Skip to main content

Perlembagaan Syaitan


Perlembagaan Syaitan


1. Seandainya Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya masih mahu bergabung dan merombak perlembagaan Malaysia yang sudah lama termaktub dan menuduh kononnya BN/UMNO cuba membunuh demokrasi melalui ISA, sila (baca di sini). Maka, tuduhlah apa-apa sahaja yang tuan-tuan suka terhadap UMNO/BN - zalim, jahat, menggunakan polis untuk pertahankan kuasa, mengunakan ISA untuk terus memerintah atau menggunakan mahkamah untuk terus memimpin negara ini, tuduhlah sepuas-puasnya. Jika semua ini mampu menyekat dan menghalang mudharat yang lebih besar seandainya DAP dan PKR memerintah negara ini. Kerajaan BN/UMNO mesti menggunakan segala kekuatan yang ada bagi menghilangkan mudharat-mudharat tersebut (DAP, PKR dan PAS) daripada terus memporak-perandakan perlembagaan dan negara tercinta ini.


2. Sejak akhir-akhir ini, PKR dan DAP semakin berani, semakin menunjukkan taring mereka yang sebenarnya. Ingin menghapuskan kuasa raja-raja, memansuhkan hak istimewa orang Melayu, menukar perlembagaan Malaysia, dan pelbagai lagi kerosakan yang ingin mereka lakukan atas nama kebebasan, kesamarataan dan demokrasi. Kerajaan BN/UMNO perlu bertegas dalam semua hal ini. Biarlah apa-apa pun tuduhan parti pembangkang kepada kita, kerajaan BN/UMNO wajid menyekat DAP, PKR dan PAS daripada memerintah negara ini. Mudharat yang bakal mereka bawa jauh lebih besar daripada kebaikannya. Belum dapat kuasa, parti pembangkang ini sudah mula menunjukkan kebencian mereka terhadap dasar yang selama ini melindungi orang Melayu-Islam.


3. Jika segala tuduhan parti pembangkang ke atas UMNO/Kerajaan selama ini mampu menyekat DAP dan kuncu-kuncunya daripada terus merosakkan Malaysia, maka UMNO/BN wajib melakukan apa-apa sahaja tindakan untuk mencegahnya. Biarlah BN/UMNO dituduh zalim, dituduh perompak duit rakyat, dituduh membunuh demokrasi, dituduh menggunakan polis, pada saya persetankan segala tuduhan tersebut - yang penting Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpl Singh dan Nik Aziz perlu dihalang daripada mengharu-birukan negara, mereka merupakan fitnah zaman ini - fitnah yang diletakkan atas nama demokrasi dan agama.


4. Sekiranya UMNO/BN terpaksa "membunuh demokrasi" untuk menghalang rejim komunis daripada berkuasa di Malaysia - maka bunuhlah demokrasi itu! Sekiranya UMNO/BN terpaksa dituduh "zalim" semata-mata mahu menghalang Anwar Ibrahim yang menjadi tali barut CIA dan Yahudi untuk menguasai bumi bertuah Malaysia ini- maka "zalimilah" Anwar Ibrahim demi memberi pengajaran kepada musuh negara yang lain. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan polis untuk terus memerintah negara ini demi keamanan dan keharmonian antara kaum, maka gemblenglah seluruh tenaga polis dan angkatan tentera, demi memastikan pertiwi ini tidak jatuh ke tangan tali barut Singapura.


5. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan ISA dan bersikap kuku besi untuk terus berkuasa, maka UMNO/BN wajib menggunakan ISA semaksimum yang boleh, demi menyelamatkan negara daripada kejahatan komunis dan agen asing CIA. Sekiranya UMNO/BN dituduh "merompak duit rakyat" untuk pertahankan keamanan negara, maka gunakanlah sebanyak mungkin duit rakyat demi mempertahankan rakyatnya sendiri dan negara ini daripada kerakusan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.


6. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan agama dan ulama untuk mengukuhkan kekuatannya, maka UMNO/BN tidak perlu malu menggunakan ulama untuk mempertahankan akidah umat Islam Malaysia daripada ajaran songsang PAS yang "mengharamkan" perpaduan dan persaudaraan Islam antara UMNO dengan PAS. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan SPR dan SPRM untuk terus memerintah, maka UMNO/BN wajib menggunakan kedua-dua agensi tersebut, demi menghancurkan rancangan jahat Yahudi dan Singapura melalui nama proksinya - DAP dan PKR. Justeru itu, parti pembangkang di Malaysia bebas menuduh apa-apa sahaja yang mereka suka terhadap kerajaan, dan tuduhlah semahu-mahunya - jika tuduhan-tuduhan itu sebenarnya adalah untuk kebaikan rakyat dan masa hadapan negara ini. Maka untuk apa kerajaan takut dan bersedih hati? Fikir-fikirkan.

