - dalam Islam tiada istilah "hak istimewa" dan "bangsa"? Mengapa secara mengejut Hadi Awang mempertahankan pula Hak Keistimewaan orang Melayu yang terkandung melalui pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah? Bukankah selama ini PAS sangat membenci istilah "Hak Istimewa orang Melayu", "Nasionalisme Melayu", "Dasar Ekonomi Baru", "Hidup Melayu", dan " Perpaduan Melayu"? Dan mengapa sekarang, baru PAS merasai kuasa orang Melayu dan hak-hak mereka semakin terhapus sedikit demi sedikit di bawah telunjuk DAP? Belum pun memperoleh kuasa memerintah - DAP sudah berani mencabar kesabaran orang Melayu-Islam di negara ini.


Cuba bayangkan, seandainya Timbalan Perdana Menteri Malaysia kelak ialah "Datuk Seri Lim Kit Siang" - apa akan terjadi dengan hak orang Melayu? Masihkah kita akan berasa aman dan selesa? Pada hemat saya, DAP sudah mengetahui tabiat PAS yang gemar "tikam dari belakang". DAP pernah hilang sokongan orang Cina semata-mata disebabkan propaganda "negara Islam" PAS dalam PRU tahun 1999. Dan kini - PAS cuba bermain dengan api apabila menubuhkan pula Dewan Himpunan Penyokong PAS - sebuah sayap baru PAS yang cuba menarik sokongan kaum Cina dan India kepada parti tersebut - sekali gus membuktikan bahawa PAS tidak mempercayai DAP.


Sekiranya Allah sudah membuka pintu hati Hadi Awang untuk melihat permainan licik rejim DAP dalam menghapuskan hak kaum Melayu-Islam di Malaysia, maka kita mengucapkan kesyukuran. Semoga lebih ramai lagi ahli PAS yang akan kembali ke pangkal jalan. PAS harus faham - cadangan Tony Pua ini merupakan permulaan terhadap penghapus segala bentuk keistimewaan orang Melayu-Islam pada masa akan datang.

7 comments:

Anonymous said...

Dema raso Hj Hadi dah sedar lama dah,tapi tak boleh nak buat apa sebab T.G.n.ajis yang berkeras nak sokong DAPing.Tamak sangat kuasa ,takut tak dapat jadi MB lagi.Nik ajis berfahaman Khawarij?

Anonymous said...

Ya Allah..

Kami mohon padaMu, Bukakanlah jantung-hati kami supaya melihat persaudaraan sesama Islam sebagai asas kekuatan umat dibumi Malaysia.

"PERPADUAN ASAS KEKUATAN UMAT ISLAM"

Anonymous said...

Kenapa jadi begini... tidak begitu...

Rata-rata masyarakat Islam seronok berbicara tentang kelemahan UMNO. Adakah budaya menuding jari kearah UMNO, boleh memperbaiki kelemahan PAS.

fikir-fikir lah....

Anonymous said...

Hj Hadi Awang tu buat lawak politik aja tu...Dok ramaikan bini boleh..le!!!

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

Bingai @ Bangang said...

Nak tengok pencak TGHA yang sebenarnya tunggu bila Mursyidul Am PAS beralih kepada Datuk Harun Din. Sebab tu ada golongan yang bertegas mahu Nik Aziz terus memegang jawatan tersebut.

Aku Yang Bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

kingnek said...

Nik Aziz dah halalkan perjuangan DAPigs dan Brader Anwar Bin Ibrahim (BABI)

Tapi kepada penyokong PAS, jangan terperanjat beruk bila di akhirat kelak, korang dihumban ke dalam neraka, Allah SWT tidak menjanji syurga kepada kamu kalau pangkah PR, orang bertopeng Islam yang berkata demikian

Pada hemat aku, menyokong Zionis dan freemasonry haram, jadi hati-hatilah ya!