Tetamu Kehormat...

August 9, 2010

Peniaga Bazar Ramadhan Ditindas : PAS Diam Membisu


Peniaga Pasar Ramadhan Ditindas
PAS Diam Membisu

Baca berita di bawah ini. Tidak pernah kerajaan BN/UMNO zalim, sezalim kerajaan "Umar Abdul Aziz Lim Guan Eng" ini. Sekarang mana perginya Nik Aziz?, Hadi Awang dan Nasarudin at-Tantawi? Datanglah ke Pulau Pinang, tengok sendiri bagaimana zalimnya pemerintahan DAP yang kononnya mahu mencontohi Khalifar Umar Abdul Aziz. Peniaga-peniaga Melayu bukan sahaja tidak dibela, bahkan dizalimi sebegitu rupa. Apatah lagi dalam keadaan umat Islam sedang sibuk menyambut Ramadhan. Mula-mula halang peniaga Islam daripada berniaga di Bazar Ramadhan, lama kelamaan, halang umat Islam melaungkan azan, kemudian halang umat Islam bersolat pula...inilah parti komunis yang teramat disayangi oleh PAS. Orang Melayu-Islam tidak nampak lagi ke?

Berita 1

PULAU PINANG 8 Ogos – Kira-kira 1,000 orang peniaga dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka berhimpun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini esok bagi membantah tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan peniaga Bazar Ramadan berniaga di situ. Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar, Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, langkah itu diambil selepas beliau menerima maklum balas daripada peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri.

“Kami akan berkumpul esok, dimulakan dengan sidang akhbar pukul 10 pagi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang menghalang peniaga Bazar Ramadan beroperasi di Komtar.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia telah wujud setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa. Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Menurut Mohamed Ghani, beliau akan bertemu Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman esok bagi mendapat penjelasan sebenar mengenai keputusan PDC tersebut sekali gus membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Hanya dia (Mansor) harapan untuk membantu kami kerana dia ialah pemimpin Melayu tertinggi dalam kerajaan negeri.

“Kalau dia juga tidak dapat membantu, memang dia juga bersekongkol dengan DAP menindas orang Melayu,” tegasnya.

Berita 2

PULAU PINANG 8 Ogos - Tindakan menghalang peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini berniaga sepanjang bulan puasa membuktikan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP memiliki sikap perkauman yang tebal.

Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO negeri, Aziaan Ariffin berkata, ia memperlihatkan kerajaan negeri mengamalkan budaya pilih kasih terhadap orang Melayu khususnya peniaga kecil.

Menurutnya, keputusan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik itu merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap para peniaga Melayu.

"Ini jelas merupakan diskriminasi terhadap peniaga-peniaga Melayu. Setelah kerajaan negeri merobohkan gerai-gerai orang Melayu, kali ini mereka halang pula peniaga-peniaga Melayu untuk mencari rezeki.

"Ia memperlihatkan sikap pilih kasih pemimpin DAP dan menunjukkan sikap perkauman yang amat tebal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut setiap kali Ramadan.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan semalam.

Aziaan memberitahu, Pemuda UMNO akan bertindak sewajarnya jika masalah para peniaga terbabit tidak diselesaikan.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang akan bertindak lebih agresif jika masalah ini tidak diselesaikan segera," tegasnya.

5 comments:

pacat said...

Maaf la... sebenarnya sedih bila terlampau banyak isu yg melibatkan org melayu berlaku di penang tetapi tiada langsung puak2 @ juak2 PAS bersuara atau membela sedangkan jelas dan nyata dikalangan peniaga melayu ini adalah penyokong tegar pas...
dan jika ini hasilnya memilih khalifah LGE maka melayu penang kena bersyukur Allah menunjukkan jalan yg jelas dan nyata kepada mereka kini. Moga Ramadhan dan Aidilfitri memberi seribu makna kepada melayu penang.
inginkan perubahan.. ya ini lah perubahan yg dicita2kan!!

sama2 kita bersyukur dan membentuk jati diri supaya peristiwa seperti ini tidak berlaku di negeri lain.

Muhammad Azli Shukri said...

saudara pacat, saya sependapat. PAS lebih mengutamakan politik daripada kebajikan.

Anonymous said...

tahniah penduduk pp.Anda dapat apa yg anda perjuangkan/mahukan sblm ni.pru 13 nnti pastikan undi korang diberi pd pr lagi.jgn undi bn sbb bn ni kejam,zalim,korup,tolak islam,kafir,tak masuk syurga..
pp memerlukan pemimpin bertaraf kalifah spt guan eng,lim kit siang..
aku doakan hidup korang semua bertambah bahagia dan dicucuri rahmat di bwh pimpinan kalifah kesayangan korg tu..

Anonymous said...

PAS??? dia kata dah berjaya dakwah DAP, DAP dah faham Islam dah..da ada yg pandai mengaji punn.. cuma UMNO aje sekarang ni yg tolak Islam..
Penutupan bazar ramadhan hanyalah utk menguji kesabaran umat Islam PP di bulan Ramadhan..kalau sabar insyaAllah dapat pahala..Diakhirat nanti lim guan eng akan bagi safaat.
GELUDOK

Sharpshooter said...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/08/tidak-benar-peniaga-melayu-terus.html