Comments

KAPAKTAJAM said…
KAPAK setuju dgn pendapat Sdr Azli. Itular yg sewajarnya dilakukan oleh pemerintah yg ada sekarang, demi suvival Umat Islam dan Bangsa Melayu. Bangsa Melayu dan Islam tidak mungkin akan selamat jika dibawah pemerintahan "ALA CARCA MARBA DAN PAS PAK TURUT DICUCUK HIDUNG" PR bukan wadah yan sesuai untuk Bangsa Melayu dan Kekuatan Islam.

Bukti2 jelas didepan mata apa yg telah berlaku diNegeri2 yg mereka perintah. PAS di Kelantan pun cakap xserupa bikin, lagi merumitkan keadaan lagi ada, so Umat Melayu & Islam wajib fikirkan masalah ini demi Alif, Baa & Tanah Air - Agama Bangsa & Tanah Air.
azlishukri said…
kita sependapat kapak tajam...
Pak Din said…
Ini mgkin extreme sikit lar.. dan klu rasa terlebih jgn la disiarkan.. sbb ini menggunakan nama DYMM Yang Dipertuan Agong dan ATM..

Begini, katakanlah PR berjaya memerintah dan Bang Nuar jadi PM.. kendian segala kuasa eksekutif dan pembuat dasar diserah kepada DAP bulat2.. tentu bangsa Cina besar kepala bgai dipam2..

Dan seterusnya merubah dan merombak segala yg patut jadi milik melayu tapi disama-rata-kan..

Org melayu mesti tidak berpuas-hati dan PERKASA tentu mengangkat parang menentang kafir harbi.. dari skop ini kita sudah nmpak mmg akan berlaku seperti 13 mei.. dan negara ini tentunya berkeadaan state of emergency!

Dan ini lah masanya sesuai untuk.. untuk DYMM Yang Dipertuan Agung bubarkan kerajaan SECARA PAKSA dengan bantuan ATM - Angkatan Tentera Malaysia dan seterusnya memerintah negara buat masa tempoh tertentu.. atau dgn kata lain - merampas kuasa!!! tetapi ditunjangi oleh DYMM Yang Dipertuan Agung dan dikawal selia oleh ATM.. xkisah la nk letak dlm apa pun MAGERAN ke aper tapi bukan diketuai oleh pakatan rakyat.. jauhsekali bang nuar..

Kemudian, buat balik pilihan raya - masa ini tentu majoriti melayu akan pangkah UMNO dan pendatang immigran tu faham2 sajalah..

Dunia luar tak boleh inquery kenapa DYMM bertindak demikian.. jawab saja pada dunia, ini semua angkara PR.. yang cuba memecah belahkan malaysia dan jika tak dpt terima - tanya sama anglo-British, dia yg bertanggungjawab dalam merangka asas perlembangaan dan artikel 153.. yang menjamin hak org melayu di negeri ini.

Hak org melayu diiktiraf British.. siapa sialan bangsa immigran nk pertikai hak tu??


Mgkin ini hanya khayalan atau imaginasi melampau - tapi ini saja pilihan terbaik utk memastikan hak melayu betul2 tidak hilang di muka bumi ini..
hangkedee said…
Apa kah perjuang sebenar Parti parti melayu isle????membangun atau menghancurkan melayu isle.Bibit kehancuran bermula semasa TUN Dol ..Warga Peneng 2 ekoq penghancoq.Piiiiiiiiiiirah.
Anonymous said…
Setuju sangat tapi berani ka kerajaan Malaysia terutama KDN buat macam tu?Selama ni macam-macam dah jadi tapi tak ada tindak balas apa-apapun dari KDN dan kerajaan Malaysia.Nampak macam UMNO dan KDN merelakan kejatuhan UMNO dan kerajaan Malaysia ketangan bangsat-bangsat tu.Tolonglah Tok Jib buat sesuatu.Arah si Hisham tu tegas sikit. Jangan berani sesama sendiri saja.
Anonymous said…
perlembagaan syaitan dan iblis yang dicipta oleh umno. Semua orang dah tahuuuuuuuuuuuuu...puihhh
Pak Din said…
anon 12:37.. atas perlembagaan ini lah kote ko masih terlekat pada tempatnya..
Anonymous said…
Banyaknya tuduhan...walhal ianya semua kebenaran...

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A