Tetamu Kehormat...

August 17, 2010

Raja Petra Tidak Takut Allah

nb

Fitnah Terbaru Raja Petra

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Nampaknya bulan Ramadan bukanlah 'penamat' untuk Raja Petra (RPK) melakukan fitnah kepada orang yang dibencinya. Kali ini mangsanya tidak lain dan tidak bukan, Peguam Negara sendiri, Tan Sri Gani Patail.

Tanpa ada rasa bersalah dan berdosa, RPK menuduh Gani mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsanya, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' , RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.

Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah.

Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes.

Mungkin cerita asal dalam Bahasa Inggeris ini lebih tepat maksudnya

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

In other words, is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

Rasanya aku tak perlu ulas banyak lagi pasal RPK ini, cukuplah.

Aku cuma nak kita semua renungkan ayat Al-Quran ini;

Wahai orang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang dilakukan kamu.

(Surah al-Hujurat, ayat 6)

6 comments:

jibam said...

so apa kena mengena dgn takut ni bro.. cetek btl la hujah2 kebanyakkn post hg ni.

YB Raz said...

orang sebegini memang tak takut saudara..sebab mereka tak rasa lagi mati..apabila mereka dah mati, barulah rasa menyesal dan nak hidup semula..tapi dah terlambat..begitulah sikap manusia..

dan Allah s.w.t memberi umur yang panjang pada rpk ni mungkin ada sebabnya..mungkin supaya kita sebagai umat islam boleh mengambil iktibar dari sifat jahatnya.

Anonymous said...

Macamana pula dengan Anwar.. Mengapa tidak memilih cara Islam untuk menghukumnya... Fitnah dasyat terhadap saudara Anwar pula boleh dilakukan. Inilah politik umno.. Yang peliknya Sepool yang dulu miskin dan tak mampu bayar yuran pengajian kini hidup mewah selepas jumpa ?????????? pelikkan...

Anonymous said...

org macam RPK mana nk takut dgn balasan Allah SWT kerana dia sendiri pun tiada pegangan agama dan hidup pun penuh kebaratan( dlm ertikata lain dlm maksiat)nape nk heran.dia kat luar sana berani le..cuba blk sini dan ckp le ikut sedap mulut mampus tak berani. klau tak takkn lari kesana.

anon 10.06am
kes anwar tu knp lak utk dia nk jdkan kes syariah ikut islam? satu soalan sy..jika anon 10.06 nk rogol/liwat org nk panggil org lain tgk sama ke? lain le klau berkongsi sama.mana2 pun sama asalkn keadilan tu ditegakkn.anon pi le tanya kat org kg di Permatang Pauh tu..sejarah keluarga anwar tu depa boleh cerita a-z le. mungkin dgn cara tu baru anon nk percaya kot.

shonzu said...

Tu nak cari alasan untuk AnWAR PELIWAT gugurkan kes lagi, diberi buah fikiran pada RPK supaya lancarkan artikel fitnah tentang Saiful-Azlina, DPP Hanafiah kahwin dua dan kini Gani Patail pula ada hubungan sulit. Bukti tiada, hanya cerita dari seorang pengecut yang menyembunyikan diri di London dan seronok berfoya2 dengan perempuan murahan disana.

Modal lancapan AnWAR kepada RPK sebaliknya akan memakan diri PELIWAT itu sendiri tak lama lagi bila ramai yang menyampah dengan cerita fitnah yang tiada hubungkait dengan perjalanan perbicaran kes LIWAT sesumpah AnWAR tu.

RPK hanya balaci AnWAR yang sememangnya tiada percaya kuasa Allah itu mengatasi segala. Mereka merancang untuk memfitnah orang, tetapi mereka tidak tahu Allah juga merancang untuk jatuhkan mereka dengan seburuk2nya dan rancangan Allah adalah sebaik2 rancangan. Allahu Akbar...

j3bat said...

Ano 10:06
Anuar sekarang ni dibicara ikut hukum islam laa tuuu. Ianya dipanggil Qarinah iaitu Bukti Kaitan.

Iaitu cuba membuktikan Anuar Meliwat melalui proses mahkamah.

Lihat, al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan
dalam peristiwa dalam Surah Yusuf:

"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu,
serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu
terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.
Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi
orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan
dia atau dikenakan azab yang menyeksanya". Yusuf pula berkata: "Dialah
yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang
dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi
pendapatnya dengan berkata: "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka
benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang
yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah
perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.Setelah
suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata:
"Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan;
sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf:
ayat 25-28).

Tukang bacuh teh dibawa seantero dunia untuk bacuh teh ? Lagi pelik kan ???