Tetamu Kehormat...

August 24, 2010

Sayang, Undi PAS Tidak Lagi Dapat Pahala!


Sayang, Kali ini Undi PAS
Kita Tidak Lagi Beroleh Pahala!



1. Setelah jelas pendirian DAP melalui kenyataan rasmi mereka bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak menyokong dasar PAS yang mahu membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud - maka jelaslah PAS bersendirian dalam hal tersebut. DAP melalui lidah Lim Kit Siang dan Karpal Singh dengan tegas menolak hasrat dan cita-cita PAS itu, manakala PKR melalui lidah Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasinya dengan jelas menunjukkan nada dan irama yang sama dengan para pemimpin DAP.


2. Maka, terlondehlah segala niat sebenar PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR selama ini. Bahkan jelaslah niat PAS tidak lebih daripada mahu menjatuhkan UMNO dan mengharapkan kuasa serta kedudukan. Jika dahulu, Nik Aziz berfatwa, sesiapa yang mengundi PAS akan memperoleh pahala, kini kita tidak lagi memperoleh itu semua. Hal ini adalah jelas dan nyata - PAS telah bersama-sama dan taat setia dengan parti yang terang-terang menolak hukum Allah dan menghalang pembentukan negara Islam. Sekiranya PAS masih tetap mahu bersama-sama dengan DAP dan PKR, maka PAS secara terang-terangan telah bersekongkol dengan musuh Allah dan Rasul-Nya yang menolak hukum Hudud dan negara Islam.


3. Sekarang, PAS sudah mengetahui secara rasmi - sesungguhnya DAP dan PKR sama sekali tidak menginginkan negara Islam dan hukum Hudud, maka mengapa PAS masih berdegil mahu bersama mereka? Apa muslihat PAS sebenarnya? Ingin berjihad atau mendapatkan kuasa? Nampaknya, kali ini dengan mengundi PAS kita tidak lagi memperoleh pahala, kerana perjuangan dan dasar PAS pada hari ini sudah berubah dan sangat jelas parti tersebut membantu musuh Allah, sekali gus menyebabkan PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti Islam.


4. Dewan Ulama PAS harus segera mengeluarkan fatwa dan hukum berkenaan permasalahan yang sedang dihadapi oleh parti tersebut. Yang jelas, sesiapa yang mengundi PAS tidak lagi mendapat pahala sebagaimana yang didakwa oleh Nik Aziz pada satu ketika dahulu - malah, jika tersilap hari bulan, dan PAS masih taat setia dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil mengundi PAS mendapat dosa - hal ini adalah kerana PAS sudah sedia maklum akan kemungkaran yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, tetapi masih terus menyokong dan bersatu dengan kemungkaran-kemungkaran tersebut. Maka eloklah kita fikir-fikiran.

2 comments:

KAPAKTAJAM said...

Sdr Azli, Kapak amat gemar tulisan dan coretan ANDA amat bernas dan tepat. So, KAPAK mengharapkan PAS kembalilah kepangkal jalan. Tak ada apa yg hendak dimalukan kerana politik sememngnya begitu, semalam lawan tapi hari ini kita kawan dan boleh tidur sebantal. Yang penting jiwa murni kita sesama Islam.

Buang yang keruh selama ini ambil yang jernih. DS Najib PM kita pun boleh duduk sebaris dgn ahli2 PAS dalam Masjid di Taman Dato Harun dan mendengar tazkirah PAS lagi dan beliau pun rela di tegur dan boleh memperbaiki segala kepincangan yg ada.

Sekiranya PAS boleh duduk bersama dan Pimpin Negara bersama, KAPAK rasa ia satu nikmat yg ALLAH beri kepada Umat Melayu Islam dan Malaysia amnya.

Pemimpin2 PAS yg hebat2 dan pakar dalam bidangnya boleh diangkat utk mengepali Kementrian2 berkenaan, jadi apalagi yg dimusykilkan. Kita Melayu merangkumi 65% lebih jumlah penduduk, jadi amat wajarlah menjadi golongan utama yg menjadi pimpinan negara. dan apa yg lebih molek lagi bila kuasa ada ditangan maka dasar dan hukum hakam selari dgn Islam boleh dilaksanakan tanpa bangkangan drp kuncu2 komunis moden yg ada sekarang.

Akhir kata KAPAK menyeru semua Kepimpinan Melayu Islam waima dari parti politik manepun fikir2 lar saranan ini demi survival bangsa Melayu dan Islam di Tanah Air tercinta ini.

Muhammad Azli Shukri said...

Kapak Tajam..kita sependapat..cadangan tuan tepat pada masanya...terima kasih kerana menghargai tulisan2 saya.